Friday, 8 April 2011

Gangguan Seksual.. Katakan TIDAK!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..

Nak kongsi cerita sal..
Gangguan Seksual..
Tajuk taklimat semalam..
Oleh Professor Sabitha Marican..

Gangguan seksual boleh berlaku melalui 4 cara..
1) Fizikal
2) Verbal 
3) Non Verbal
4) Visual

Gangguan seksual di tempat kerja / IPTA hanya boleh dianggap berlaku..
Bila seseorang menerima 4 cara di atas..
Dan TIDAK membalas perbuatan itu..
(Ingat ya.. Tidak membalas perbuatan tersebut.. Kalau balas tak dianggap Gangguan Seksual..)

Gangguan Seksual secara Fizikal boleh berlaku..
Apabila diraba, disentuh, dipegang, dicium tanpa pengetahuan atau kemahuan seseorang individu.. 
Dan boleh juga berlaku apabila si salah laku meraba dirinya sendiri semata-mata untuk menaikkan nafsu orang lain..

Gangguan Seksual secara verbal berlaku..
Melalui percakapan, perbualan, bisikan yang biasanya tidak disenangi oleh seseorang individu terutama berbaur lucah..

Gangguan Seksual secara non-verbal boleh berlaku..
Melalui gerak tubuh, isyarat mata, bersiul yang kebiasaannya bertujuan untuk mendapatkan perhatian orang lain..
Senang cakap.. Nak ngorat orang lain..
Gangguan Seksual secara Visual pula boleh berlaku..
Melalui perkongsian imej atau gambar yang berbaur lucah kepada orang lain..

Kebiasaannya..
Bila bercakap tentang Gangguan Seksual..
Mangsanya tentu sekali Perempuan..
Namun terdapat juga mangsa seorang Lelaki..
Gangguan Seksual boleh berlaku melibatkan seorang individu dengan seorang individu lain..
Malah boleh berlaku melibatkan satu kumpulan kecil dengan seorang individu lain..
Gangguan Seksual ini juga boleh berlaku antara..
Seorang LELAKI dengan LELAKI..
Malah..
Seorang PEREMPUAN dengan seorang PEREMPUAN..
Terdapat DUA bentuk gangguan seksual..
Pertama > Quid Pro Quo
Ugutan yang diterima dari seseorang yang lebih berpengaruh di tempat kerja/ IPTA yang meminta kita melakukan sesuatu yang terbatas untuk kepuasan dan kesenangan dirinya..
Kedua > Hostile Environment
Faktor persekitaran yang mendedahkan kita kepada berlakunya Gangguan Seksual terutama daripada rakan sekerja/ rakan sekuliah..

Persoalannya..
Berapa banyak ADUAN yang diterima ekoran dari Gangguan Seksual ni di Malaysia..?
Jumlahnya terlalu sedikit kerana majoritinya..
Malu untuk membuat aduan..
Atau sesetengahnya tidak dapat membuktikan dirinya telah diganggu..

p/s: Gangguan seksual ini sepatutnya dipandang BERAT..
Ianya isu yang melibatkan emosi dan sosial seseorang individu..
Akhirnya akan mempengaruhi kehidupan individu tersebut..
Sama ada dari kehidupan sosialnya malah kepada kerjayanya juga..
Apa kata anda..?
Sila lontarkan komentar anda di sini ya?
wink!

(Ehsan dari Auntie Googlelina)

Perempuan seharusnya katakan NO dengan tegas..
Kalau boleh menjerit biar si salah laku itu terasa malu..
Ceritakan kepada orang lain..
Tentang salah laku tersebut..
(Cari geng.. Agar si salah laku tu tak melakukan perkara yang sama ke atas orang lain)

Gangguan Seksual.. Katakan TIDAK!!!

6 Komentar:

sabrina said...

wah..entry yg amat brmakna..
thanx 4 the information..

hawiz said...

alhamdulillah..xpenah kene..yeay!!

adamzico said...

Sabrina: erm.. thx kpd prof Sabitha Marican, UM kerana mengadakan taklimat tersebut.. wink!

adamzico said...

hawiz: ye ke..? Alhamdulillah.. wink2!

l° ~❤Misz Nadea❤~°l said...

NICE ENTRY ZICO :d

adamzico said...

Nadea: erm.. perkongsian ilmu.. wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!