Wednesday, 3 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Tiga ~ Plot Satu

                   Aku keluar ke ruang tamu. Rizmi terkejut melihatku. Aku berjalan ke arahnya. Dia mengajak aku keluar. Dia masih lagi menumpukan pandangannya ke arahku.

                   Kami berjalan bersama ke arah keretanya. Rizmi membuka pintu kereta itu untukku. Aku berterima kasih kepadanya. Lagak Rizmi itu benar-benar memukauku.

                   Aku melabuhkan punggungku di atas tempat duduk di hadapan. Aku terbayangkan saat manis antara aku dengan Benjamin. Pernah satu masa dahulu, Benjamin mengajak aku menaiki kereta ayahnya. Masa itu dia baru mendapat lesen memandunya. Kami bersiar-siar dengan kereta itu. Kisah itu bagaikan terlahir semula namun kini aku bersama dengan lelaki lain. Rizmi. Lelaki yang banyak membantuku.

                   ‘Kemana arah tujuan kita?’ Tanyaku kepada Rizmi bagi memulakan perbualan. ‘Ikut sahaja. Janji Kasih boleh keluar bersiar-siar. Hirup udara segar di tempat lain.’ Kata-katanya itu menusuk hatiku. Prihatin. Itulah gambaran yang jelas tentang Rizmi.

                   Kami tiba di destinasi kami. Ianya sebuah restoren mewah. Rizmi menjemput aku ke dalam. Hari ini aku bagaikan seorang puteri. Banyak mata yang memandang ke arahku.

                   Rizmi melemparkan senyumannya. Dia menegur beberapa kenalannya. Aku pula hanya mengikutnya. Kami duduk di satu sudut. Rizmi memakukan matanya kepadaku. Ketara benar reaksinya.

                   Pelayan tiba untuk mengambil pesanan. Rizmi bertanyakan seleraku. Aku hanya menurut apa pilihannya. Dia memesan dua chicken chop. Dia juga memesan sup cendawan untuk kami berdua.

                   Aku tidak kisah akan makanan yang di pesannya. Aku hanya memakukan pandanganku ke arahnya. ‘Ada sesuatu ke kat muka Rizmi ni? Kenapa ramai mata yang memandang ke arah kita?’ Rizmi berseloroh denganku. ‘Mana taknya, Rizmi ni kan kacak.’ Balasku selamba. ‘Eleh, Rizmi lak, Kasih tu mekap tebal sangat.’ Rizmi menyatakannya dengan serius.

                   Aku menjadi gelabah. Benarkah mekapku itu tebal? Bukankah aku hanya mengenakan sedikit sahaja mekapku itu? ‘Rizmi melawak je lah.’ Balas Rizmi membuatkan aku menjadi bengang. Aku memalingkan mukaku. Aku mahu Rizmi memujukku.

                   Rizmi mendiamkan diri kerana makanan yang di pesannya itu tiba di depan kami. Aku melihat Rizmi begitu berselera. Aku pula hanya menjamah sedikit ayam yang di pesannya itu. Aku lebih berselera menghirup sup cendawan yang di pesannya.

                   ‘Takkan tak berselera kot. Nak Rizmi suapkan?’ Rizmi tahu aku hilang selera makan kerana kata-katanya tadi. ‘Maafkanlah Rizmi. Rizmi tak pandai nak memujuk. Makanlah sikit.’ Rayu Rizmi itu membuatkanku ketawa kecil. Telatahnya bagaikan budak-budak kecil.

                   Ketika hendak berangkat ke satu tempat yang lain, kami dapat melihat Farish bersama dengan seorang lelaki yang tidak di kenali berada di hujung simpang. Entah apa yang di bualkan olehnya.

                   Rizmi menjadi gelabah. Reaksinya itu ketara benar. Apa yang mengganggunya? Rizmi membawa aku mendekati Farish yang telah di tinggalkan lelaki berbangsa Cina itu.

                   Farish memakukan pandangannya ke arahku. ‘Siapa ni?’ Farish seakan tidak mengenaliku. Rizmi meminta bantuan dari Farish kerana seseorang yang dikenalinya berada di situ.

                   ‘Abang Rizmi. Siapa gadis ni?’ Tanya Khairani, adik perempuan Rizmi kepadanya. ‘Ni sepupu Farish? Betul tak Farish?’ Rizmi mengalihkan pandangannya ke arah sahabatnya itu.

                   ‘Ya.. ya. Ini sepupu abang Farish. Namanya Kasih.’ Farish terpaksa mengikut perancangan Rizmi.

                   Apakah permainannya ini? Aku perlukan penjelasan dari Rizmi. Malam yang indah itu tiba-tiba bertukar jalan ceritanya kerana pertemuan Rizmi dengan adiknya. Kenapa dia menipu?

                   Khairani memerhatiku. Dia tidak senang hati dengan jawapan abangnya. Dia juga seakan tidak mempercayai Farish. Dia meninggalkan tempat itu dengan segera. Dia tetap mengesyaki gadis itu bersama dengan abangnya.

                   Rizmi meminta Farish membawaku pulang. Dia terpaksa berlakon sedemikian. Hatiku remuk dengan semua ini. Kenapa perlu menipu? Adakah aku tidak layak untuk bersamanya?

                   Aku membonceng motorsikal Ducati Monster S4 bersama dengan Farish. Sedih hatiku dengan semua permainan rahsia ini. Aku perlukan penjelasan dari Rizmi.

                   Farish mahu memberikan penjelasan. Aku meninggalkannya. Aku perlukan penjelasan dari Rizmi. Farish dapat menipuku sepertimana dia menipu Khairani. Aku segera masuk ke dalam bilikku.

                   Rizmi perlu memberikan penjelasan yang berjaya membuatkanku menerima alasannya kelak. Itulah pendirianku. Kenapa aku memerlukan penjelasannya? Siapa aku untuk meminta penjelasan darinya?

                   Aku berjaya menyedari sifat keakuanku yang mula menebal. Aku tahu apa puncanya. Ianya kerana aku merasakan Rizmi merupakan seorang lelaki yang sempurna. Lelaki yang menunjukkan minatnya kepadaku. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tiada sebarang bukti menunjukkan perkara sedemikian berlaku. Aku hanya berkhayal untuk bersamanya.

                   Aku padamkan rasa ingin tahuku itu. Rizmi tidak bersalah. Dia mempunyai alasannya tersendiri. Ya. Jika itu akan menjarakkan aku darinya maka biarlah takdir menentukannya sebegitu.

                   Aku keluar untuk mengambil segelas air suam. Aku mahu menelan pil tidur malam ini. Aku mahu melawan perasaanku yang begitu kuat untuk Rizmi itu. Kualiti yang ada padanya itu membuatkan aku begitu tergilakannya.

                   Tasnim menyapaku. Dia mengajak aku berbual. Dia bertanyakan Rizmi. Aku menyatakan bahawa Rizmi mempunyai tugas penting bersama dengan Farish. Entah kemana mereka pergi.

                   Tasnim menyatakan bahawa dari pemeriksaannya semalam, dia mendapat tahu akan usia kandungannya. Dia mengandung dua bulan. Dia tahu pengguguran itu satu perkara yang haram di lakukan namun demi menjalani kehidupannya, dia terpaksa berbuat semua itu.

                   Dia menitiskan airmata. ‘Kenapa Farish tidak mahu menerima kehadiran anak ini?’ Aku cuba menyelami permasalahan antara mereka berdua. ‘Farish.’ Nada suara Tasnim lemah. ‘Farish taknak sebarang komitmen. Tambahan lagi kerjaya Tasnim sebagai model akan terjejas.’ Tasnim menyambung bicaranya.

                   Ada benarnya juga kata-katanya itu. Entah apa yang akan aku lakukan jika ayah kepada anak yang aku kandungkan itu tidak menerimanya.

                   Aku masuk ke dalam bilikku. Pelbagai ragam manusia kini aku kenali. Farish tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak itu. Lelaki. Nama pun lelaki. Hanya mahukan kemanisan. Hampasnya di buang begitu sahaja.

                   Ada bunyi ketukan di luar. Ada tetamu yang berkunjung tiba. Rizmi? Aku keluar dan mendapati Tasnim berbicara sesuatu dengan lelaki itu.

                   Rizmi mendekatiku. Dia menyesal dengan apa yang berlaku. Aku tidak mengendahkannya. Dia tidak perlu menyatakan penjelasannya. ‘Tolonglah Rizmi katakanlah kepadaku tentang penipuan itu.’ Hati kecilku berkata lain dari mulutku. Aku tetap menantikan penjelasannya itu.

                   Rizmi menarik aku ke dalam bilik. Dia mahu aku memaafkannya. Malam ini nyata tidak mendatangkan kegembiraan kepadaku. Dia mahu menyatakan segalanya namun dengan pantas tanganku menutup mulutnya. ‘Cukup. Jangan paksa diri. Kasih tidak kisah tentang semua itu.’ Aku telah mengaturkan ayat tersebut tanpa mendengar penjelasannya. Kenapa aku jadi sebegini?

1 Komentar:

sicomot-comel said...

alahai Kasih neyh..

emo terlebih la..

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!