Wednesday 12 January 2011

Mati muda..!

Ajal, jodoh semuanya ditanganNya..
Kita sebagai manusia..
Hanya boleh merancang..
Yang menentukannya hanyalah Dia..
Yang maha berkuasa..

Terpanggil saya untuk berkongsi cerita..
Berkenaan mati muda..
Bak kata pepatah: A good die young..
Membawa maksud..
Yang BAIK selalunya mati muda..
Ianya dapat disimpulkan sebagai..
Lebih baik mati muda..
Kerana tak banyak dosa..

Soal hidup dan mati ini..
Kita tak boleh nak tentukan..
Meskipun terdapat tanda-tanda yang tertentu..
Sesetengah ulama' dapat mentafsirkan..
Manusia itu sebenarnya telah mati..
40 hari sebelum dia benar-benar putus nafas..

Persoalannya..
Mati muda kerana kemalangan jalanraya..
Adalah perkara yang tidak dapat dielakkan..
Malang tidak berbau..
Namun..
Mati muda secara tiba-tiba..
Menjadi tanda tanya..
Apakah gejala seperti ini tiada simptom..
Atau petanda awal?

Merujuk kepada Kes 1:
Arwah Faizal Yusof..
Berusia 33 tahun..
Yang sentiasa menghiasi kaca televisyen..
Menerusi slot Drama..
Masih terimbau lakonannya dalam Adamaya
Apakah sebenarnya yang terjadi?
Serangan jantung?
Walau apapun puncanya..
Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya..
Al-Fatihah..

Merujuk kepada Kes 2:
Seorang teman sejawatan..
Baru sahaja kematian isteri tercinta..
Tiada kesan, petanda atau alamat..
Akan sebuah pemergian..
Cuba bayangkan seorang isteri..
Meninggal dunia sewaktu tidur..
Pemergian yang begitu mengejutkan.. bukan?
Meninggalkan suami tercinta..
Meninggalkan bayi yang baru berusia beberapa bulan..
Apakah sebenarnya yang berlaku?
Serangan jantung diwaktu sedang enak dibuai mimpi?

Kematian sebegini makin kerap berlaku..
Satu persatu punya cerita tersendiri..
Namun..
Apakah puncanya..?
Dimanakah awal kesilapannya..?
Salahkan pemakanan?
Salahkan jadual kerja yang begitu ketat lagi sibuk..?
Salahkan diri yang tidak tahu duduk diam..?
Salahkan apa?

p/s: Apakah pendapat/pandangan korang berkenaan isu ini..? 
Apakah usaha yang boleh kita lakukan bagi mengelak/mencegah berlakunya mati muda..
Sesungguhpun, hidup dan mati bukan didalam kawalan kita..
Namun selagi bernyawa..
Kesihatan perlu diutamakan..
Kan!


Bekerjalah sepertimana kamu hidup seratus tahun lagi..
Beribadahlah sepertimana kamu akan mati sebentar sahaja lagi..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!