Thursday 6 January 2011

Persamaan ROKOK dan Rasa BODOH sangat..!

1993 Dunhill International Cigarette Print Ad (5476)
Apa kes!!!
Rasa ini perlu dikongsi..
Rasa makin menyampah dengan si perokok tegar..
Bila rasaku ini rasamu.. :(

Alkisah!!!
Apa baiknya merokok?
Apakah ianya melambangkan status kejantanan seseorang?
Apakah ianya memberikan kepuasan duniawi dalam satu sedutan?
Apakah yang membuatkan seseorang itu tertarik untuk merokok?
Apakah tabiat merokok itu boleh dihentikan?

Wallaa..!
Eden pernah cuba untuk merokok..
Selepas sedutan pertama..
Tekak rasa meloya..
I hate that feeling..
Macam mana korunk semua boleh merokok dengan mudahnya ya?
Hairan bin Ajaib..

Rokok punya penangan..
Hari ini eden mendapat ARAHAN dari seseorang yang lebih tinggi kedudukannya dari eden..
Untuk melakukan SATU tugas yang tak pernah eden lakukan..
Tugasnya MUDAH.. Iaitu membeli ROKOK..
Membeli ROKOK di dalam kawasan yang sebegitu KETAT dimana kawasan larangan MEROKOK adalah ditempat-tempat AWAM khususnya pejabat kerajaan..
Yang menjual SALAH..
Yang membeli pun SALAH..
Yang patut dipersalahkan ialah MEROKOK di tempat-tempat sebegini.. kan?
Kekok..
Rasa kekok yang amat sangat..
Oleh kerana takut kesan ketagihan itu membuatkan si PEROKOK berada di dalam konflik..
Eden putuskan untuk BREAK the LAW..
Bukan sahaja BREAK that Law malah BREAK my own Law untuk tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ROKOK..
Sincerely.. I dont LIKE perokok tegar untuk berada di sekeliling eden..
Hate that asap so much..

Nota Kaki: Nak jadi cerita.. Semasa mendapatkan BEKALAN tersebut yang berupa sekotak Dunhill Light kaler biru kotaknya.. Eden sememangnya tak arif pasal penjenisan rokok dan juga harganya dipasaran.. Eden pun mendapatkan ROKOK berkenaan dan tanpa segan silu (berlakon cam perokok tegar dan cuba kelihatan macho) Eden menghulurkan RM10 kepada si penjual dan terus tercegat di situ untuk beberapa minit.. Alasannya, eden menunggu duit baki dari si penjual tersebut.. Setelah itu, eden segera bertanyakan kepada si penjual berkenaan harga ROKOK tersebut.. Pantas dia menjawab RM10.. Eden rasa bodoh sangat kerana tercegat di situ selama beberapa minit tanpa mengetahui harga ROKOK berkenaan ialah RM10.

p/s: Sekotak ROKOK berharga RM10, apakah RM10 tersebut untuk sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun? Apapun 'Hitam itu Perellis'  Betoi ka ejaan ni? Layaan!

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!