Sunday 7 November 2010

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Tiga ~ Plot Empat



                  ‘Benarlah kata-kata Tasnim. Selain dari perempuan sundal, perempuan simpanan kini Rizmi telah menaikkan status Kasih. Perampas suami orang.’ Aku tidak lagi membenarkan alunan rasa cintaku kepadanya. Aku seakan menelan racun bisa kerana berbuat semua itu. Perit. Pahit bagai hempedu.

                   Rizmi mendekatiku. Dia memelukku. Dia cuba mencium dahiku. ‘Sudah.’ Aku melarikan diri darinya. ‘Kasih. Kenapa emosi sangat ni? Biasalah semua ni.’ Rizmi tidak sedar bicaranya itu telah mengguris hati kecilku. Sesak nafasku. Sebak. Semua ini tidak masuk akal. ‘Semua ini tidak masuk akal’ Kata-kata Tasnim sewaktu masa dahulu terngiang-ngiang kembali di telingaku. Inilah yang cuba di sampaikan kepadaku tempoh hari.

                   Rizmi tetap mendekatkan dirinya kepadaku. Dia memelukku. Dia membisikkan sesuatu ke telingaku. ‘ Rizmi cintakan Kasih.’ Kata-kata itu tidak lagi bermakna buatku. Bicara manis itu menghiris hatiku.

                   Aku telah menolak Rizmi ke tepi. Dia terduduk di atas katil. Dia membaringkan badannya. Dia ketawa besar dengan semua yang berlaku. Pedih hatiku mendengar hilai ketawanya itu. Kenapa dia sanggup mempermainkan hati orang lain? Dia seronok dengan semua yang di lakukannya?

                   “Rizmi tidak sangka kerana gambar adik-adik kembar Rizmi, Kasih melenting sebegini. Kasih tak cintakan Rizmi?’ Rizmi menyatakan segalanya. ‘Adik.’ Aku mendiamkan diri. Rizmi benar-benar telah membuatkan aku membencinya. Aku merenungnya. Mataku yang berair itu meresahkan hatinya.

                   ‘Mari sini. Biar Rizmi seka airmata itu. Kasih benar cintakan Rizmi?’ Dia tetap mengajukan soalan yang sama kepadaku. Adakah dia menantikan kata putusku?

                   Semua ini tidak masuk akal. Rizmi serius dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Kini segalanya berubah. Apa yang di carinya?

                   ‘Rizmi tidak dapat membalas cinta itu. Rizmi tak pasti dengan apa yang harus Rizmi lakukan. Biar masa menentukannya. Rizmi tidak berdaya.’ Rintih Rizmi itu telah menyedarkan aku tentang satu perkara. Rizmi mempunyai masalah? Dia pandai menyembunyikan permasalahannya itu.

                   ‘Ok. Rizmi nak balik. Jangan menangis lagi tau.’ Pujuk Rizmi kepadaku. ‘Jaga diri.’ Hanya itu yang boleh aku lontarkan di saat ini. Aku terlalu mementingkan diriku. Biar Rizmi menyelesaikan permasalahan yang di hadapinya.

                   Aku benar-benar terasa diri ini diperbodohkan. Kenapa aku harus sesedih begini? Aku telah mendedahkan segala isihatiku kepadanya. Aku bagaikan lembaran diari yang terbuka, mudah untuk di tatap dan di nilaikan. Aku duduk untuk mencoret sesuatu.

                   Aku merebahkan diriku. Aku mengambil tuala untuk menikmati kesegaran yang di bawa oleh air sejuk yang mencurah ke badanku. Aku terlalu lemah. Lelah dengan semua gurau senda Rizmi.

                   Malam ini aku tidak mengambil pil tidur. Esok adalah hari yang aku tunggu. Aku mengalihkan perhatianku ke arah tepi katil. Beg kertas? Itu barang untuk kereta Rizmi. Apa yang di belinya?

                   Dua helai baju dan sehelai seluar itu bukannya untuk keretanya sebaliknya untuk diriku. Dia tega berlakon dari menunjukkan rasa hatinya. ‘Terima kasih Rizmi.’ Hatiku melonjak riang semula. Ada sepucuk surat jatuh ketika aku mengangkat pakaian yang di beli oleh Rizmi itu.

                   Aku menatap isi kandungannya. ‘Kad hari lahir?’ Rizmi telah mencoret sesuatu di dalam kad itu.

                   “Selamat Hari lahir Kasih Safiyya. Mungkin terlewat bagi Rizmi untuk menyatakannya. Rizmi harap Kasih akan terus tersenyum riang. Hapuskanlah semua memori duka. Ni hadiah hari lahir untuk Kasih. Hope you like it.

                   Ringkas. Segalanya nampak ringkas namun tetap jelas bahawa aku tidak mampu melihat isi hatinya. Rizmi sememangnya sukar di tafsir.

                   Mampukah mimpi aku itu menjadi kenyataan? Adakah kami akan bersama untuk selamanya? Walaupun pelbagai kejadian berlaku antara kami berdua hari ini, penyudahnya aku bahagia dengan hadiah dari Rizmi. Suka duka yang di bawanya itu membuatkan rasa cintaku semakin menebal. ‘He’s the one.’ Bisik batinku menyetujui bicara akalku.

                   Malam ini aku rindukan Rizmi. Aku rindu pelukannya. Aku rindukan ciumannya. Aku dambakannya. Bila bersamanya, aku membazirkan saat bernilai sebaliknya ketika bersendirian ini baru aku sedar akan ertinya sebuah kesepian. Aku perlu melelapkan mataku ini.

Nota Kaki: Perasaan inu SUKAR untuk kita bendung.. Sukar untuk kita bentuk.. Sukar untuk kita kawal.. Jatuh dan terjatuh lagi.. Itu pun sukar untuk kita sekat.. Apa yang PASTI.. Jalani ia dengan sepenuh hati dan berwaspadalah seperti mana ANDA merasakan sakit saat anda menitiskan airmata semalaman itu dulu.. wink!
Pleaser Women's Seduce-420 Pump,White,7 M 

BCBGirls Women's Dorothy High Heel Pump,White/Silver,10 M US
Yang mana satu PILIHAN Kasih Safiyya & Yang mana satu pilihan hati KORUNK ( pembaca wanita saja ye..!)

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!