Friday, 5 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Tiga ~ Plot Tiga




                   Aku merebahkan punggungku di atas sofa. Seperti biasa, aku boleh di ibaratkan tunggul kayu merenung ke arahnya. Aku mendekatkan diriku kepadanya.

                   Tangan kirinya itu aku belai. Dia tetap tidak mempedulikanku. Jawapannya telah aku perolehi. Aku bangun dan berjalan ke arah bilik. Tiada gunanya aku berbuat semua itu. Aku harus sedar kedudukan diriku di hatinya. Dia hanya mahu membantuku keluar dari kesusahan yang aku hadapi.

                   ‘Kasih. Siap k? Kita keluar. Rizmi nak tebus hutang semalam.’ Rizmi memujuk hatiku. Dia berjaya melembutkan hatiku dengan suaranya itu.

                    ‘Tak nak.’ Balasku kepadanya. Aku membelakanginya. Tiada guna untukku mengikut kata-katanya. Aku harus memainkan peranan untuk melihat betapa pentingnya diriku kepadanya.

                   Aku duduk termenung di atas katil. ‘Krak.’ Pintu bilikku terbuka. Rizmi berdiri di hadapanku. ‘Kenapa ni. Jomlah kita keluar.’ Rizmi memujukku. ‘Untuk apa? Siapa lagi yang kita akan temui?’ Rizmi tercengang dengan kata-kataku itu.

                   ‘Kenapa berangin ni. Rizmi tak buat salah kan?’ Rizmi duduk di sebelahku. Dia mengharapkan jawapan dariku.

                   ‘Tiada apa-apa. Maafkan Kasih. Kasih tiada mood nak keluar. Ok?’ Aku membaringkan diriku. Aku tidak mahu keluar.

                   Rizmi membaringkan tubuhnya di tepiku. Dia memelukku. ‘Apa ni?’ Aku bingkas bangun dan bergerak ke arah meja study. Aku tidak mempedulikannya.

                   ‘Kasih. Kasih telah buat Rizmi benar-benar keliru. Apa masalahnya ni.’ Rizmi mengajukan persoalannya. Kali ini suaranya semakin kuat. ‘Apa salahnya kita keluar?’ Rizmi meneruskan pertanyaannya.

                   ‘Kenapa perlu mencipta satu lagi penipuan jika kita boleh mengelak darinya? Kasih tak nak menyusahkan Rizmi.’ Aku mengalihkan perhatianku ke arahnya. Airmataku mula bergenang.

                   ‘Rizmi nak Kasih keluar menghirup udara luar. Tidak elok terperap di dalam rumah. Lagipun hanya hari ini Rizmi ada. Entah bila kita akan bertemu lagi.’ Kata-kata Rizmi seakan mahu mengelak dariku. Aku terpukul dengan kata-katanya itu.

                   Jika perkara itu terjadi. Aku akan terus di himpit dengan penyesalan. Bagaimana aku akan membalas budi baiknya? Aku tiada jalan lain. ‘Baiklah. Berikan masa untuk Kasih bersiap k?’ Biarlah hari ini akan menjadi ingatan untukku kerana kami akan terpisah ekoran kerja masing-masing.

                   Rizmi mengambil jaket dari almari dan meluru keluar. Aku bersiap sedia. Seluar jeans hitam dan baju t-shirt putih menjadi pilihanku. Aku mengenakan celak di bawah kedua-dua kelopak mataku. Itu sudah mencukupi.

                   Aku keluar dan mengekori Rizmi. Kami tidak berbual. Tiada rasa untukku berbicara dengannya. Dia tetap seperti biasa, membuka pintu kereta untukku.

                   Enjin kereta berderum. Rizmi memecut laju keretanya itu. Entah kemana arah tujuan kami. Akhirnya kami tiba ke destinasi pilihan Rizmi. Ianya sebuah taman tasik yang segar menghijau. Dia keluar dan meninggalkanku sendirian di dalam kereta.

                   Aku bergerak ke arahnya. Setiap langkahku itu membayangkan pertemuanku dengan Benjamin dahulu. Ya. Ianya masih segar di kotak pemikiranku.

                   Aku memegang loket rantai pemberian ibuku. Aku telah meninggalkan rantai pemberian Benjamin di rumah. Apa telah terjadi di rumah semenjak ketiadaanku?

                   Udara segar telah ku hirup. Aku menjadi lebih tenang kini. ‘Rizmi. Maafkan Kasih.’ Kataku untuk memulakan perbualan antara kami yang mulai kaku.

                   ‘Rizmi tak kisah. Hope Kasih lebih tenang. Usah kita bicarakan tentang perkara lalu.’ Rizmi telah mematikan niatku untuk meluahkan isihatiku kepadanya. Nampaknya semakin terjarak diri kami sedangkan pada zahirnya kelihatan dekat di tepian tasik itu.

                   Hampir sejam kami di situ. Rizmi mengajak aku untuk ke sebuah medan selera. Perutnya itu sudah berkeroncong. Aku hanya membontotinya.

                   Ikan bakar dan kerabu perut di hadapanku itu membuka seleraku. Rizmi juga berselera menjamah makanan itu. Rizmi sememangnya seorang yang besar seleranya. Jika begitu tidak sukar untukku membuatkan dia jatuh kepangkuanku. Dia belum pernah menjamah air tanganku. Farish dan Mer pernah merasainya. Aku telah mendapat satu idea. Kenapa aku tidak terfikirkannya sebelum ini?

                   Selepas menjamu selera, Rizmi mengajak aku bersiar-siar di sebuah kompleks membeli belah. Entah apa yang bermain di pemikirannya itu. Sukar untuk aku memahaminya. Itulah yang membuatkan aku semakin memujanya.

                   Berlegar-legar di shopping complex itu membuka mindaku tentang kehidupan yang aku tinggalkan. Telah lama aku tidak keluar untuk membeli belah. Dahulu aku sering menemani ibuku. Nampaknya begitu ketara benar perasaan ini. Aku hanyut di dalam memori yang bertandang itu. Ianya membuatkanku semakin sedih.

                   Aku menapak lemah. Semua ini bagaikan satu mimpi. Tiada pernah aku bayangkan akan saat sebegini. Aku di sini bersendirian tanpa bayangan ibu. Saat manis itu kini bertukar. Aku perlu tabah menghadapi realiti kehidupan yang tersurat untukku. Aku tidak boleh lemah. Aku tidak boleh menunjukkan kelemahanku itu kepada Rizmi.

                   Dia tidak boleh jatuh hati kepadaku kerana kesedihanku ini. Ini tidak adil kepada dirinya. Aku segera menyeka airmata yang mulai turun.

                   ‘Kenapa Kasih menangis?’ Rizmi mengajukan persoalannya kepadaku. Dia mendekatiku. Aku berpura-pura mengusap kelopak mataku. ‘Habuk.’ Jawabku dengan perlahan. Itulah alasanku.

                   Rizmi membelek baju di sebuah butik. Dia mahu aku mencubanya. Aku terpaksa bergerak ke bilik persalinan kerana dua sebab. Pertama menyeka airmataku dan kedua mencuba baju itu. Ianya nampak sophisticated. Ianya sesuai dengan kerjaya di pejabat.

                   Apakah Rizmi sengaja mengajakku ke sini untuk mencari baju untukku esok? Aku keluar dan memperagakan baju tersebut. Rizmi tidak menyuarakan pendapatnya. Dia mengajak aku keluar dari situ.

                   Kami berjalan ke tempat letak kereta. Rizmi tetap mendiamkan dirinya. Mungkin dia tidak mempunyai wang untuk membeli baju itu untukku. Apa niatnya? Apa yang bermain di kepalanya itu?

                   Aku terlihat akan sebuah mesin foto segera. Aku memujuk Rizmi untuk bergambar denganku. Dia mengikutku. Aku telah berjaya memujuknya. Kami bergambar bersama. Empat keping gambar itu aku teliti.

                   ‘Kasih tunggu di dalam kereta. Rizmi nak beli beberapa barang untuk kereta Rizmi k?’ kata-katanya itu tidak aku endahkan. Saluran ERA menjadi pilihanku di kala sendirian di dalam kereta.

                   Rizmi meninggalkanku. Entah ke mana arah tujuannya? Lagu yang di putarkan itu menusuk hatiku. Lagu dendangan penyanyi Sarah itu sedap untuk di dengar. Bersamamu. Tajuk lagu itu meninggalkan banyak persoalan di dalam benakku. Adakah aku akan dapat bersama denganmu, Rizmi?

                   Dari jauh aku terlihat susuk badan lelaki yang aku dambakan itu mendekati ke arah kereta. Entah apa yang di belinya? Barang untuk kereta? Mungkin ada benarnya. ‘Dia seorang pelumba yang handal.’ Bisik hati kecilku.

                   Rizmi membuka but keretanya. Dia memasukkan barang yang di belinya. Dia segera memasuki ke dalam kereta dan mengajak pulang. Entah kenapa dia begitu serius. Semua ini salahku juga. Aku telah menaikkan darahnya.

                   Aku segera masuk ke dalam bilik kerana mahu menyimpan gambar itu di dalam diariku. Rizmi memasuki ke dalam bilik. Dia membawa sebuah beg kertas dan meletakkannya di tepi katil.

                   ‘Rizmi. Boleh tak Kasih tengok wallet Rizmi.’ Aku merayu kepadanya. Rizmi mengeluarkannya dari poket seluarnya dan menyerahkannya kepadaku.

                   Aku meletakkan satu gambar yang kami ambil itu di dalam dompetnya. Aku tertarik dengan gambar dua orang budak di sisi Rizmi. Siapakah mereka?

                   ‘Itu anak-anak Rizmi. Mereka kembar seiras.’ Rizmi menyatakannya kepadaku. ‘Anak.’ Lemah suaraku memecah keheningan di antara kami berdua.

                   ‘Kenapa? Tak percaya?’ Rizmi meneruskan kata-katanya. Madah yang aku dengari itu meremukkan hatiku. Aku kini telah naik ke satu tahap baru iaitu menjadi perebut suami orang. ‘Why this keep happening to me? Why me? It’s hurt me so bad..’ Keluh hati kecilku.

                   Rizmi mengambil walletnya. Dia duduk di atas katil. Dia membaringkan tubuhnya sejurus selepas itu. Selamba sahaja riak wajahnya.

                   ‘Rizmi. Please listen to me. Why? Why you let me fall for you?’ Aku mengajukan persoalan itu. Airmataku telah lama mengalir. Aku mahukan jawapan darinya. Kenapa dia sengaja berdampingan denganku? Kenapa dia tidak menolak isyarat cinta yang aku luahkan?

                   ‘Why? Kasih tak nak dengar penjelasan Rizmi. Ingat tak malam semalam?’ Rizmi meneruskan bicaranya. ‘Kenapa? Salahkah Rizmi untuk mencari hiburan setelah isteri Rizmi tak nak berkongsi katil dengan Rizmi?’ Kata-kata Rizmi itu benar mengguris hatiku.

2 Komentar:

sicomot-comel said...

part ni,byk shortcut la..
so siyesly,mood pown mcm kena cut2..
tp interesting..

cume kena sunting lagi neyh..

kiranya,Kasih tu spare-part Rizmi??
OMG..

adamzico said...

si-comot-comel: part byk shorcut?
teruskan membaca episod seterusnya..! wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!