‘Where’s Sayuthi?’ Pengerusi mula mengesyaki bahawa seorang pegawainya itu tidak menghadiri sesi mesyuarat kali ini.
‘He’s late.. But don’t worry bout that.. So.. Pengerusi, What bring you here?’ Redzuan mula mengatur bicara. Dia harus tampak penuh keyakinan di hadapan Pengerusi.
‘Okay.. Two weeks end today.. Apa hasilnya?’ Pengerusi mula mempersoal perancangan Redzuan. Dia mahu mengetahui akan perkembangan perancangan Redbrick itu dalam mengelakkan dari gulung tikar atau tersenarai keluar dari pasaran saham.
‘Waldian.. Show them the reports..’ Redzuan mengarahkan Akauntan Redbrick itu menyerahkan laporan kewangan beserta beberapa dokumen kontrak yang berjaya dimeterai oleh mereka.
‘Aimar.. Kamu tahu kerja kamu bukan?’ Pengerusi bertindak dengan penuh teliti dan waspada. Ini adalah kerana dia bimbang akan kehilangan satu lagi syarikat di bawah Redwill Corporation.
‘Waldian.. I need you to tell me bout this report..’ Pengerusi bijak meletakkan siapa yang harus membentangkan laporan berkenaan. Dia tahu sebaik sahaja Waldian melangkahmasuk, dia tidak bersuara. Redzuan memainkan peranan menguasai sesi berkenaan.
‘Saya? Rasanya Redzuan berhak membentangkan perjalanan syarikat..’ Waldian mengalihkan pandangannya ke arah Redzuan. Redzuan terdiam. Dia tahu benar apa yang bermain di fikiran ayahnya itu. ‘Waldian.. Don’t worry.. Show them what we got..’ Redzuan berdoa moga gadis itu dapat memberikan penerangan yang jitu.
‘Pengerusi.. Redbrick kini berada di dalam keadaan yang terlindung dari bahang yang dirasai ekoran kejatuhan pasaran saham.. Oleh itu saya telah rangkulkan beberapa aspek yang terkandung dalam laporan yang telah saya sediakan dengan secara terperinci..’ Waldian bersemangat untuk menerangkan apa yang telah disediakannya. Dia tahu besar kemungkinannya lelaki bernama Aimar itu akan dapat mengesan penipuan pada laporan tersebut.
‘Erm?’ Aimar mula mengesyaki sesuatu. ‘Aimar..’ Pengerusi menyedarinya. ‘Pengerusi.. Ada sesuatu keadaan yang luarbiasa pada penyata akaun..’ Aimar mematikan bicaranya.
Waldian dan Redzuan sedar bahawa kini mereka terperangkap di dalam permainan mereka sendiri.
‘Reds.. What going on there..’ Pengerusi mula meninggikan suaranya. Dia mahukan penjelasan. Dia berharap ada sesuatu yang dapat membuatkan hatinya tenang. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh anaknya itu.
‘Pengerusi..’ Redzuan lemah untuk berkata-kata. Dia tertunduk. Dia tidak dapat mencari akal untuk melepaskan dirinya. ‘Pengerusi.. Maafkan saya..’
‘Reds..’ Pengerusi nampaknya hampa dengan anaknya. Dia tahu bahawa dia bakal kehilangan satu lagi Nyawanya. Dia telah bersusah payah mengekalkan kestabilan Redfly dengan wang ringgit yang dilaburnya. Apakah dia harus berbuat perkara yang sama untuk Redbrick?
‘Maafkan saya.. Saya terlewat..’ Sayuthi kini berada di hadapan semua. ‘Apakah saya benar-benar terlambat?’ Pengerusi kelihatan tegang. Dia tertunduk ke bawah kerana tidak sanggup melihat kemusnahan Redbrick. ‘Redbrick telah hancur.. Musnah..’ Ujar Pengerusi dengan penuh kehampaan.
‘Musnah? Belum lagi.. redbrick masih kukuh. Ini adalah laporannya.’ Sayuthi menyerahkan laporan yang dibawanya kepada pemerhatian Pengerusi.
‘Ini.. Ini adalah satu lagi gurauan untuk saya?’ Pengerusi mula meragui kesahihan dokumen tersebut. ‘Jangan Risau.. Saya baru sahaja menyalin dokumen itu dari internet. Ianya mengesahkan bahawa terdapat kenaikan pada harga saham Redbrick..’ Kata-kata Sayuthi itu menaikkan semangat Pengerusi untuk menatap lemabaran yang ada di tangannya itu.
‘Aimar.. Take this..’ Pengerusi mahu lelaki itu meneliti dokumen tersebut. Dia masih tidak mahu menerima hakikat Kekukuhan Redbrick itu.
‘Let me see.. Erm..’ Aimar terus melayari internet menerusi komputer ribanya. ‘Pengerusi.. Redbrick is undercontrol.. This reports is originally print from internet..’ Aimar menumpukan perhatiannya kepada beberapa maklumat. Dia yakin maklumat itu penting namun dia terpaksa merahsiakannya dari pengetahuan Pengerusi.
‘Good.. Reds.. Kamu terlepas kali ini.. I will lay my eyes on you..’ Pengerusi yakin perancangan Redzuan itu telah melepaskannya dari hukuman yang telah di fikirkan oleh Pengerusi. Dia yakin anaknya itu tidak dapat menerajui Redwill Corporation dalam masa terdekat.
p/s: Adakah Tuan Pengerusi menyedari akan 'sesuatu'sehingga mendesaknya memantau anak lelakinya dengan lebih ketat lagi? Apakah rahsia Redz akan terbongkar..?
2 Komentar:
rajin wat entry pasal novel yea suka mengarang erk?hehehe
efa: hehe.. bacalah ye.. wink!
Post a Comment