Thursday, 4 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Tiga ~ Plot Dua



                   ‘Kasih. Kenapa Kasih memberitahu Tasnim Rizmi keluar dengan Farish?’ Rizmi menantikan kata-kataku. ‘Mereka berdua bergaduh semalam. Jangan mengeruhkan lagi perhubungan mereka berdua.’ Kataku kepada Rizmi agar membiarkan mereka berdua berbaik semula.

                   ‘Kasih. Boleh Rizmi bermalam di sini?’ Rizmi meluahkan hasratnya. ‘Erm.’ Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tetap mendiamkan diri. Apa yang harus aku katakan? Setuju untuk tidur bersama dengannya?

                   ‘Jangan takut. Rizmi tidak akan menyentuh Kasih jika itu yang Kasih risaukan.’ Rizmi menyatakan pendiriannya. Dia telah merebahkan dirinya di atas katil. Ya. Aku tahu Rizmi akan berpegang pada janjinya kerana ini bukan kali pertama dia tidur di sebelahku. Aku harus mempercayai lelaki yang bernama Rizmi itu.

                   Aku duduk di sebelahnya. Kami berada di atas katil yang sama. Rizmi telah pun memejamkan matanya. Senang sungguh untuknya melelapkan matanya. Aku merebahkan diriku. Aku tahu tiada apa yang akan berlaku malam ini.

                   Aku membuka mataku ketika dikejutkan dengan tangan Rizmi yang memeluk tubuhku. Kami berada di dalam selimut yang sama. Kepanasan badan Rizmi membakar nafsuku namun aku masih berfikiran waras. Aku tidak mahu menjatuhkan nilaiku itu. Cukup sekali lelaki itu menyentuhku sebelum ini. Jika berlaku lagi biarlah kami telah di ijab kabulkan.

                   Majlis perkahwinan yang di adakan secara besar-besaran di hiasi dengan bunga-bunga yang berkembangan indah. Semua ini merupakan perancanganku. Kini berada di sisi Rizmi, berpakaian pengantin putih mengumumkan perkahwinan kami kepada semua tetamu. Rizmi menarik tanganku ke sebuah bilik. Dia memelukku. Dia mengucup dahiku. Kami berciuman.

                   Aku tersedar dari lenaku. Rizmi tiada lagi di sisiku. Ada bunyi air memecahkan keheningan pagi ini. Mungkin Rizmi berada di dalamnya.

                   Aku menyentuh bibirku. Ciuman Rizmi di dalam mimpi itu seakan benar aku rasai kini. Adakah aku telah jatuh cinta kepadanya? Adakah perkahwinan kami akan berjalan seperti apa yang aku mimpikan?

                   Mimpi. Ini cuma mainan tidur. Aku harus sedar dari khayalku. Rizmi keluar dari bilik air. Dia hanya bertuala. Dia merenung ke arahku. Dia mendekatiku. Dia mengusap rambutku. Dia mahu aku tidur semula.

                   ‘Rizmi nak beli sarapan pagi. Kasih tidur dulu ye.’ Pinta Rizmi. Kenapa takdir menemukan aku dengan lelaki itu? Dia terlalu istimewa untukku. Aku menarik tangannya. Aku mencium tangan itu. Aku tidak perlu membendung perasaan ini lagi. Sudah tersarat penuh di dalam hatiku. Jika ianya pecah, maka aku akan mati celik kerananya.

                   ‘Kenapa ni. Rizmi menggenggam kedua tanganku. Dia mengucup keduanya. Indahnya saat ini. Akan aku rakamkan di dalam pemikiranku. Akan aku simpan ia untuk selamanya.

                   ‘Biar Rizmi memakai baju dulu k? Tidur dulu.’ Rizmi benar seorang yang baik hati. Dia memanjakanku dengan semua perbuatannya.

                   Aku mengalihkan pandanganku. Aku tidak mahu perkara lalu berulang untuk kali kedua. Aku menyelimutkan tubuhku agar memberikan ruang untuk Rizmi memakai pakaiannya.

                   ‘Krak.’ Rizmi telah meninggalkan aku. Aku telah meluahkan isihatiku kepadanya. Aku telah jatuh hati kepadanya. Adakah cintaku ini akan berbalas? Adakah aku tidak bertepuk sebelah tangan? Begitu banyak perkara yang berlegar di benakku kini. Apakah Rizmi akan menerimaku?

                   Aku bingkas bangun dari tidurku. Tiada mampu untuk aku memejamkan mata. Pelbagai persoalan bermain di pemikiranku. Aku membasahkan tubuhku. Pemikiran ini agak keliru.

                   Air yang dingin itu tidak terasa ekoran apa yang terbayang di kotak pemikiranku. Tangannya telah aku cium. Dia telah membalasnya dengan ciuman.

                   Aku harus praktikal. Dia tidak melafazkannya. Aku tidak boleh terlalu berharap. Biar masa menentukan perhubungan kami berdua. Aku tersentak dari lamunan. Ada benarnya. Aku harus menanti dengan penuh kesabaran. Jika terdapat lafaz cinta itu maka akulah insan yang paling bahagia.

                   Aku segera mengemas meja di ruang makan. Aku menunggu Rizmi di ruang tamu. Tasnim keluar awal hari itu. Dia merokok di hadapanku. ‘Tasnim.’ Kataku ringkas memerhati ke arahnya.

                   “Pressure Kasih. Tasnim tertekan sekarang ni. Farish seakan mahu menjauhkan diri dari Tasnim.’ Airmatanya mula bergenang di kedua-dua kelopak matanya.

                   Aku turut tertarik di dalam kesedihan itu. ‘Tasnim harus kuat. Tabahkanlah hati. Jika Tasnim perlukan teman bicara, Kasih sedia menemani.’ Kataku kepada Tasnim yang sedang jatuh ke jurang penderitaan. Dia tentunya serba salah dengan apa yang berlaku. Aku tahu dia tidak mahu menggugurkan anak itu namun tekanan yang di terimanya membuatkannya memilih jalan yang di haramkan oleh agama itu.

                   Rizmi membuka pintu. ‘Eh, dah bangun?’ Tanyanya ringkas. Rizmi mengajak aku dan Tasnim menjamu selera. Dia telah membeli sarapan. Aku mengajak Tasnim untuk menyertai kami kerana dia perlu menjaga kesihatannya. ‘Marilah Tasnim. Lagi ramai lagi bagus.’ Pintaku kepada Tasnim.

                   Kami bertiga menjamu selera. Inilah kali pertama Tasnim bersarapan dengan kami. Tidak banyak yang kami bualkan. Segalanya hanya berkisah kepada dunia permodelan.

                   Rizmi mengemukakan pendapatnya mengenai model masa kini. ‘Kebanyakan model wanita terjebak dengan sugardaddy ataupun western lifestyle. That why they will come and go easily. Right?’ Rizmi mengajukan persoalan itu kepada Tasnim. Dia mahu Tasnim menjawab persoalannya.

                   Riak wajah Tasnim berubah.Dia mengalihkan pandangan ke arahku. Aku dapat membaca apa yang bermain di pemikirannya. Aku tidak mendedahkan apa yang di alaminya kepada sesiapapun meskipun kepada satu-satunya lelaki yang aku cintai.

                   ‘Tak semualah Rizmi. Kasih rasa semuanya itu ada sebab musababnya. Tekanan dan environment sekeliling antara sebab utama. Betul tak? Aku menyebelahi Tasnim. Dia mengangguk lemah.

                   Rizmi meninggalkan kami berdua. Dia berehat di ruang tamu. Dia menonton rancangan di kaca televisyen.

                   ‘Kasih. Kau dah bagitau Rizmi?’ Tasnim mahukan penjelasanku. ‘Tak. Rahsia itu antara kita berdua. Mungkin Farish ada berbual dengan Rizmi tentang kandungan Tasnim.’ Kataku untuk memadamkan bara yang kian membakar hati Tasnim itu. Dia terdiam. Ada benarnya.

                   Tasnim akhirnya berubah angin. Dia tahu aku masih memegang janjiku. Tasnim meninggalkan meja makan. Dia meluru masuk ke dalam biliknya.

                   Aku mencuci pinggan mangkuk di dapur. Rasanya Tasnim telah tenang. Dia tidak boleh menuduhku kerana besar kemungkinannya Farish telah menceritakan perkara itu kepada Rizmi.

2 Komentar:

sicomot-comel said...

i think u must re-check this post..

"...Ya. Aku tahu Rizmi akan berpegang pada janjinya kerana dua lebih dari sekali dia tidur di sebelahku."

ayat ni macam pelik sikit lah..

adamzico said...

si-comot-comel: yupp.. Ghairah menaip maka banyak la kesilapan.. hehe.. wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!