Wednesday 3 November 2010

Hikayat PontiDuyung..!

Alkisah..
Ombak gulung gemulung menghempas pantai. Sayup jauh, terdapat kelibat sang sampan yang dibawa arus di tengah lautan. Malam kian melabuhkan tirainya. Noh sendirian meneruskan rutin hariannya. Jala yang dilepaskan ke laut dalam itu harus ditariknya semula. Nak bagi thrill, hujan pula turun dengan lebatnya. Noh basah kuyup. Baju singlet Pagoda yang sedikit lusuh itu lantas menampakkan susuk tubuh badannya. Dia tak kisah. Bukan ada sesiapa pun di tengah lautan yang luas itu.

Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga. Hujan yang begitu lebat itu tiba-tiba berhenti. Sampan yang dipenuhi air setinggi lima sentimeter itu tidak diendahkan oleh Noh yang terus memusatkan seluruh tenaganya ke tangan untuk menarik pukat hanyut tersebut. Kakinya berada dalam paksi yang simetri mengukuhklan lagi kedudukannya di tengah sampan yang beroleng-oleng itu. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan kedinginan sehingga mencucuk-cucuk kulitnya sehingga menembusi ke tulang sum-sumnya. Semua itu tidak mematahkan semangatnya.

Sudah hampir kesemua pukat yang ditebarkannya ke laut itu di tarik ke dalam sampannya, satu tangkapan pun tidak diperolehinya. Dia tetap bersabar sehingga kesemua pukat itu ditariknya, maka barulah dia mendapat habuannya. Seekor ikan emas sebesar sepenumbuk berjaya ditangkapnya. Hatinya menjadi girang bercampur hairan kerana laut bukan habitat sebenar ikan emas tersebut. Air masin tidak sesuai buat ikan emas itu. Dia mulai terfikir akan sesuatu. Apakah ikan emas itu boleh di buat kari atau gulai?

'Lepaskan aku!' Kata ikan emas itu.
'Kamukah yang bercakap denganku?' Soal Noh.
'Ya. Siapa lagi?' Jawab si ikan.
'Kalau kamu lepaskan aku.. Aku akan tunaikan satu permintaan kamu..!' Sambung ikan emas itu.
'Really?' Tetiba Noh berbahasa Inggeris.
'Ehem.. Bulan ni kan bulan berbahasa Malaysia..!' Ujar si ikan.
Noh mengetap bibirnya. Salah dia juga. Dia yang hanya berlatarbelakangkan UPSR itu sendiri tidak faham bagaimana dia mampu berbahasa Inggeris sebegitu.
'Lepaskan aku!' Si ikan mula terbatuk-batuk.
Ikan emas itu mula nyawa-nyawa ikan.
'Cepat! Kau tunggu apa lagi?' Sambungnya dalam nafas tersekat-sekat.
'Baiklah.. Apa ganjaran yang bakal aku dapat?' Ujar Noh.
'Kau minta apa sahaja.. Akan aku tunaikan.. Kau fikirkan dalam minda.. Kemudian lafazkannya dengan kuat dan jelas!' Jawab si ikan.
'Owh.. Kalau cam itu aku nak kau menjadi seperti.. Maya Karin!' Ujar Noh.

"Poof!!!" Si ikan lantas berubah.
'Ha.. Cam ni lah.. Dah lama aku hidup membujang.. Kau jadi isteri aku lah!' Ujar Noh dengan gembiranya.
Si ikan bukan lagi ikan emas. Wajahnya cantik bak Maya Karin malangnya bukan real Maya Karin sebaliknya Pontianak campur Ikan Duyung. Macam mana Noh boleh terfikir dalam mindanya akan movie DUYUNG dan Pontianak Harum Sundal Malam ek?

Noh tidak kisah akan hakikat tersebut. Baginya wajah yang iras-iras Maya Karin sudah cukup memuaskan hatinya.
Coba korank bayangkan.. Sebahagian atas dari pusat ke kepala menunjukkan Maya Karin dalam kostum Pontianak manakala sebahagian yang lainnya dalam kostum duyung.

Si ikan emas yang dahulunya mampu berkata-kata kini hanya mampu mengatakan 'Pulangkan!!!'

p/s: sambil terfikir persembahan MALAM itu.. wink!

3 Komentar:

apezs shah said...

hahaha bengok.. adoilaa.. memang kelakar persembahan malam tu laa adam..;)

adamzico said...

kan!!! so apa mesej yg cuba disampaikan oleh penulis? hehe.. Berikan dua mesej tersurat dlm jenaka Hikayat PontiDuyung..! Leh?

Stuckness86 said...

sewell la p.cik nie...
adoit...
mane dorg nak tinggal kalau kaki dia tu duyung punye kaki...
jadi mcm katak pulak tinggal dlm 2 alam..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!