Monday 1 November 2010

Tangis Kasmaran ~ Bab Satu ~ Plot Dua




          Pengerusi mula tampil memberikan sepatah dua kata. Banyak juga yang diperkatakan olehnya berkaitan dengan perniagaan dan kemerosotan ekonomi negara. Dia berharap para pekerja akan berusaha mempertahankan kestabilan Redwill Corporation.

          Kekukuhan Redwill Corporation terletak kepada dua tonggak utama perniagaan di mana salah satunya di teraju oleh Tuan Redwill sendiri. RedFly Global adalah syarikat penerbangan domestik yang telah berjaya memecah jaringan pasaran tempatan. Ianya dikawal selia oleh Tuan Redwill sendiri manakala Redbrick co. di amanahkan kepada Redzuan, anak tunggal Tuan Redwill. Dua syarikat ini sememangnya terkenal kerana kestabilannya. Itulah dua permata hati Tuan Redwill yang selama ini membesar bersama dengan usianya.

          ‘Waldian.. Come here..’ Pengerusi memanggil namaku. ‘Waldian.. I’ll introduce you to my newest executives in finance.. Aimar.. Meet Waldian, RedBrick Accountant..’ Waldian tergamam melihat lelaki yang di kenali sebagai Aimar itu. Itulah lelaki yang dimarahinya sebentar tadi. Dia harus meminta maaf dari lelaki berkenaan.

          ‘Hi.. Nice to meet you..’ Waldian bersalaman dengannya. ‘I’m sorry for everything I said..’ Waldian memberanikan diri untuk meminta maaf. ‘Next time.. Keep your eyes open.. Okay?’ Aimar tegas dalam pertuturannya. Bahang kemarahan kini mulai menyala. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu tidak menerima maafnya.

          ‘Redz.. Sayuthi.. Come..’ Pengerusi mahu kedua orang kanan dari RedBrick itu untuk menyambut kemasukan satu ahli baru yang bakal merombak perjalanan perniagaan ke arah lebih berkesan. ‘Welcome to Redwill Corporation..’ Redzuan jelas mengalu-alukan kedatangan orang baru itu dengan penuh kemesraan.

          ‘Aimar akan menguruskan unit baru yang bakal beroperasi bagi menjaga kestabilan perniagaan kita.. He’ll audit all financial reports.. Yolanda will be his mentor.. Before Yolanda tranfered to Singapore..’ Pengerusi memperjelaskan jawatan Aimar kepada semua yang hadir.

          Persetujuan bersama di antara Pengerusi dan dua pemegang saham yang lain sudah memadai untuk meletakkan Aimar di unit baru itu. Tuan Fouzli dan Datin Jasmila yakin dengan penyertaan Aimar akan melicinkan perjalanan syarikat. Idea ini adalah berasal dari perbincangan antara Pengerusi dengan Yolanda. Ini akan memastikan tiada penipuan berlaku. Nampaknya Yolanda seakan mengesyaki sesuatu tentang RedBrick Co.

          ‘Thank you.. Di sini saya ingin nyatakan rasa terima kasih kepada Tuan Redwill kerana kepercayaannya kepada saya. I will do my best.. These are my promises..’ Aimar menyatakan pendiriannya. Nampaknya satu lagi jaringan tampil untuk menyukarkan plan Redzuan dan rakan-rakan subahatnya.

          ‘Waldian.. See me in my office tomorrow.. Bring all reports with you..’ Arahan terus dari Pengerusi itu membuatkan Redzuan, Sayuthi dan Waldian tergamam. Mujur segalanya telah disiapkan oleh Waldian. Dia berharap Pengerusi mahupun Aimar tidak dapat mengesan kebocoran maklumat dalam laporan kewangan tahunan itu.

          ‘Ok..’ Ringkas sekali jawapan dari Waldian. ‘Yolanda.. Follow me..’ Pengerusi berjalan meninggalkan Waldian. Riak wajahnya itu merisaukan Redzuan. ‘Waldian.. Be cool..’ Pengarah muda itu menarik Waldian jauh dari tempat itu. Amylea hanya memerhati kemesraan Redzuan terhadap sahabat baiknya.

          “Waldian.. Aku harap sangat kau bukan perempuan itu.. Perhubungan aku dengan Redzuan telah lama dingin.. Aku tidak mahu bermusuhan dengan kau..” Rintih hati kecil Amylea. Api kecemburuan mula tercetus apabila dia melihat kemesraan Redzuan kepada pekerja bawahannya itu.

          ‘Everything goes okay.. Pengerusi still doesn’t know bout our plan..’ Redzuan cuba menenangkan Waldian. ‘Bukan itu yang saya takutkan.. Aimar.. Dia adalah halangan terbesar kita sekarang.. tambahan Yolanda will be the lead actress.. It’s too hard..’ Waldian menyatakan pendapatnya. ‘Yes.. Ada benarnya juga.. Apa yang bakal terjadi itu kita fikirkan kemudian.. Kita harus sebulat suara sekarang..’ Redzuan tegas dengan apa yang di fikirkannya betul.

          Sayuthi menghampiri mereka berdua. ‘Cheers up.. Kalau kita tertekan sebegini.. They all will know sooner..’ Sayuthi telah menyedarkan Waldian akan apa yang bakal terjadi andai Pengerusi mengesyaki sesuatu pada malam ini. ‘Come.. have a drink..’

          Sayuthi memang terkenal dengan sikap selamba dan tenangnya. Dia seorang yang dingin. Redup matanya dan tutur katanya yang perlahan itu menampaknya perwatakan sebenarnya. Gelas yang berisi air pepsi itu di capai oleh Waldian. Dia harus bertenang.

          ‘Yut.. I need to talk to you.. This important..’ Redzuan mengalihkan pandangannya ke arah Waldian. Waldian sedar bahawa pengarahnya itu mahu berbincang bersendirian dengan Sayuthi. Waldian mengorak langkah menuju ke arah Amylea.

          Waldian mematikan langkahnya. “What that rude guy doing there?” Bisik hatinya. Nampaknya Aimar sedang berbual-bual dengan Amylea di satu sudut yang lain.

          ‘Amylea..’ Waldian sengaja menyapa sahabatnya itu. ‘Ok then.. See you around..’ Aimar menjeling ke arah Waldian. Perbuatannya itu menaikkan amarah Waldian.

          Waldian sengaja berpura-pura jatuh semata-mata mahu menumpahkan air pepsi yang berada di tangannya kepada lelaki biadap itu. ‘I’m so sorry..’ kelegaan terpapar di raut wajah Waldian apabila air pepsi itu membasahi kemeja Aimar. ‘Such an idiot girl.. Beauty with no brain.. Keep your eyes wide open..’ Aimar jelas bengang dengan apa yang terjadi. ‘I said I’m sorry..’ Waldian sengaja mempermain-mainkan Aimar. Dia tahu lelaki itu tidak akan memarahinya, tambah-tambah lagi di dalam parti yang di adakan oleh Pengerusi. “Take that..” Bisik hati Waldian kegembiraan.

          ‘Waldian.. Kenapa kau buat begitu?’ Amylea mengajukan persoalan itu kepada sahabat baiknya. ‘I think that you need protection from me..’ Jawab Waldian selamba. ‘No need protection.. He’s such a nice guy..’ Amylea mempertahankan Aimar. ‘Amylea.. I think that you are my friend..’ Waldian memujuk sahabatnya agar berpihak kepadanya.

          ‘Waldian.. Waldian.. tak pernah berubah..’ Amylea membelakangi sahabatnya itu. Dia berjalan ke arah kolam renang. ‘Amylea.. What wrong?’ Waldian seakan dapat menghidu kesedihan yang cuba dipendamkan oleh sahabt baiknya itu.

          Amylea menarik nafas panjang. ‘Nothing..’ Ujarnya. ‘Nothing? Perhaps something happen to you.. Share with me.. okay?’ Amylea menggelengkan kepalanya. Dia mengukir senyuman manis kepada sahabat baiknya. ‘I’m feeling good..’ Amylea melarikan pandangan matanya. ‘Well.. Waldian.. How your love story? Dah jumpa dia?’ Soalan yang terbutir dari bibir Amylea itu membuatkan Waldian terdiam. Dahinya berkerut.

          ‘Amylea.. Secara jujurnya saya dapat rasanya dia hadir dan ada di sini namun rasanya tiada jodoh kami. Kami tidak pernah bertemu semenjak belasan tahun yang lalu. Kami hanya dihubungkan melalui surat.. Itupun sehingga lima tahun yang lalu.. Entah.. Semua surat saya tidak lagi berbalas..’ Waldian meluahkan rasa hatinya yang kecewa. Apakah penantiannya selama ini berbaloi?

          ‘Bersabar Waldian.. Kalau awak pun mengalah dalam percintaan.. maka sia-sialah pegangan saya selama ini.. You are my idol..’ Amylea memperjelaskan pandangannya. Selama ini dia menyanjungi cinta Waldian kepada Hatta. Cinta itu merupakan nilai ukuran kepada cintanya kepada Redzuan. Malangnya lelaki itu tidak pernah serius dalam memeterai perhubungan ini melalui ikatan yang sah.

          ‘Amylea.. Thank.. Saya dah putus asa..’ Waldian memeluk sahabat baiknya itu kerana segala rasa mengalahnya telah terhakis ekoran kata-kata semangat yang di dengarinya.

          “Hatta.. Di mana kau.. Kesabaranku makin goyah” Bisik hati kecil Waldian. Mata Waldian terus mencari-cari mungkin Hatta ada di dalam keramaian ini.

          Waldian mengatur langkah lemah di tepi kolam renang. Sendirian.  Dia diragut oleh Kerinduan terhadap lelaki yang tidak pernah diketemuinya hampir belasan tahun. Siapa gerangannya lelaki itu?

2 Komentar:

Unknown said...

kasmaran tu nma watak ker da mksud dlm kamus dewan bhs?
cita ni mcm menarik sbb starting dia suspen sket. ntah2, aimar n hatta org yg sma. jeng3

adamzico said...

kasmaran tu bukan nama watak.. sebenarnya kasmaran tu ade dlm kamus dewan bermaksud rindu yang teramat sangat.. lebey kurang cam tu la.. hehe..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!