Tuesday, 8 March 2011

BCR Headline: Tipu SUNAT seorang BLOGGER..


Berat SIKIT tajuk headline kita kali ini..
Bukan SIKIT berat..
Banyak berat..

Anda sedia maklum akan TIPU..
Menipu ialah perbuatan yang tidak baik..
Penipu selalunya tidak akan didekati orang..
Sapa yang nak berkawan dengan penipu..?
Angkat tangan nak KIRA berapa jumlah undi..
Kalau MAJORITI meh kita berkawan dengan penipu.. Ok?

TIPU sunat..
Apakah itu..?
Wujudkah istilah tipu SUNAT..?
Tipu kerana tak mahu bersunat kah?
Tipu yang bila dilakukan dapat PAHALA..
Dan apabila tak dilakukan tak mendatangkan DOSA..?
Perlukah kita tipu SUNAT dalam kehidupan seharian..
Sambil | Crossfinger | bukan Cursefinger ye.. wink!

Begini..
Seorang Blogger kini menjadi mangsa sok sek sok sek..
Di tempat pengajiannya..
Bukan apa..
Oleh kerana dia terlalu rapat dengan seorang GADIS bermotorsikal BESAR..
Dia telah digosipkan dengan gadis tersebut..
Wujudkah istilah | Girl Friend | bukannya teman wanita..
Jika anda merupakan Blogger lelaki tersebut..?
Soalnya HATI kena lah bertanyakan si empunya nya.. kan!

Sebuah persahabatan terlahir..
Bukan kerana pandangan yang berakarkan nafsu..
Altered | Mindset | masing-masing.. ya!
Seorang lelaki jika berkawan dengan seorang gadis..
Gosip akan kedengaran seperti di bawah..
'Teman rapat konon.. Spesel la tu..' 
'Korang percaya ke.. Tengok la pergi mana pun berkepit..' 
'A.. Mana S? Tak datang sekali ke..?' 
'Kalau selalu lepak berdua kat McD.. Nak kata kawan biasa..?'

Blogger lelaki itu dicop sebagai 'Teman Lelaki' kepada that girl..
Sedangkan mereka hanya berkongsi ILMU kerana sekelas..

Diharap perkara sebegini tak akan disalah ertikan..
Apakah seorang lelaki tidak boleh bersahabat baik dengan seorang gadis..?
Jika YA.. Maka I would take serious action after this..

p/s: Dahulu.. Saya tak gemar bergaul..
Saya suka memencil dalam DUNIA saya yang tersendiri..
Di mana saya bermain dengan Imaginasi..
Buat apa ada sahabat..
Buat apa ada sahabat baik..?
Buat apa nak keluar jalan-jalan tanpa arah tuju dengan sahabat-sahabat..?
Ianya hanya membuatkan saya terasa kecil dan NOTHING..
Tapi bila saya membuka RUANG untuk mengenali dunia luar..
Apakah perlu saya menutupnya kembali..?

Kini.. Apakah saya perlu tipu SUNAT..?
Tipu untuk menutup RUANG yang saya buka luas bak jalur LEBAR..
Semata-mata nak SEMUA orang bahagia..
Berkawan dengan saya TANPA bergosip..
Boleh tak saya berbuat sedemikian..?
Lontarkan Komentar anda.. ya?
Wink!

Iklan:
Ibu.. Terima Kasih kerana menjaga anak BUJANG anda dengan penuh kasih sayang..
Tima Kaceh Ibu..
(Ehsan dari anak-anak Dumex)

12 Komentar:

efa said...

tipu sunat tak wujud la istilah tu kot...erk biarlah beribu berkawan tp kena pndai jga pergaulan dan batas2nya fhm2 noh huhu

fi said...

hurmmm... payah untuk mengakui wujud istilah BESTFRIEND antara lelaki dan perempuan.. Tapi siapa tahu mungkin ada kat luar sana kan? huhu

Liyana Adam said...

Susah sebenarnya sorg lelaki dan sorg perempuan nak jadi sekadar sahabat biasa..nampaknya blogger lelaki tu dah alami the first challange dah iaitu pandangan masyarakat..dan walaupun sekarang hanya ada perasaan berkawan, tak mustahil perasaan lain akan timbul perlahan2..kalau blogger lelaki tu tak rasa apa2, tak mustahil jugak rakan perempuan itu mula menaruh hati..hehe panjang lebar pulak, tapi kalau berkawan dalam group yang ramai lelaki perempuannya, itu mungkin lebih baik..~

NUke_Rude said...

bila ada org bercakap ttg kita; itu bermakna ada org amik berat psl kita & kehadiran kta tu diketahui org...

ok la tu.

adamzico said...

efa: tak wujud ek istilah tu..? berkawan biar beribu.. tu yang coba saya lakukan kini.. tima kaceh kerana komentar anda ni.. wink!

adamzico said...

Cik Fyza: xde ke bestfriend antara lelaki n perempuan..? erm.. dalam kes saya ni cam ne.. blogger lelaki tu senang utk study group sama2 dgn that gurl.. salah ka?

adamzico said...

Liyana Adam.. Erm berkawan dlm group lelaki perempuan yg sedikit besar ek? Tu la.. Blogger lelaki tu takut that gurl menaruh perasaan kat dia..kalau masyarakat pun dah alert dan bergosip.. apatah sebuah perasaan yang mudah rapuh (hati seorang wanita).. kan?

adamzico said...

Nuke Rude: masyarakat dah sedar kewujudan that blogger laki2 ek? tapi kan.. apakah blogger laki2 itu dapat meneruskan perhubungan best friend tu tanpa ada sebarang perasaan lain?

fi said...

tak salah la.. sama2 menimba ilmu... itu yg lebih afdal... wink!

adamzico said...

cik fyza: tenkiu kerana memahami.. yeay!

Anonymous said...

Assalamualaikum...pendpt sy....lumrah al..lelaki akan tertarik dgn prmpuan..dan prmpuan akan tertarik dgn lelaki...cuma apa yg anda buat..kena jaga batas pergaulan..wallahuallam...

adamzico said...

Anonymous: Tu mmg diakui tapi dalam hal ni tak ada kaitan lah.. Kami rapat JUST kerana sering study group sama2.. (Bg pihak saya.. Nothing happen) Ntah la dipihak yg satu lagi.. Huhu.. Fokus setadi 1st..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!