Rindu.. Manisnya ketika di sapa rindu..
Namun.. rindu yang datang itu membawa aku ke satu dimensi yang membutakan mata hati.. Rindu pada yang mengkhianati akan cintaku..? Haruskah aku pulang ke masa lalu yang akan hanya membinasakan ragaku..?
Rindu.. Begitu manisnya sebuah perasaan.. Terawang-awangan dalam mencari ertinya cinta.. Saat sepi tiba.. Saat hiba menjelang.. Rindu datang lagi.. Mahu sahaja aku lari.. Menjauh.. Mahu sahaja aku jerit.. Melepaskan amarahku.. Namun mengertikah rindu itu akan keperitan yang aku rasakan di saat ini?
Rindu.. Rindukah dia sepertimana aku merinduinya? Rindukah aku pada insan yang telah melukakan hatiku sedemikian rupa? Rindu.. Aku cuba melupakan bagaimanakah perasaan di saat terpana dek rindu yang tiba.. Biar rasa itu mati buat seketika waktu.. Aku pasti.. Rindu itu akan datang lagi.. Namun pesanan yang dibawanya kelak ialah dari kekasih hatiku..
Persoalannya sekarang.. Di manakah kekasih hatiku itu? Apakah aku harus menunggu atau perlu memulakan langkah mencari DIA yang bakal bertakhta di hati..? Rindukah kamu pada aku?
0 Komentar:
Post a Comment