Saturday 30 October 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Satu ~ Plot Dua



                   Aku menyediakan sarapan pagi untuk ayah. Aku memanggil ayah untuk ke meja makan. Aku mahu berbual dengan ayah. Hatiku melonjak riang. Hari ini adalah hari yang paling aku nanti-nantikan sepanjang hidupku.

                   Ayah duduk di sebelahku. Dia memanggil isteri kesayangannya untuk bersama dengannya. Ayah kelihatan segak dengan baju kemeja biru berjalur putih itu. Ayah mengadap hidangan yang aku sediakan.

                   Norzie mendekati ayah dan mengingatkan ayah tentang perjalanan yang mereka rancangkan bersama. Norzie duduk dan meneguk air teh. Dia hanya memerhati nasi goreng yang aku sediakan itu. Dia segera bangun dan mengajak ayah kerana baginya masa itu emas.

                   Ayah bingkas bangun dan meninggalkan aku yang terus menunggu jawapan ringkas dari mulutnya itu. Apakah dia terlupa akan hari bermakna dalam hidupku ini? Mungkin dia sengaja mahu memberikan kejutan kepadaku.Aku harus berprasangka baik kepada orang tuaku.

                   Aku bersiap sedia untuk keluar. Aku menunggang motorsikal Scooter Ego yang merupakan hadiah dari ayah tiga tahun yang lepas. Aku memecut laju untuk bertemu dengan Benjamin. Pelbagai persoalan menjelma di ingatanku. Apa yang harus aku katakan kepadanya?

                   Taman hijau tempat aku berjogging selalu itu menjadi tempat perjumpaanku dengan Benjamin. Entah kenapa bayang Benjamin masih belum kelihatan. Aku akan terus menunggunya. Adakah takdir tidak mahu aku berpisah dengannya sehingga insan yang selalu tersedia di situ kini terlewat hampir setengah jam?

                   Benjamin muncul juga. Dia duduk bersebelahan denganku setelah menyapaku. Dia menyerahkan sesuatu kepadaku. Dia menyatakan bahawa hanya itu yang mampu di belinya untuk hari lahirku ini.

                   Kami saling berpandangan. Berat untukku menyatakan kepadanya akan perpisahan kami. Dia juga seakan mahu menyuarakan sesuatu kepadaku.

                   ‘Ben.. Cakaplah dulu.’ Pujukku untuk memulakan perbicaraan. ‘Kasih, Ben terpaksa melanjutkan pengajian di luar negara selama dua tahun. Kita akan terpisah jauh.’ Benjamin mematikan kata-katanya. ‘Ben tidak mahu berpisah dengan Kasih namun..’Benjamin menyambung bicaranya. ‘Ben.. Pergilah. Semua ini sudah takdir untuk kita. Kasih harap Ben akan bertemu dengan gadis yang sesuai di sana. Terima kasih di atas semua kenangan indah antara kita.’ Aku menyuarakan segalanya.

                   Aku bingkas bangun dan meninggalkannya. Hati ini bagaikan di hiris Sembilu bisa. Kenapa begitu kejamnya keadaan yang menekan sifat keakuanku ini? Aku telah membuat pilihan dan jawapannya ialah membebaskan Benjamin dari hidupku. Walaupun itu bukan terlahir dari akal mahupun hatiku, aku terpaksa akur dengan hakikat yang terencana ini.

                   ‘Kasih.. Jangan pergi. Jangan tinggalkan Ben. Ben janji, tidak akan pergi meninggalkan Kasih. Maafkan Ben.’ Benjamin terus mengejar dan merayu agar aku tidak meninggalkannya.

                   ‘Ben, lupakanlah Kasih. Kasih tidak dapat membalas cinta Ben. Harap Ben melupakan Kasih. Ini pinta Kasih. Kalau Ben cintakan Kasih, kita berpisah.. okay?’Kasih berpaling dan meninggalkan tempat itu.

                   Benjamin terus melutut di atas rumput yang menghijau itu. Airmatanya itu membasahi di kedua-dua pipinya itu. Entah kenapa Kasih memintanya agar melupakan percintaan mereka. Adakah hanya kerana Benjamin terpaksa ke luar negara?

                   Aku memecut laju meninggalkan tempat itu. Hadiah yang di berikan oleh Benjamin masih berada di tanganku. Ianya akan menjadi kenanganku untuk selama-lamanya.

                   Airmata yang berderai di pipiku itu tidak aku seka. Biar ianya mengalir panas. Tiada lagi penyesalan di hati. Semua ini aku lakukan demi kepentingan ayah. ‘Maafkan Kasih, Ben.’ Berulang kali kata-kata itu terpacul keluar dari mulutku.

                   Aku memberhentikan Scooterku. Aku membuka hadiah pemberian Benjamin. Dia menghadiahkan kepadaku seutas rantai perak di mana loketnya itu berbentuk hati. Di atas loket itu tertera huruf k. Aku menyimpan kembali hadiah Benjamin itu ke dalam bekasnya.

                   Aku berjalan menuju ke Scooterku. Tiba-tiba kedua-dua tanganku telah di tarik oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali. Dia memelukku dari belakang dan mengheret aku ke dalam semak berhampiran.

                   Aku cuba melawan namun apakan daya aku tidak sekuatnya. Aku bergelut dengannya namun tamparan yang hinggap di pipiku itu telah menyebabkan aku lemah.

                   Tubuhku telah di jamahnya. Berulang-ulang kali dia melampiaskan nafsu serakahnya. Entah berapa lama dia telah beredar meninggalkanku. Aku bangun untuk mendapatkan bantuan. Scooter yang menjadi hadiahku beberapa tahun yang lalu telah hilang.

                   Aku terduduk lemah. Kenapa begitu kejam takdir yang tersurat untukku ini? Kenapa derita sering bertandang di dalam hidupku? Kini aku hilang segalanya. Tiada harga yang tinggal pada diriku ini. Apa yang terlintas di mindaku ialah untuk pulang ke rumah. Perlukah aku menceritakan segalanya kepada ayah?

                   Aku mendapati ayah masih belum pulang. Aku segera membersihkan diriku. Aku merebahkan diri di atas tilam empukku. Lemah. Aku lelah dengan semuanya. Airmata ini terus mengalir panas mengiringi kepedihan yang aku rasai saat ini. Kenapa aku terduga sebegini? Apa salahku?

2 Komentar:

Cik SCC said...

Ya Allah..kesiannya Kasih..

adamzico said...

si-comot-comel: 14 Februari yg dikenali Hari kekasih.. merupakan hari lahir Kasih Safiyya.. Malangnya hidup yang dilakar indah dalam angan dan khayal tak sama dengan realiti.. kan!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!