Ayah. Tiada usaha yang kau lakukan untuk mencariku. Adakah perhubungan darah ini tidak membebani pemikiranmu? Kata orang, air dicincang takkan putus. Kini aku dapat melihat pepatah lama itu tidak sesuai dengan keadaanku.
‘Krak.’ Pintu apartment terbuka. ‘Rizmi.’ Bisik hati kecilku. Aku berjalan ke arah ruang tamu. ‘Kasih, awal bangun hari ni?’ Farish menyapaku. Aku berjalan lemah. Aku duduk di sofa. Perubahan wajahku itu di perhatikan oleh Farish.
‘Farish beli sarapan pagi ni? Banyak ni. Marilah kita makan bertiga dengan Tasnim.’ Farish mengajakku untuk menyertai mereka berdua.
‘Takpalah. Kasih tak berselera nak bersarapan.’ Aku terus mencapai sebuah majalah dan membeleknya. Biar masa yang bergerak perlahan itu mencari jalan untuk mempercepatkan alirannya. Aku perlukan Rizmi hari ini.
‘Kasih. Marilah sertai Tasnim.’ Pujuk Tasnim kepadaku. ‘Tasnim makanlah dulu. Kasih tak ada selera la.’ Aku menyuarakannya lemah. ‘Rizmi nanti datang la tu.’ Tasnim mengusikku. Aku hanya melemparkan senyum keriangan kerana Tasnim memahamiku.
Masa bergerak seperti biasa. Aku tersangkar di dalam kerinduan yang tersarat. Mahu aku memeluk Rizmi apabila dia melangkah di depanku. Semua itu hanya membuatkan aku semakin lemah.
Aku menghayunkan langkah kakiku menuju ke ruang makan. Aku hanya mengisi perutku dengan air kopi. Dua cawan air kopi telah aku hirup namun bayang wajah Rizmi tetap tidak kelihatan.
Aku terlelap di ruang tamu. Aku terdengar akan pintu balkoni itu di tarik. Cahaya matahari yang menyuluh terik ke arahku itu telah berkurangan.
‘Farish?’ Sapaku. ‘Terik cahaya matahari tu. Maafkan Farish kerana mengganggu tidur Kasih.’ Farish duduk di sebelahku.
‘Muka Kasih nampak pucat. Kasih dah makan? Kasih tak sihat ke?’ Bertalu-talu persoalan di tujukan kepadaku. ‘Kasih hilang selera makan.’ Aku tidak memberitahu Farish perkara sebenarnya. Aku tidak perlu memberitahu semua tentang pengambilan pil tidur yang keterlaluan itu.
‘Kasih kena mengisi perut tu. Kalau berlanjutan nanti, pelbagai penyakit akan mula Kasih terima.’ Farish menunjukkan rasa prihatinnya kepadaku. Dia berlalu ke arah dapur. Entah apa yang di lakukannya.
‘Nah, Kasih kena makan nasi ni.’ Farish meletakkan sepinggang nasi yang berlaukkan daging dan telur masin. Aku hanya merenung ke arahnya. Prihatin benar Farish terhadapku.
‘Terima kasih Farish. Ni kali yang terakhir Farish boleh lakukan untuk Kasih.’ Pintaku untuk menyedarkan akan perhubungan kami. ‘Kasih tak nak bermasam muka dengan Tasnim.’ Sambungku perlahan.
Aku mahu Farish lebih prihatin terhadap Tasnim yang mengandungkan anaknya. Ya. Itu yang harus dilakukannya sepanjang kandungan Tasnim itu.
Farish mendiamkan dirinya. Dia tahu apa yang mengganggu pemikiranku. Ianya berkisar tentang Tasnim. Dia menumpukan perhatiannya ke arah rancangan televisyen kegemarannya.
Aku mula menjamah makanan itu. Perutku mula terisi. Aku tidak mempedulikan Farish yang kadang kala memerhatiku. Aku makan dengan lahapnya.
Aku bangun untuk ke dapur. Aku mencuci pinggan mangkuk yang terbiar di sinki. Aku bergerak ke bilikku. Aku mahu mengambil baju yang telah aku pakai untuk di basuh.
‘Farish, ada baju nak di basuh?’ Tanyaku kepadanya yang asyik menumpukan perhatiannya kepada kaca televisyen.
‘Ada.’ Jawapnya kepadaku. Aku berjalan ke arah mesin basuh dan memasukkan bajuku ke dalamnya. Aku bergerak ke bilik Farish dan mengambil baju-bajunya itu. Aku membiarkan mesin itu menjalankan tugasannya. Aku berjalan ke bilikku.
Hari semakin gelap. Matahari akan berganti dengan bulan. Nampaknya Rizmi tidak akan hadir. Aku tidak mahu memikirkan apa alasannya. Aku tidak mahu membebankannya. Tiada sebarang panggilan telefon yang aku terima hari ini. Nampaknya seperti Rizmi mahu mengelak dari diriku.
Aku mengadap diari hatiku itu. Airmata ini mulai bergenang. Kerinduanku itu mulai melayang dalam khayalan yang mampu aku ciptakan. Rizmi. Nama itu tetap terukir di ruang mataku ini. Aku menarikan penaku itu.
Aku tidak mahu mengambil pil tidur lagi. Sudah dua hari berturut-turut aku mengambilnya. Aku perlu membiasakan diriku dengan kesedihan. Pil tidur itu hanya menenangkan aku untuk seketika. Aku harus menghadapi segala pahit manis kehidupan yang tersurat untukku.
Lelah. Aku lelah kerana kerinduanku ini. Aku lelah mendambakan cinta dari seorang lelaki yang entah cinta atau tidak kepadaku.
Aku dapat melupakan Benjamin kini. Rizmi benar-benar berjaya mengisi pengertian cinta yang aku dambakan selama ini. Ya. Aku menerima Benjamin dahulu kerana budi baiknya. Dia sentiasa ada di sisiku. Dia merupakan kawanku dari kecil lagi.
Malas. Aku malas untuk keluar. Aku hanya merebahkan diriku di atas katil. Melayan kesedihan yang mula memutik di hatiku. Melayan khayal yang mula membenihkan harapan. Terlelap aku dalam kesayuan.
Ayah? Susuk tubuh itu aku kenali. Norzie? Rizmi? Farish? Tasnim? Mereka mendekatiku. Mereka melemparkan senyuman sinis ke arahku. Ketawa yang berderai itu membuatkan aku semakin sedih. Adakah begitu hina diriku ini?
Nota Kaki: Mimpi adalah mainan tidur.. Namun apakah trauma yang dihadapi oleh seseorang individu itu akan membawa kepada termimpi-mimpi.. Mimpi ngeri? Apakah Kasih benar-benar stress dengan hidupnya kini..?
2 Komentar:
assalamualaikum..
penceritaan yg menarik..penuh makna tersenbunyi
sahromnasrudin: tenkiu.. teruskan membaca ya.. adeh.. saket kepala..!
Post a Comment