Thursday, 4 November 2010

Happy Diwali..!!!

Assalamualaikum & Salam 1 MALAYSIA..

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada anda semua kerana masih SETIA bersama dengan saya.. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Diwali kepada rakan2 yang beragama Hindu. Peace!!!

Sedikit INFO tentang perayaan DEEPAVALI..

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.


p/s: Esok kan cuti.. Bagaimana korunk semua menghabeskan masa cuti anda? Kongsikan di sini ya..?

3 Komentar:

apezs shah said...

adam apezs dok rumah aje.. mcmane pulak dengan adam.?

Nor said...

sy study jer~~ sedey2~ slagi xabeh paper, dcni la sy~~ =(

adamzico said...

Apezs: sorry baru OPEN blog.. Dok umah ja ni.. Semalam balik dr Subang kul 3 pagi.. huhu

Nor: study? Gud Luck.. By the way study kat ne?

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!