Monday, 24 January 2011

7 anime terBAEK pilihan eden..

Salam..!

Meh eden kongsi 7 ANIME pilihan eden..

1. The law of Ueki
The Law of Euki mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Ueki yang diberikan satu 'HAJAT'
Yang berupa kuasa semulajadi..
Di mana dia harus menyertai sebuah pertandingan yang dijalankan oleh 'HEAVEN'
Ueki memilih untuk mempunyai kuasa 'RECYCLE'..
Yang membolehkan dia mengitarsemula sampah menjadi tumbuhan..
Itu kuasa pertama dia..
Kuasa tersebut boleh dipertingkatkan ke tahap kedua..
Kuasa keduanya ialah mengitar semula tumbuhan kepada sampah..
Saingan utama Euki ialah 'Robert Hayden 10's' 
Yang diketuai oleh Robert Hayden..

2. Air Gear
Air Gear mengisahkan tentang kemajuan teknologi ke atas RollerBlade..
Ikki, seorang pelajar menengah membesar di sebuah rumah..
Bersama dengan 4 orang gadis..
Tanpa disedarinya,
Salah seorang dari 4 gadis itu ialah pewaris kumpulan 'Sleeping Forest'
Iaitu salah satu 'King' dalam arena Rollerblade..
Ikki belajar untuk menjadi seorang pemain Rollerblade tanpa mengetahui..
Bahawa takdir membawanya untuk menjadi 'King of 8th Kings'

3. Slam Dunk
Wallaa..!
Slam Dunk..
Siapa yang tak tahu tentang Anime ni..
Hanamichi Sakuragi bertekad menyertai skuad bola jaring..
Semata-mata untuk mencuri pandangan seorang gadis yang digilainya..
Takdir membawanya lebih dari itu..
Di bawah bimbingan 'Gorilla'..
Dia menjadi sebutir bintang dan perhatian semua..

4. Gun X Sword
Van, seorang jejaka yang mempunyai sebilah pedang..
Yang merupakan anak kunci kepada sebuah senjata 'Peperangan' yang hebat..
Mengetuai satu misi untuk mengalahkan 6 lagi senjata yang dikatakan mampu memusnahkan dunia..
Disamping merekrut ahli-ahli yang lain untuk mencari 'Keamanan'
Tujuan utama Van ialah mencari pembunuh isterinya..
Pembunuh bertangan besi itu juga ialah manusia yang bertanggungjawab untuk membawa peperangan di bumi..

5. La Corda D Oro Primo Passo
kahoko Hino, seorang pelajar jurusan awam telah bertembung dengan Lili, seorang pari-pari yang telah menghadiahkannya sebuah Violin..
Lili juga menempatkan Kahoko Hino di dalam pertandingan yang dijalankan di sekolah berkenaan..
Kahoko yang tiada kemahiran bermain violin terpaksa belajar untuk menggesek violin tersebut.
Meskipun dia tidak tahu langsung akan nota musik..
Musik yang terlahir oleh perasaannya itu membuatkan semua penonton bersorak riang dan terpegun..
Namun.. Apabila magik tersebut hilang..
Kahoko berdepan dengan dunia musik yang nyata..
Apakah dia berjaya belajar untuk menjadi seorang pemain violin terkemuka dengan usahanya sendiri?

6. Yakitate JAPAN
Azuma Kazuma, seorang pelajar jurusan pastri,
telah berjanji untuk membangunkan 'Fantasia'..
Sebuah kedai roti yang dahulunya amat terkenal di Jepun..
Untuk mempromosikan kedai roti tersebut, 
Azuma Kazuma dan rakan-rakannya terpaksa bertanding di dalam pertandingan Pastri peringkat Jepun..
Dimana terdapat pesaing-pesaing yang hebat..
Anime yang berkisar tentang dunia masakan ni..
Amat menarik dan lucu..

7. Cardcaptor sakura
Sakura dengan card-card Clow nya..
Semua mesti sudah menontonnya kan..!
Tak perlu diceritakan ye..
Apapun Sakura dan Shauran dipertemukan..
Dalam pencarian kad-kad Clow..
Sukanya..!

p/s: kalau ditanya yang mana PALING best..
sudah tentunya.. Tak dapat eden nak pilih..
Hehe..
Terbaek wok..!
wink!

2 Komentar:

~~aKoO~~ said...

no 3 is the best..
dlu slalu tgk kt NTV7..uhuh..lps tuh ulg tyg kt animax..pon tgk..utube..lg r tgk..
sgt meminati wtk hanamichi sakuragi dn sukn bola krnjg..^_^..V

adamzico said...

~~aKoO~~: slamdunk kan! Siapa tak suka Hanamichi sakuragi, Gorilla, 'Kaide' Rukawa, Ryota, Mitsui.. terbaek..Kan! wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!