Wednesday 3 November 2010

Tangis Kasmaran ~ Bab Dua ~ Plot Satu



         ‘Pengerusi.. Ini laporan kewangan yang Tuan Pengerusi pinta semalam..’ Waldian menyerahkan dokumen perjalanan RedBrick kepada peneraju tertinggi Redwill Corporation.

          ‘Thank you.. Aimar.. Please come in.. Waldian.. Have a seat..’ Pengerusi mempelawa Waldian untuk turut serta dalam menganalisa maklumat kewangan untuk Redwill Corporation.

          ‘Pengerusi..’ Kelibat lelaki yang bernama Aimar itu mencuri perhatian Waldian. Aimar kelihatan amat tampan mengenakan kemeja berwarna hitam. Lelaki itu melemparkan perhatian kepada Waldian. Waldian melarikan pandangannya.

          ‘Aimar.. Come.. Please have a seat.. Tujuan saya memanggil Aimar untuk turut serta dalam perbincangan kita adalah kerana saya memerlukan pandangan lain.. Both of you are financial expertise.. have your own opinion bout what we’re facing nowadays.. right?’ Pengerusi memulakan perbincangan. Nampaknya Waldian terpaksa berdepan dengan risiko. Dia takut lelaki di hadapannya itu menyedari akan kepincangan laporan yang dikemukakan olehnya.

          ‘Morning..’ Aimar mengajukan sapaannya kepada gadis di sebelahnya. ‘Morning..’ Waldian terpaksa membalasnya. Sesekali dia menjeling ke arah lelaki itu. Rasa tidak puas hati melonjak. “Aimar.. Hensem saja okay.. perangai out..” Detik hati Waldian.

          ‘Waldian.. Are you here with us?’ Pengerusi mengajukan soalannya kepada Waldian yang masih lagi dihantui amarahnya. ‘Ya..’ Waldian akhirnya tersedar. Empat mata memandang ke arahnya. ‘Are you sick?’Pengerusi terus mengajukan Soalan demi Soalan.

          ‘Tak.. I’m okay..’ Waldian mempertahankan dirinya. ‘Okay then.. Sila perincikan setiap butiran dalam laporan ni.. I need to hear bout your opinion as well as plan to maintain our business..’ Soalan Pengerusi itu sememangnya sudah diramal oleh Waldian.

          ‘Kedudukan kewangan Redbrick sedikit sebanyak terganggu ekoran kejatuhan ekonomi namun segala perancangan ketat di jalankan oleh Pengarah..’ Waldian terpaksa memberhentikan ulasannya kerana Pengerusi telah mencelah. ‘Apakah perancangan Reds?’ Waldian terdiam.

          ‘Waldian.. I asked you.. tell me.. Apakah perancangan Reds?’ Waldian terperangkap. Dia perlu bijak mencari akal bagi mengelakkan perancangan mereka itu terdedah kepada pengetahuan Pengerusi.

          ‘Kami telah berjaya memperolehi beberapa pembekal baru.. walaupun ianya firma kecil, ianya akan menjamin kestabilan Redbrick.. Tambahan satu proposal baru bakal menyelamatkan Redbrick dari sebarang masalah.. Saya telah lampirkan di akhir lepaoran kerana yakin soalan ini bakal di ajukan kepada saya..’ Waldian berjaya mengawal perasaan bersalahnya.

          ‘Great..’ Pengerusi kagum dengan apa yang di lihatnya. Aimar kelihatan terus membelek lembaran laporan itu. Reaksi darinya itu mencemaskan Waldian.

          ‘Aimar.. Anything suspicious?’ Persoalan dari Pengerusi itu membuatkan Waldian terkejut. Inilah kali pertama laporan yang disediakannya itu ditapis oleh seorang yang mempunyai kepakaran yang hampir sama dengannya. Dia takut segala rahsia akan terbongkar.

          ‘Setakat ni.. segala angka menunjukkan perjalanan syarikat telah dirancang selia dengan baik.. Ini mungkin hanya atas kertas.. realitinya.. saya belum dapat mengesahkannya.. Give me time to get into nature..’ Aimar memberikan pandangannya. Sesekali renungan matanya itu terarah kepada Waldian. Tajam. Jelingan Aimar itu seakan mahu meragut jasad Waldian. “Apakah dia terlalu kejam dan dingin sebegini?” Rintih hati Waldian.

          ‘Okay.. I hope to hear great news from Redbrick.. Send regard to Reds.. He’s doing a good job there..’ Pengerusi mengukir Senyum. Dia bangga dengan pencapaian anaknya itu. “Redzuan.. You will handle my empire sooner..” Bisik hati Pengerusi.

          Waldian membuka langkah meninggalkan bangunan Redwill Corporation. Kelegaan jelas terpapar di raut wajahnya. Dia bergerak untuk mendapatkan teksi.

          “Triit!” Waldian menjawab panggilan itu. ‘Yes.. Speaking..’ Waldian sememangnya tahu dia bakal menerima panggilan itu dari majikannya. ‘Redzuan.. Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.. I hope that no one know bout this..’ pengarah muda itu bimbang perancangannya itu akan disedari oleh ayahnya. Kini, segalanya tidak perlu dibimbangkan lagi.

          ‘Redzuan.. I seek for your permission.. I want to go to workshop..' Waldian terasa amat payah hidup tanpa keretanya. Kereta Proton Neo yang baru dimilikinya beberapa bulan lalu mempunyai masalah pada kawalan pemanduan. Oleh itu, kereta tersebut telah dihantar untuk pemeriksaan menyeluruh.

          Kereta tersebut adalah hadiah dari ayahnya. Waldian amat merindukan lelaki itu. Sejak kematian ibunya, ayahnya telah berusaha membesarkannya dengan penuh perhatian. Kini, ayahnya berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.

          ‘It’s up to you.. You dah selamatkan keadaan.. You deserved it..’ Redzuan yakin perancangan mereka akan berjalan dengan lancar.Dia yakin dengan gabungan mereka bertiga, Redbrick akan bergerak maju melebihi harapan ayahnya. “Higher than Pengerusi’s Expectation..” Redzuan mengukir senyuman sinis.

          ‘Thank..’ Waldian mematikan talian tersebut. Dia melambaikan tangannya untuk mendapatkan sebuah teksi yang mula menghampiri perhentian tersebut. ‘Teksi..’ Jeritnya. Dia masih belum sedar bahawa ada sepasang mata memerhati gerak gerinya. 

          ‘Gadis tomboy tu.. She’s cute but arrogant.. But I like it..’ Entah apa yang difikirkan oleh lelaki berkenaan. Dia terus merenung gadis itu sehinggalah teksi yang membawanya beredar meninggalkan kawasan tersebut.

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!