Tuesday 9 November 2010

Tangis Kasmaran ~ Bab Dua ~ Plot Empat



          Beberapa minggu berlalu. Sayuthi terus mengadap komputer ribanya. Dia mahu menganalisa perkembangan ekonomi agar wujud jalan keluar untuk mereka.

          “Kerajaan telah mengawal pengaliran keluar tunai. Apungan ini akan dapat memastikan pengaliran wang hanya akan berlaku di dalam negara. Ini adalah berita gembira untuk para usahawan dan pemilik perniagaan. Satu proposal telah di bangkitkan untuk mengawal kejatuhan harga saham dan kecairan di negara kita.. Semoga segala langkah yang sedang giat di jalankan ini bakal menarik para pelabur luar untuk melabur di negara kita..” Sayuthi terpaku memandang radio di hadapannya. Apakah berita yang di dengarinya itu akan memberikan kelebihan kepada mereka?

           ‘Yut..’ Waldian membuka pintu bilik Sayuthi kerana dia juga mendengar saluran berita yang sama. Sayuthi melemparkan pandangannya. Dia tidak menyangka gadis itu akan berada di hadapannya. ‘Ya..’ Perlahan sekali suara Sayuthi membalas sapaan Waldian.

          ‘Berita.. Tadi.. Ekonomi..’ Waldian tidak dapat menerangkan apa yang di dengarinya. Dia kelihatan tercungap-cungap. ‘Saya dah dengar.. Come.. Have a seat..’ Sayuthi mengalu-alukan kedatangan Waldian.

          ‘jadi?’ Waldian mahu pandangan dari Sayuthi. ‘Saya sedang menyemak kadar saham Redbrick seunit melalui apungan dalam negara. Saya akan mengkaji apakah semua ini memberikan kita kelebihan atau sebaliknya.’ Sayuthi terus melayari internet agar segala kesalahan mereka dapat diperbetulkan.

          ‘Saya akan membantu.. Tunggu ya?’ Waldian keluar untuk mendapatkan komputer ribanya. Mungkin terdapat data yang dapat mereka bandingkan bagi mengetahui taraf kestabilan sekatan aliran keluar tunai itu kepada perniagaan mereka.

          Waldian dan Sayuthi mula membandingkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi. Memang agak rumit sekali namun mereka mempertaruhkan kepakaran mereka dalam memastikan Redbrick kembali stabil.

          Laporan demi laporan telah mereka tatapi satu persatu. Tiada satu pun yang lepas dari pandangan mereka. Semua angka di ambil kira semuanya. Mereka pasti akan menemui jalan keluar.

          ‘Waldian.. nampaknya tidak banyak perubahan.. Kita tetap memerlukan hasil daripada pelaburan tersebut..’ Sayuthi membuat kesimpulan atas apa yang di perincikannya. ‘Tak juga.. Dengan beberapa kontrak dan transaksi, kita akan berjaya keluar dari segala belenggu.. It take more than ten months..’ Waldian kembali bersemangat. Dia yakin tiap satu ada penyelesaiannya.

          ‘Waldian.. I’m starving.. Jom saya belanja makan..’ Inilah peluang yang ditunggu-tunggu oleh Sayuthi. ‘Erm..’ Waldian bersetuju. Mereka berjalan seiringan. Banyak yang mereka bualkan sepanjang perjalanan.

          “Waldian.. Tak ramai yang dapat melihat betapa luhurnya peribadimu.. Aku gembira kerana aku berpeluang mengenalimu.. Akan aku cuba mendapatkanmu walaupun terpaksa mengorbankan nyawaku.. Begitu bernilainya dirimu kepadaku..” Sayuthi berbicara dalam diri. Sesekali matanya tertumpu kepada Waldian.

          ‘Letih?’ Sayuthi melemparkan pandangannya ke arah Waldian. ‘Yupp.. Dah lama saya tak perah otak saya cam kes ni..’ Waldian mengakui dia keletihan yang amat sangat.

          “Triit!” Waldian menjawap panggilan itu. ‘Ayah.. Wa’alaikummussalam.. Ayah sihat?’ Waldian kembali bertenaga tatkala mendengar suara orang yang paling dirinduinya. ‘Ayah.. Bila nak pulang.. Wadi.. Rindu..’ Sayuthi memandang ke arah Waldian. “Wadi?” Nampaknya itulah gelaran Waldian. Nama lelaki untuk Waldian.

          Waldian tidak mengendahkan kehadiran Sayuthi di situ. Apa yang paling menggembirakan hatinya ialah panggilan dari ayahnya. Dia amat merindui lelaki itu.

          Sebenarnya ayah Waldian mengharapkan anak lelaki. Malangnya selepas kelahiran Waldian, ayahnya mengajarnya untuk menjadi seorang lelaki padahal dia ialah seorang perempuan. Jati diri dan ketahanan tubuh badan Waldian adalah salah satu keutamaan ayahnya. Itulah sebab Mengapa Waldian membesar sebagai seorang tomboy. Walaupun begitu rasa cintanya kepada Hatta telah sedikit sebanyak menukar gaya penampilan Waldian.

          ‘Wadi? Siapa wadi?’ Sayuthi mengajukan persoalan itu kepada Waldian. Dia mendiamkan diri. ‘Anak saudara saya..’ Ujar Waldian. ‘Oh.. Okay..’ Sayuthi mengukir senyuman sinis kerana dia tahu siapa Wadi itu sebenarnya. Wadi ialah Waldian.

          Sememangnya ketiadaan ibunya, Waldian bergantung hidup pada ayahnya. Walaupun lelaki itu kerap meninggalkannya seorang diri di rumah, dia tidak bimbang sebaliknya yakin anak gadisnya itu mampu menjaga diri.

          ‘Don’t talk bout Wadi.. Saya betul-betul letih ni.. I go back first.. Thanks kerana belanja saya..’ Waldian meninggalkan Sayuthi. Sayuthi hanya menghantar gadis idamannya itu dengan ekor matanya. Dia terpaksa merangkai sesuatu agar perhubungan ini mempunyai nama. Bukan atas nama sebuah persahabatan sebaliknya atas nama sebuah percintaan. Itulah impian sayuthi. Dalam diam dia cuba mendapatkan Waldian.

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!