Saturday 19 February 2011

Tangis Kasmaran ~ Bab Lima ~ Plot Dua


           ‘Baiklah..’ Waldian cuba melupakan kecemburuan yang bertakhta di hatinya. Dia terpaksa memikirkan akan pujian hatinya, Hatta. Biar bayangan lelaki itu memudarkan segala rasa yang lahir untuk lelaki yang bernama Aimar.

          ‘Soraya.. Saya perlukan bantuan kamu..’ Sayuthi bertandang ke Brickwell Co. Tujuannya ialah untuk memujuk Soraya untuk melakonkan watak wanita korporat yang ingin menjadi pelabur baru dalam Redfly.

          ‘Apa? Encik Sayuthi.. This is difficult.. Redfly? Established company in airlines? Let me think first..’ Soraya, seorang gadis yang selamba dan berpenampilan menarik. Peribadinya yang telus itu membuatkan Sayuthi tidak teragak-agak untuk mendapatkan bantuannya.

          ‘Actually Waldian tidak boleh melakonkan watak tersebut.. Hanya Soraya sahaja calon yang layak..’ Sayuthi yakin pilihannya itu tepat.

          ‘Waldian?’ Soraya pernah mendengar nama itu disebut oleh Sayuthi namun dia belum berkesempatan untuk bertemu dengan pemilik nama tersebut. Tentu dia seorang gadis yang cantik.

          ‘Baiklah.. berikan saya masa.. Let me think it first..’ Soraya perlu memikirkan semua risiko terhadap persetujuannya itu. Dia yang masih kekok dalam menguruskan Brickwell yang hanyalah sebuah syarikat atas kertas sahaja itu. Dia mendapat arahan terus dari Sayuthi untuk menjalankan urusniaga di bawah Redbrick.

          ‘Waldian.. Cepatlah..’ Amylea bergerak mendapatkan sahabatnya. ‘Waldian.. Saya tunggu di kereta ya? Mari Aimar.. temankan saya..’ Amylea mengajak Aimar untuk menemaninya.

          Waldian sengaja memperlahankan langkahnya. Dia tidak mahu mengganggu dua sahabatnya itu yang kelihatan agak mesra.

          ‘Redzuan?’ Amylea tersentak melihat Sesusuk tubuh agak jauh darinya. ‘Redzuan?’ Aimar tidak faham akan reaksi Amylea itu. ‘Siapa gadis itu?’ Amylea mula terasa ditipu oleh lelaki yang menjanjikan segalanya kepadanya.

          ‘Amylea.. bertenang.. jangan bertindak terburu-buru..’ Aimar menarik tangan Amylea. Dia tahu gadis itu akan bertindak diluar kewarasannya.

          ‘Think wise..’ Nasihat dari Aimar itu membuatkan Amylea memberhentikan langkahnya. ‘Redzuan..’ Amylea lantas menghubungi teman lelakinya. ‘Where are you honey.. Saya stay di rumah Waldian..’ Amylea memancing perilaku teman lelakinya itu.

          ‘Saya on the way balik ke rumah Pengerusi.. Ada gathering di sana..’ Redzuan memberikan penjelasan. Dari jauh, Amylea memerhati sahaja segala perlakuan teman lelakinya itu. Baru kini dia terasa benar-benar dicurangi oleh teman lelakinya. Airmata berjuraian di kedua-dua Pipinya. Sayu.

          ‘Aimar..’ Amylea memeluk lelaki di sebelahnya itu. Hiba. Itulah perasaan Amylea setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa Redzuan sanggup menipunya. Kini, Amylea semakin sedar bahawa perubahan Redzuan itu ada sebabnya. Lelaki buaya darat itu tidaka akan menolak bingkai di hadapannya apatah bingkai itu berdahi licin.

          ‘Waldian..’ Amylea mendapatkan sahabat baiknya. Tangis airmata darah sekalipun tiada berguna. Tangisan itu sebenarnya tidak melemahkan Amylea. Api kemarahannya mula terbit dari kesedihan yang amat sangat. “Perempuan sial.. Kau perlu berhitung dengan aku sebelum kau layak mendapatkan Redzuan.. langkah mayat aku dulu..” Amarahnya itu membuatkan Amylea bakal bertindak kejam di luar kawalannya. Cintanya kepada Redzuan membuatkannya tidak memberikan peluang kepada orang lain yang cuba merampas kebahagiaannya.

           ‘Pengerusi.. keadaan di Singapura masih tidak berubah. We need new investments..’ Yolanda dapat melihat betapa sukarnya Redfly untuk bertahan di Singapura dengan persaingan yang hebat namun dia yakin perancangannya itu akan membuahkan kejayaan.

          ‘I will give you the result.. Give me extra time..’ Pengerusi dapat melihat kejatuhan Redfly. “Tiada siapa yang dapat dipercayai.. New Investments?” Bisik hati kecil Pengerusi.

2 Komentar:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

adooiiii lama aku tertinggal cerpen ko so aku sambung balik baca dari awal nanti takut ketinggalan jauh plakkk....

yang pastinya slot cerpen ni menarik sangat

adamzico said...

Afzainizam: Alhamdulillah.. wink! Sepertimana ANDA mengikuti perkembangan BLOG eden.. Eden juga mengikuti BLOG anda.. Banyak INFO tentang automobil yg semestinya Eden tak berapa arif.. wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!