Monday, 21 February 2011

Tangis Kasmaran ~ Bab Lima ~ Plot Tiga


          Perubahan ekonomi negara kesan dari dasar kerajaan telah banyak menyelamatkan sektor industri sederhana di serata negeri. Ini memberikan sedikit harapan kepada para peniaga untuk membina semula keteguhan empayar. Bagi Redwill Corporation, Redfly akan melonjak lebih jauh lagi dengan penubuhan cawangan baru di Singapura, malangnya projek berkenaan memberikan tekanan kepada Tuan Redwill.

          Masa ialah faktor penting dalam penentuan perjalanan sesebuah perniagaan. Andaikata tempoh masa yang ada disia-siakan maka hasilnya bukan seperti yang diharap-harapkan. Pengerusi sedia maklum akan hal ini. Dia perlu bijak menghitung apakah langkah seterusnya.

          Banyak tawaran yang diterimanya dari kenalan-kenalannya namun dia dapat merasakan bahawa jika saham baru dibuka kepada mereka, maka Redfly akan menjadi goyah kerana perebutan kuasa. Dia mencari seorang calon pelabur yang dapat memberikannya kebebasan untuk menguruskan Redfly dengan visinya tersendiri.

          ‘So? Kamu dah fikir tentang cadangan saya?’ Sayuthi bertemu sekali lagi dengan gadis yang bertugas menjaga Brickwell co itu.

          ‘It’s so risky.. Encik Sayuthi..’ Soraya memberikan jawapannya. Dia masih termanggu dengan rancangan tersebut. ‘Saya tak salahkan kamu.. Memang besar risikonya.. Erm.. Lagi satu tak perlu berencik dengan saya.. Panggil saya Yut..’Sayuthi merenung jauh. Berat juga. Niatnya cuma satu iaitu untuk membebaskan Redfly dari kegawatan.

           ‘Encik.. Erm maafkan saya.. Yut.. Apa tujuan Yut buat semua ni?’Soraya ingin mengetahuinya. Setelah dijelaskan sepenuhnya akan maksud perancangannya itu, barulah Soraya memahaminya. Dia tahu tugasan itu terlalu berat untuknya. Tambahan pula ianya melibatkan ramai orang yang dikenalinya terutama Sayuthi.

          ‘Baiklah..’Soraya telah memutuskan untuk menerimanya. Soraya sebenarnya dapat melakonkan watak tersebut kerana ibu saudaranya ialah seorang wanita korporat. Dia yang dibesarkan oleh ibu saudaranya yakin dapat menjalankan kewajipan yang di amanahkan kepadanya.

          ‘Encik Redzuan.. Memo dari Tuan Pengerusi.. Urgent..’Setiausaha Redzuan menyerahkan kepadanya sesalinan memo yang baru diterimanya. Redzuan menatap memo tersebut dengan teliti.

          “Mesyuarat tergempar di Redwill Corporation dikalangan para pemegang saham?” Redzuan agak terkejut dengan apa yang di lihatnya. “Apakah ianya berkisar dengan apa yang dikhabarkan oleh Sayuthi itu? Nampaknya Redfly benar-benar berada dalam keadaan kritikal..” Hati kecil Redzuan berbicara. Runsing.

          ‘Yut.. Meet me at Office.. Urgent..’Redzuan mahu menilai semula apakah tindakan sewajarnya bagi membantu Redfly. Dia mahu mengetahui akan perancangan Sayuthi berkenaan memasukkan seseorang ke dalam Redfly sebagai pelabur baru. Dia juga perlu mengetahui latarbelakang gadis itu.

          ‘Waldian.. I need you to accompany me.. I must seek for one girl..’Amylea jelas mahu mengetahui apakah perhubungan gadis itu dengan teman lelakinya.

          ‘Amylea.. Here?’Waldian bagai tidak percaya dengan tujuan kedatangan mereka ke kawasan perumahan kos rendah itu. ‘Who are you looking for?’Waldian meneruskan soalannya kerana Amylea tidak menjawab soalannya yang terdahulu.

          ‘Waldian.. I nak You temankan I.. Please don’t ask me.. Pening.. Perempuan tu harus berikan penjelasan kepada I..’Amylea terbakar dalam kemarahannya.

          “What? Apa sebenarnya yang terjadi kepada Amylea.. Banyak sekali perubahannya sejak petang tadi..”Waldian perlu mengetahui apakah yang merasuki sahabatnya itu.

          ‘She not here..’Amylea begitu kecewa. Harapan untuk bertemu dengan satu-satunya gadis yang berani mendampingi Redzuan itu terhenti. Dia terpaksa akur dengan keadaan kejiranan itu.

          ‘Amylea.. Tell me.. Why we are here?’ Waldian cuba mencari apakah sebab musabab mereka berada di kejiranan yang nyatanya tidak disenangi oleh Waldian.

          ‘I think i know someone lived here.. but it’s just my imagination..’Amylea menyembunyikan perkara sebenar. Dia akan kembali untuk berhitung dengan gadis itu. Itu pasti.

2 Komentar:

Unknown said...

nice blog...keep on writing....lau der peluang why not diplsh :)

adamzico said...

nur intan hazirah: erm.. utk masa ni.. biar menjadi santapan para blogger.. exclusive tu.. kan! wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!