Thursday 11 November 2010

Tangis Kasmaran ~ Bab Tiga ~ Plot Satu



          Malam ini Waldian duduk sendirian di balkoni. Dia memandang sayup ke kotaraya yang sentiasa hidup. Lampu-lampu neon dan bunyi derum kenderaan menarik perhatiannya. Angin malam yang berhembusan membawanya ke ruang silam. Dia ingin terus menetap di masa silam kerana di situ terdapat memori lelaki yang amat di rinduinya. Hatta.

          Hembusan angin malam bersama titis embun yang sejuk mendinginkan tubuh itu tidak menghalang Waldian dari terus hanyut dibuai kenangan yang mendatang. Dia terus hilang dalam khayal yang bertandang. Hanya dia yang merasakan hangatnya sebuah perasaan.

‘Yut.. Call Waldian.. I need her here..’ Redzuan kelihatan amat cemas. ‘Waldian? She on leave.. had a bad flu..’ Sayuthi tidak mahu menggangu Waldian. ‘Flu? Damned.. Yolanda has smell something.. She ask my father to run a spot check.. Nahas kita..’ Nada kerisauan itu mula merebak. Sayuthi faham benar akan akibat yang bakal di tanggung oleh mereka kelak.

          ‘We need an emergency plan.. Yut.. You have an idea?’ Redzuan nyata tertekan. Dia tidak menyangka dalam masa beberapa bulan, rahsia mereka bakal terbongkar.

          Yolanda yang menghabiskan masa di Singapore selama beberapa bulan kini telah kembali. Sekembalinya dia ke Malaysia, memberikan tekanan kepada Redzuan. Dia yang tidak menyukai Yolanda terpaksa akur selagi dia masih berada di bawah ayahnya.

          Sayuthi mula merasa bimbang. Dia bimbang akan keselamatan Waldian. Ya. Waldian berseorangan dalam menghadapi tuduhan penyelewengan wang syarikat. Semua bukti berpihak kepadanya. Apakah Redzuan akan mengakui bahawa itu arahan daripadanya?

          Laporan-laporan yang berada di atas meja Waldian itu di capainya. Dia harus meninjau pergerakan nilai pasaran untuk mengetahui akan kedudukan kewangan mereka pada awal hari ini. Dia harus memantaunya dengan kadar segera. Dia berserah kepada ketentuan takdir. Apakah takdir yang tersurat akan dapat diubah?

          Sayuthi membuat analisa berkenaan kedudukan kewangan hasil daripada laporan yang disediakan oleh Waldian. Dia yakin ada sesuatu yang dapat di usahakannya. Dia terus membuat perbandingan demi perbandingan dengan harapan wujudnya keajaiban pada awal pagi ini.

          Sebenarnya Sayuthi belum sedar bahawa laporan yang diambilnya itu adalah Laporan palsu yang disediakan bagi mengelabui mata Pengerusi. Dia sebenarnya sedang membandingkan maklumat yang salah.

          ‘Yes.. Kedudukan kewangan sudah hampir pulih sepenuhnya.. Redbrick hanya perlu menunggu dua minggu sahaja lagi.. Kematangan pelaburan akan memberikan keuntungan lebih dari separuh dari wang yang dilabur..’ Sayuthi kini mampu tersenyum. Faktor masa yang akan menentukan sama ada rahsia mereka itu akan terus menjadi rahsia atau sebaliknya.

          ‘Encik Sayuthi.. Pengerusi are here.. at the entrance..’ Salah seorang staf bawahan menyampaikan perkara itu kepada sayuthi. ‘Better get ready..’ Sayuthi mengumpul semua laporan agar dapat dipersembahkan kepada Pengerusi andai itulah tujuan kedatangannya ke Redbrick.

          ‘Call Reds.. We’ll had an emergency meeting.. It’s urgent..’ Pengerusi segera menyampaikan arahannya sebaik sahaja Sayuthi muncul untuk menyambut kedatangannya. Bersama dengan Pengerusi ialah Yolanda dan juga Aimar. Dari reaksi Pengerusi, Sayuthi dapat membayangkan apakah yang bakal berlaku hari ini.

          ‘Reds.. I need you to answer me.. What going on here?’ lantang. Pengerusi mengajukan soalan itu kepada Redzuan. Dia mahukan penjelasan atas segala yang berlaku. ‘Explaination on what.. Pengerusi?’ Redzuan berpura-pura tidak mengetahuinya.

          ‘Kamu tak tahu atau sengaja buat tak tahu..’ Sinis. Sakit telinga Redzuan mendengar semua ini. ‘Please let me know.. What I’m doing wrong..’ Perlahan suara Redzuan. Dia tetap mahu mengetahui apakah yang difikirkan oleh lelaki separuh umur di hadapannya itu.

          ‘Yolanda has told me bout this statement.. It’s major fraud.. And it’s will cause us severe problem..’ Pengerusi melemparkan pandangannya ke arah Sayuthi. Dia juga perlukan penjelasan dari lelaki berkenaan.

          ‘Pengerusi..’ Redzuan nampaknya terpaksa menyatakan kebenaran tentang perancangannya. Dia perlu mengakui semua yang berlaku itu berpunca dari kesilapannya. Masa hadapan untuknya makin kelam.

          ‘Where’s Waldian?’ Pengerusi menyedari akan ketiadaan Waldian di dalam mesyuarat tergempar itu. ‘She had a bad flu..’ Semua mata memandang ke arah Sayuthi. Sayuthi perlu menyelamatkan keadaan. Inilah masa yang paling sesuai.

          ‘Pengerusi.. Setiap perkara yang berlaku pasti muncul dengan cara mengatasinya. Izinkan saya memperincikan setiap butiran laporan. Ini adalah laporan terbaru hasil usaha saya dan Waldian..’ Sayuthi memulakan bicaranya. Semua mata memandang ke arahnya. Redzuan tidak menduga bahawa wujudnya laporan tersebut. Dia hanya diam mendengar setiap hujah yang ditampilkan oleh sahabatnya itu.

          ‘Two weeks? Why two weeks?’ Pengerusi masih tidak dapat menerima segala apa yang diterangkan oleh Pengarah Pemasaran dan juga pemegang saham minoriti itu.

          ‘Begini.. dari segi penjualan dan pemasaran, saya dapat rangkulkan bahawa perjalanan beberapa tempahan dan kontrak bakal mengubah kedudukan kewangan syarikat. Percayalah, dalam masa dua minggu.. Redbrick akan kembali berada gah di pasaran saham..’ Sayuthi menyerahkan lembaran lampiran yang berada di tangannya kepada Pengerusi.

          Pengerusi menyerahkannya kepada Yolanda untuk disemak. ‘Yolanda.. I need your opinion bout that..’ Pengerusi terus memakukan pandangan ke arah Redzuan. ‘Reds.. tell me bout your plan..’ Redzuan tergamam mendengarnya.

          ‘My plan?’ Redzuan semakin tertekan. ‘Actually.. perkara ini tidak Sampai ke pengetahuan Redzuan.. Saya dan Waldian telah menyediakan semua laporan ini setiap hari bagi mengetahui pergerakan kecairan.. saya baru bercadang untuk mengadakan perjumpaan antara enam mata.. Saya, Redzuan dan Waldian.. malangnya terpaksa ditangguh ekoran masalah kesihatan Waldian..’ Sayuthi mengalihkan pandangannya ke arah Redzuan.

          ‘So it’s not your plan..’ Pengerusi seakan hampa mendengarnya. Redzuan tertunduk malu. Peluang seperti ini tidak akan muncul lagi di hadapannya. Dia begitu hampa.

          ‘Pengerusi.. Sebenarnya Redzuan yang mengarahkan saya dan Waldian untuk menyediakan laporan harian. Dia mahu melihat sejauh mana keberkesanan perancangannya. Kesibukan Redzuan membataskannya dari mengetahui kedudukan kewangan syarikat..’ Pengerusi memakukan matanya ke arah Redzuan. Ada segaris cahaya di matanya. Dia yakin Redzuan dapat mengendalikan perniagaan namun bukan dalam masa terdekat.

          “Sebagai seorang peneraju, Redzuan seharusnya ada masa untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat.. He need to learn from beginning..” Hati kecil Pengerusi berbicara.

Nota Kaki: Laporan demi Laporan telah diciptakan demi menyembunyikan KEBENARAN.. Apakah wujudnya tipu sunat???
p/s: i have read this BOOK.. it's awesome.. i like it!!
title: one fifth avenue
author: candace bushhnell
One Fifth Avenue 

*** wink!!!

0 Komentar:

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!