Tuesday 11 January 2011

Lahir di Malaysia & Kerakyatan Amerika..!

Salam..
Menjadi kerakyatan sesebuah negara membangun tidaklah sama dengan memiliki kerakyatan di negara maju..
Apakah istilah 'Hujan EMAS di negeri orang, hujan BATU dinegeri sendiri, lebih baik berhujan di negeri sendiri' itu tidak lagi relevan bagi sesetengah orang sehingga mendapatkan taraf penduduk tetap menjadi pilihan..
Terpanggil saya untuk menyuarakan apa yang saya rasa melalui penulisan ini..

Memang menjadi tujuan saya untuk mengenengahkan perkara ini kepada pihak-pihak yang berkaitan..
Bukannya nak kondem.. Sebaliknya nak bertanya.. Apakah ada cara untuk menghalang seseorang individu dari mendapatkan kerakyatan negara luar dan membawa individu tersebut pulang ke tanah air? Isu 'Drainage' kurang kita dengari.. Namun kesannya amat besar kepada pembangunan negara..

Situasi Drainage ini merujuk kepada usaha kerajaan menghantar sebilangan besar remaja menerusi program pengajian dan pembelajaran di luar negara. Usaha murni ini nampaknya mempunyai sedikit kepincangan.. Kelompok siswa siswi tersebut yang dikatakan mampu mengubah Malaysia di masa akan datang akhirnya tidak pulang untuk mengubah Malaysia sebaliknya terus menetap di luar negara dan menjadi rakyat negara tersebut.. Isu ini tidaklah besar namun Malaysia akhirnya akan mengalami kekurangan tenaga mahir ekoran daripada tindakan tersebut.. Dimana silapnya?

Ada sesetengah pengajian yang ditawarkan itu tidak sesuai untuk dipraktikkan di Malaysia. Khususnya bidang arkitek dan engineering dari Amerika tidaklah dapat digunapakai atau dipraktikkan di Malaysia.. Jika begitu, kenapa harus menghantar sebilangan pelajar ke sana? Apakah itu merugikan sahaja.. Akhirnya pelajar-pelajar tersebut tidak akan pulang ke tanah air untuk berbakti sebaliknya mencari kerja di sana dan mendapatkan kerakyatan negara tersebut..

Di sini saya simpulkan.. Kita seharusnya mengkaji apakah pembelajaran atau pengajian di luar negara itu boleh dipraktikkan di Malaysia sebelum menghantar pelajar kita ke sana.. Saya menguatarakan semua ini adalah kerana salah seorang dari ahli keluarga saya sehingga kini tidak pulang-pulang setelah melanjutkan pengajiannya di Amerika (Miami, Florida) lebih dua puluh lima tahun yang lalu..

Rintihan seorang ibu yang tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup di negara orang itu sedikit sebanyak membuatkan saya cukup terharu apatah lagi keadaan si ibu yang sedikit uzur membuatkan saya terkilan. Apakah saya perlu melanjutkan pengajian di luar negara jika keadaan saya juga seperti ahli keluarga saya itu..

p/s: fikir.. fikir juga.. apakah langkah yang perlu di ambil bagi permasalahan ini.. huhu..

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!