Friday, 12 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Empat ~ Plot Tiga



                   Aku tersedar awal pagi. Jam menunjukkan pukul lima setengah. Aku perlu bersiap sedia. Aku begitu gembira untuk memulakan kerjaku. Adakah lonjakan rasa ini akan kekal sepanjang kerjaku nanti? Aku tidak mahu di anggap melepaskan batuk di tangga.

                   Aku menyediakan air milo sebagai pengalas perutku. Aku akan bersarapan di luar. Duit yang Rizmi beri dahulu masih ada sedikit. Duit simpananku masih ada lagi di dalam dompetku. Aku juga membawa buku akaun RHB Bankku. Jika ada kecemasan akan aku gunakan duit simpananku itu.

                   Aku keluar awal pagi. Jam tanganku menunjukkan pukul enam empat puluh lima minit. Aku harus praktikal. Biar awal tiba di tempat kerja dari meletakkan rekod lewat di mata majikanku.

                   Aku terdengar bunyi derum air di bilik Tasnim. Tasnim baru bangun dari tidurnya. Aku keluar awal pagi itu. Kedinginan yang menyapaku itu tidak mematahkan semangatku namun aku sedikit takut akan kegelapan itu. Ianya mengingatkan aku kepada lelaki yang cuba membunuhku.

                   Aku perlu kuatkan semangatku. Kotaraya sebesar ini, mungkin sukar untuk lelaki itu memburuku. Harapan untuk bertemunya amat tipis namun biasanya takdir akan merencanakan pertemuan sebegitu. Aku menjadi cemas.

                   Shuttle bus tiba jua. Aku menaiki bas itu menuju ke destinasiku. Dalam bas itu aku terfikirkan tentang Rizmi. ‘Dia tak menghubungiku semalam.’ Bisik hatiku menyuarakan kerinduan yang tersarat di jiwaku.

                   ‘Boleh saya duduk di sini?’ Seorang lelaki menyapaku. ‘Erm?’ Aku perlu membuat keputusan dengan segera.

                   Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelahku. Dia melemparkan senyumannya. ‘Cik nak ke mana? Saya Amin. Saya kerja sebagai konduktor bas ini. Tak pernah tengok pun cik sebelum ni?’ Lelaki itu meneruskan perbualannya. Aku hanya melemparkan senyuman ke arahnya.

                   Aku menekan loceng. Aku turun dari bas itu. Lelaki itu merenung ke arahku. Aku berjalan memasuki ke agensi permodelan. Aku terlihat akan Norkiah, majikanku itu baru sahaja tiba di tempat itu. Aku berjalan ke arahnya.

                   ‘Pagi Kasih. Dah sarapan? Jom ikut saya.’ Norkiah mengajak aku ke kantin untuk menjamu selera. ‘Pagi. Belum lagi. That will be fine to me. Let’s go.’ Aku bersetuju kerana perutku juga sudah berbunyi. Kami bergerak ke kantin.

                   Aku hanya mengambil sedikit nasi goreng untuk mengalas perutku. Aku tidak makan banyak awal pagi. Biarlah ada sedikit tenaga untuk memulakan tugasku. Aku duduk di sebelah majikanku setelah memesan air teh ‘o’.

                   ‘So Kasih. Pas kamu dah di sediakan. Ada kat pejabat saya. Macam mana kerja di bawah Aldo?’ Norkiah mahu mengetahui akan perkembangan kerjaku. ‘Aldo tu tegas sikit orangnya but dia suka orang yang dapat mengikut telunjuknya.’ Norkiah menyambung bicaranya. ‘Nevermind. Kasih tak kisah semua tu. Kerja mana yang tak di mulakan dengan kesukaran. Kan?’ Balasku untuk menjawab pertanyaan majikanku itu.

                   Norkiah meninggalkanku. Dia berjalan membelakangiku. ‘Ah terlupa saya. Nanti datang ke pejabat saya untuk pas kamu k?’ Norkiah mengarahkan aku untuk bertemu dengannya. Aku hanya tersenyum ke arahnya.

                   Aku berjalan ke arah studio. Bunyi deruman enjin motorsikal yang kuat itu sudah dapat aku mengecamnya .‘Aldo.’ Bisik hatiku. Aku tidak mengendahkan perkara itu.

                   Aku mencapai kertas lakaranku. Aku mengambil alat tulis untuk meneruskan kerjaku. Ya. Kerja ini nampaknya memerlukan sentuhan kreatifku. Aku memerlukan idea tentang jenis pemakaian yang akan di peragakan dari Aldo nanti.

                   ‘Erm. Morning Kasih. Can’t forget your work. It’s earlier for you to start your work.’ Aldo menegurku. ‘Erm. Don’t push yourself. Relax and enjoy your work make you happier to work.’ Aldo meneruskan hujahnya.

                   ‘Yupp. I’ll keep thinking of this. Can you help me. What type of show dues on Thursday?’ Aku perlu mengetahui semua itu. ‘Beach suit.’ Aldo menerangkan konsepnya. ‘Projek ini merupakan projek yang penting kerana kepercayaan pelanggan tentang perjalanannya. Mereka telah melaburkan banyak modal untuk perjalanan show.’ Aldo meneruskan hujahnya.

                   ‘Can you tell me about the budget. We don’t need the plain coloured background.’ Kata-kataku itu mengejutkan Aldo. ‘Kita boleh gunakan visual tentang pemandangan laut. Huge screen.’ Aku mahu Aldo melihat apa yang aku rasakan agar dapat membangkitkan acara malam itu.

                   ‘Erm that excellent.’ Aldo tercengang dengan ideaku. ‘We have that huge thing. I can arranged it. Go and finish your work.’ Aldo mahu aku terus melakar imaginasiku itu.

                   ‘Awal hari ni?’ Tasnim menegurku. Aku hanya melemparkan senyuman ke arahnya. Aku berjalan dengan penuh kegembiraan. Aldo nampaknya bersetuju dengan apa yang aku fikirkan.

                   ‘Eh. Tepilah.’ Seorang gadis menolak aku kesamping. Siapakah gadis itu? Lagaknya sombong semacam. Aku tidak mempedulikannya.

                   ‘Amani. Long time no see.’ Aldo menyuarakan sapaannya dengan tegas. ‘Family matters.’ Jawapnya ringkas. ‘Get to work.’ Aldo meninggikan suaranya.

                   Aku menumpukan kerjaku. Hasil perbincangan dengan Pak Sani, kami telah berjaya mereka apa yang perlu untuk malam pertunjukan fesyen itu.

                   ‘Aldo. Look at this. I need your opinion.’ Aku menyerahkan lakaranku itu. ‘Erm. This look great.’ Aldo menyuarakan pendapatnya. ‘Erm can I go to get my pass.’ Aku mahu Aldo membenarkan aku mengambil pas aku. ‘Sure. You need a rest too.’ Aldo membenarkan permintaanku itu.

                   Tasnim merenung ke arahku. ‘Aldo sukakan gadis itu. Siapa dia hah?’ Amani meluahkan pandangannya. ‘Setegas-tegas Aldo, tertunduk juga dia dengan gadis itu.’ Amani menyambung bicaranya.

                   ‘Apa kelebihan Kasih sehingga semua orang tertarik kepadanya?’ Tasnim mencari jawapan itu. Dia tertanya-tanya di dalam hatinya. ‘Hey Tasnim, kalau nak tertunggak kat situ.. baik kau ke tepi.’ Kata-kata Amani itu mengejutkan Tasnim. ‘Suka hati aku la. Watch your mouth.’ Tasnim menuding jari ke arah Amani. Amani tidak kisah dengan amarah yang di tunjukkan oleh Tasnim. Dia hanya tersenyum sinis memandang ke arah gadis di hadapannya itu.

                   ‘Kamu berdua. Kalau nak bergaduh, step aside. Saya tak nak model-model saya bergaduh. I’ll replace you two dengan model lain.’ Aldo menegaskan mereka berdua agar meneruskan kareografi mereka. Raptai ini nyata penting bagi Aldo. ‘Khamis ni dan juga sabtu minggu depan.’ Aldo mengeluh. 

Nota Kaki: Korunk rasa FROZEN Food tu sama KICK dengan yang disediakan sendiri, sama ada melalui air tangan saya, KORUNK atau kita SEMUA..? Kasik KOMEN sket ya..
Ni ada beberapa contoh Frozen Food.. Yang mana ANDA suka ya?



p/s: Nafsu punya cerita.. Rasa cam nak MAKAN ja nie.. Perubahan HORMON ka? Please HELP me!!!

Link/s untuk di SHARE bersama KORUNK..
http://www.alibaba.com/product-free/109186285/Kuih_Sejuk_Beku_SAMJ_Frozen_Food.html
http://www.alibaba.com/product-free/217440320/Frozen_Food.html
http://www.alibaba.com/product-free/108834474/Roti_Canai_Frozen_Food.html

3 Komentar:

apezs shah said...

best2...;)

sicomot-comel said...

suka kueh hijau putih tu,sedap !

em,,Adam,SCC tak brapa nak paham part ada Tasnim ngn Amani tuh.Dorg tu,tgh berbual bersama atau mereka tu musuh??

adamzico said...

sicomot-comel: part tasnim dgn amani tu.. diorg boleh berbual tapi tetap bermusuh.. Biasa la dua orang model yang baru meningkat nama kena pastikan lebih baik dr yg lain.. kan? wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!