Tuesday 11 January 2011

Kabur akan hadirmu..!

Apakah itu ketentuan?
Ketentuan yang berupa rencana takdir telah menemukan aku dengannya.
Ketentuan yang sama juga memutikkan satu rasa yang sungguh bermakna..
Apakah itu kebahagiaan yang aku cari selama ini?

Apakah itu pertemuan?
Pertemuan ini adakah untuk selamanya..
Pertemuan ini penuh maknanya buat aku..
Sehingga aku mencipta mahligai bahagia di laman derita..

Apakah aku akan tetap dihatinya?
Saban hari aku memikirkan kesudahannya..
Saban hari aku memutuskan untuk beralah..
Mencintainya sudah cukup untuk memiliki meski sesaat cuma..

Besar sangatkah pengharapan aku?
Pengharapan untuk tidak akan terluka kerana cinta..
Pengharapan untuk tidak melukakan orang lain..
Meski hatiku tersarat dengan kesan kepedihan sebuah kehidupan..

Maafkan aku..
Hingga ke saat ini..
Aku masih tidak dapat membaca kamu..
Meski aku dibutakan oleh cintaku..
Sepenuh hati..
Sepenuh rasa..
Sehingga sebutir pasir sudah cukup untuk membuatkan aku luka dan berdarah..

Maafkan aku..
Hingga ke tika ini..
Aku masih lagi ragu-ragu akan hadirmu..
Apakah aku cuma persinggahan..?
Apakah aku cuma sandaran..?
Kau peluk hatiku..
Kau dakap aku..
Sehingga gugur prasangka, sangsi dan curiga untuk seketika..

p/s: aku terlalu mencintaimu sehingga aku membenci diriku jika aku pergi dari sisimu.. wink!

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!