Monday 1 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Dua ~ Plot Tiga



                   Apa yang berlaku kepada Tasnim? Mungkin sejarah silamnya itu membuatkan dirinya menjadi sebegitu. Baru aku sedari semua orang punya begitu banyak masalah. Aku dengan permasalahan yang merintih hati kecilku ini.

                   Aku mampu terlelap seketika. Aku keluar untuk menyediakan nasi goreng. Perut ini sudah berkeroncong. Aku terlihat akan Farish yang terlena di atas sofa.

                   Aku mengambil selimut dan menyelimutinya. Farish. Ya aku teringat akan jaket tersebut. Aku perlu mencuci kesan darah itu agar Tasnim tidak mengesyaki akan tindakan Farish.

                   Segalanya berjalan dengan lancar. Aku telah menghidang nasi goreng di atas meja makan. Aku telah menyediakan air teh limau. Aku perlu ke kedai kerana perlu membeli beberapa barang untuk esok.

                   ‘Krak.’ Bunyi pintu itu telah menyedarkan Farish. Aku tidak bermaksud untuk berbuat sebegitu. ‘Farish. Kasih telah sediakan nasi goreng. Kasih nak ke kedai sekejap.’ Aku menutup pintu rumah dan bergerak ke destinasi yang hendak aku tujui.

                   Sekembalinya aku ke apartment itu, aku melihat akan kemesraan Farish. Dia sedang menyuapkan nasi goreng itu kepada Tasnim. Farish seorang yang romantik. Ya. Aku tidak mahu mengganggu mereka berdua.

                   Farish menutup pintu bilik. Dia mahu berbincang dengan Tasnim. Ada perkara yang perlu mereka bincangkan.

                   Dari ruang makan, aku terdengar akan pergaduhan kecil antara mereka. Biar mereka menyelesaikan segala kemelut yang mendatang.

                   Farish meluru keluar. Dia mengambil kunci motornya. Aku tidak perlu terlibat dengan semua yang berlaku itu.

                   Ketika melangkah ke bilikku, aku terlihat Tasnim sedang menangis. Aku mengetuk pintu biliknya. ‘Tasnim, kalau perlukan teman berbual, Kasih ada..’ Aku mahu meredakan kesedihannya dengan menjadi pendengar yang baik.

                   Aku berpaling dan melangkah ke bilik. Segala yang berlaku itu akan kembali baik kelak. Lidah mana yang tidak biasa tergigit. Aku hanya menghabiskan masaku dengan membelek majalah dunia fesyen.

                   Sunyi. Ketara benar kesunyian ini. Andai Rizmi ada di saat ini maka berbahagialah hariku ini. Semua ini hanya satu kegilaan. Ya. Kegilaan bukannya cinta.

                   Malam ini terlalu panjang. Aku terus membelek majalah fesyen itu. Tiada apa yang perlu aku lakukan. Aku mengalihkan pandanganku kepada diari yang setia menemaniku. Ada sesuatu yang perlu aku coretkan hari ini.

                   Awal pagi aku dikejutkan dari tidurku yang nyenyak itu. Tasnim mengetuk pintu bilikku. Aku tahu Tasnim memerlukan aku sebagai seorang pendengar kepada setiap permasalahan yang terjadi.

                   Tasnim mengajak aku keluar. Keluar? Aku memintanya memberikan aku sedikit masa untuk bersiap. Dia menyatakan bahawa dia menunggu di ruang tamu.

                   Aku hanya mengikut Tasnim. Entah apa yang terlintas di pemikirannya itu. Adakah ianya berkisar tentang kerjaku? Aku perlu mengikutinya.

                   Setibanya di destinasi yang hendak Tasnim tujui, barulah Tasnim berbicara kepadaku. ‘Kasih. Tasnim ada satu perkara yang hendak di sampaikan. Tolong rahsiakan perkara ini dari semua orang.’ Kata-kata Tasnim bagaikan meletakkan beban ke bahuku. ‘Apa masalahnya Tasnim? Tasnim tidak sihatkah?’ Tanyaku perlahan.

                   ‘Tak. Sebenarnya Tasnim mengandung. Farish tidak mahu sebarang komitmen. Dia tidak mahu menerima semua ini.’ Tasnim tertunduk hiba. ‘Demi arena permodelan, Tasnim terpaksa gugurkan juga anak ini.’ Suara Tasnim itu bergema di telingaku.

                   ‘Mengandung?’ Bisik hatiku perlahan. Aku tidak dapat memujuk Tasnim untuk meneruskan kandungannya. Dia berhak menentukan segalanya.

                   Tasnim telah di panggil oleh jururawat yang bertugas. Dia meninggalkanku. Kata-kata Tasnim masih terngiang-ngiang di telingaku.

Apa akan aku lakukan jika aku di dapati mengandung? Ada kemungkinan semua itu akan berlaku ke atas diriku. Paparan kisah silam itu kembali menerjah ke akal fikiranku.

Aku harus tabah. Aku harus menyeka airmataku. Tasnim keluar dari bilik tersebut. Dia menyatakan bahawa dia akan datang semula pada hari yang di tetapkan.

Tasnim mengajak aku untuk menjamu selera. Aku hanya mengikut arah kaki yang di atur oleh gadis itu. Rasa-rasanya perhubungan kami semakin rapat.

‘Kasih. Terima kasih kerana menemani Tasnim hari ni..’ Tasnim melemparkan senyumannya ke arahku. Aku tahu dia mahu aku merahsiakan semua ini.

Tasnim menghantar aku pulang. Dia akan bergerak ke tempat kerjanya. Aku memasuki ke dalam apartment itu.

Aku terkejut apabila melihat pintu bilikku terbuka. Aku segera menolak daun pintu bilik. Terkejut aku melihat sesusuk tubuh memerhatiku.

‘Kasih. Rizmi fikir Kasih telah meninggalkan tempat ni. Ni ada hadiah. Malam esok Rizmi jemput Kasih k?’ Rizmi meninggalkan aku sendirian di dalam apartment itu.

Bagaikan tidak percaya. Rizmi berada di depan mataku. Tidak sabar rasanya untuk aku menemuinya esok. Hadiah itu aku buka. Rupa-rupanya ianya sehelai baju gaun hitam dan sepasang kasut high heel. Aku menyimpannya. Perlukah aku memakainya esok?

Sepanjang petang itu aku bersendirian. Mujurlah ada rancangan televisyen yang berunsurkan komedi. Bolehlah juga aku tersenyum dengan lawak-lawak bersahaja itu.

Aku mencatat perjalanan hari ini. Tiada aku duga semua itu akan aku tempuhi. Tasnim memaksa aku untuk menutup mulutku.

Pengguguran kandungan? Adakah aku akan berbuat semua itu jika aku di dapati mengandung kelak? Persoalan itu memeningkan kepalaku. Aku menutup televisyen. Aku membaringkan tubuh badanku di atas sofa.

                   Tasnim pulang dari tempat kerjanya. Dia mendekatiku yang masih berada di ruang tamu. Tasnim menyatakan bahawa aku akan bekerja di tempat kerjanya. Kerjaku itu bukanlah sebagai model sebaliknya membantu menguruskan produksi.

                   Aku berterima kasih kepadanya. Nampaknya dia benar-benar menyusulkan permohonan kerjaku kepada majikannya. Tasnim meninggalkanku. Dia memasuki ke dalam biliknya.

                   Kerja. Aku akan bekerja? Aku tidak akan menyusahkan Rizmi lagi. Aku mencubit pipiku. Adakah semua ini mimpi? Tak. Semua ini benar-benar berlaku.

                   Tasnim keluar dari biliknya. Dia menyatakan bahawa dia akan berangkat ke sebuah parti. Dia sempat menyatakan sesuatu kepadaku. Aku akan mula bekerja pada hari isnin hadapan. Dia akan membawaku ke tempat kerjanya.

                   ‘Terima kasih.’ Kata-kata itu keluar dari mulutku. Aku terasa terhutang budi dengan apa yang di lakukannya itu.

                   Tasnim meninggalkanku sendirian lagi. Hari ini bagaikan hari pemulihan sepenuhnya aku dari sebarang duka silam. Inilah lumrah kehidupan. Ada pasang surutnya.

                    Malam ini aku keseorangan. Aku cuba memadamkan semua duka. Persoalannya pencetus duka itu masih terbayang jelas di wajahku. Ayah dan lelaki yang memusnahkan segalanya itu meragut kegembiraanku.

                   Aku terpaksa mengambil pil tidur untuk melelapkan mataku. Sudah beberapa hari aku tidak mengambil pil tidur. Hitam. Tiada mimpi yang singgah untuk menemani kembara tidurku ini.

                   Aku tersedar dari tidurku. Aku dipeluk oleh seseorang. Siapakah orang itu? Rizmi? Aku bingkas bangun dari tempat tidurku. Aku terlihat akan Rizmi. Dia nyenyak di buai mimpi.

                   Aku terus memakukan pandanganku ke arahnya. Wajahnya itu membuatkan aku terus terpaku di situ. Apakah semua ini? Kenapa aku harus merasakan perasaan aneh ini?

                   Aku bergerak ke bilik air. Aku tidak mempedulikan semua yang berlaku. Aku membersihkan tubuhku. Fikiranku tetap melayang memikirkan tentang Rizmi. Hanya lelaki itu yang dapat membuatkan aku selesa dengan keadaanku kini. Entah kenapa aku tidak mengendahkan apa yang Rizmi lakukan. Aku tidak kisah dia tidur di sebelahku. Adakah kerana janjinya itu?

                   Aku keluar dengan hanya bertuala. Aku menyalin pakaianku. Rizmi tersedar dari tidurnya. Aku segera menutupkan tubuhku dengan tuala.

                   Rizmi menekupkan mukanya ke bantal. Dia tahu aku tidak mahu dia melihatku. Dia menunaikan janjinya. Itu membuatkan aku semakin tertarik kepadanya.

                   ‘Krak.’ Pintu bilik itu aku tutup. Aku keluar ke ruang tamu. Seperti biasa, Rizmi telah membeli sarapan pagi. Aku masuk ke dapur untuk menyediakan air teh.

                   Tasnim keluar dari biliknya. Dia bertanyakan tentang Rizmi. ‘Rizmi masih tidurkah?’ Dia duduk di ruang makan. ‘Kamu tidur bersamakah?’ Tasnim seakan mahu menyiasat tentang perhubungan kami berdua.

                   Aku masih teringat akan kata-katanya. Perempuan simpanan. Indah kata-kata itu di lemparkan kepadaku. ‘Tak. Dia telah berjanji tidak akan menyentuhku.’ Aku mahu Tasnim tidak mengagak perkara yang tidak elok terhadap diriku.

                   ‘Oklah kalau begitu. Jangan sampai jadi macam Tasnim. Orang tak nak anak ni.’ Tasnim mengingatkan aku tentang keadaan dirinya itu. Ya. Benar juga kata-kata yang keluar dari mulutnya itu.

4 Komentar:

Unknown said...

kenapa kasih xrepot je kt polis psal org yg cba bunuh dia tu?

kalu dialog dorg tu jd lebih slamber sket ok gak. =)

adamzico said...

nor: kasih nak report cam ne.. trauma sangat time tu..biasa la.. kalau takut maka kita akan bersembunyi.. kan?

dialog tu dah xleh nak ubah la Nor.. Bukan xnak.. Tu karya 1st (tahun 2006).. Take time kalau nak ubah.. huhu.. Sowie! wink!

Cik SCC said...

kesalahan yang kedua..perenggan 31 :

"Pengguguran kandungan? Adakah aku akan berbuat semua itu jika aku di dapati mengandung kelak? Persoalan itu mementingkan kepalaku. Aku menutup televisyen. Aku membaringkan tubuh badanku di atas sofa."

ayat ketiga tu sepatutnya '...memeningkan kepalaku'

adamzico said...

si-comot-comel: tenkiu again.. biasalah GHAIRAH mengarang.. hehe

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!