Prolog
Aku Syamzis
Cintaku merempit dari Bangi ke Kajang, tak sampai dua puluh minit. Nikmatnya tidak terkata. Aku hanyut dalam duniaku tersendiri. Persetan dengan kata mereka. Persetan dengan sinisnya mereka. Aku punya undang-undangku tersendiri. Meskipun aku sedikit jiwang, namun ianya sekadar dalam hati ada mesin nyiok. Aku menghampaskan perasaan mereka yang suatu ketika dahulu pernah membelakangkan aku.
Apa mereka peduli? Tidak. Kini, apakah aku patut peduli? Tidak. Ada aku kesah? Kalau tak puas hati, jumpa kat Presint 20. Ada berani?
Karektor: Syamzis
‘Prennnggg!’ Berbekalkan Motorsikal RXZ berwarna hijau florescence, aku meneruskan hidupku sebagai seorang ‘Pusher’. Nak cari makan bukan mudah di kotaraya yang menetapkan banyak syarat kepada warganya. Kelulusan mahu melangit, pengalaman mahu menggunung. Semua itu tak pernah berkesempatan untuk aku jalani. Alasan paling ‘concrete’ ialah aku anak nelayan, tanpa bantuan, tanpa biasiswa. Nak kata pelajaran aku teruk, hampeh? Tidak. I’m the best.
‘Kenapa perlu aku ceritakan kepada kalian semua? Akukan sedang membonceng motorsikal kesayangan aku ni. Kejap lagi aku ‘story’ kalau kalian masih ada waktu nak membacanya.
‘Apa ni brader? Orang nak barang.. Ko pun nak.. Orang kasik fulus.. Ko nak ‘free’ pulak.. Bayar tetap bayar beb!’ Dalam dunia ‘Pusher’ ni perlu ada muka garang. Kalau muka setakat jambu, baik cari kerja lain. Belakang lorong masih terbuka luas. Bicara sambil lap air liur meleleh. Layaan!
‘Apa hutang-hutang? Ko fikir aku chetti? Chiit Poorah! Bak sini duit..!’ Kekerasan amatlah diperlukan. Bukannya apa. Kalau nak lembut, I loike Mat Rempit la jawabnya. Aku kena ada pendirian malah semua ‘Pusher’ punya pendirian yang sama. Kesatuan ‘Pusher’ Sedunia pun telah menetapkan bahawa barang dapat, duit sini kasik. Lu fikiaq la sendirik.
Kuala Lumpur, satu nama yang amat berprestij. Siapa yang tak kenal Kuala Lumpur? Siapa yang tak mahu bertandang kat Kuala Lumpur? Semua berebut-rebut nak datang sini. Sampai rombongan Cik Kiah pun tak melepaskan peluang. Bagi yang tak berkesempatan, layaan KL menjerit.. okeh? Kuala Lumpur adalah sebuah kotaraya yang amat pesat membangun. Disebalik pembangunan yang wallaa, terdapat lorong-lorong noda yang melampiaskan pelbagai rasa. Kalian pun sedia maklum bukan? Malam yang terang benderang dengan lampu-lampu neon yang pelbagai turut disajikan dengan GRO, pelacur jalanan, Mak Nyah dan juga warga yang tiada berumah. Kaki lima menjadi tempat mereka meneruskan aktiviti seharian mereka. Bagai kelkatu yang berterbangan menyerbu lampu-lampu jalan. Begitulah banyaknya manusia yang bermacam ragam menghiasi Kuala Lumpur.
Satu darinya ialah aku. Syamzis yang punya style tersendiri. Kalau aku masuk program Realiti TV maka sudah glamour melebihi Vince, Mawi dan Faizal Tahir. Suaraku yang sedikit serak-serak garau kena la dengan genre rock kapak. Tapi aku bukan selebriti, aku ‘Pusher’. Ada jugak terfikir nak tukar ‘profession’ tapi nak berdepan suasana baru itu bukan sesuatu yang aku ‘prefer’.
‘Prennngg!’ Sedap pulak bunyi enjin motorsikal aku nie. Berbalik kepada aku. Cakap sahaja nama Syamzis. Siapa yang tak kenal. Pelumba haram merangkap Mat Rempit malah pernah gak ditawarkan jadi ‘stuntman’ untuk cerita-cerita lumba motorsikal ni. Kalau ada kesempatan, akan aku terima. Siapa yang tak mau duit? Duit ialah kunci kepada segala-galanya. Kalian nak hiburan, semestinya kena bayar. Mana ada hiburan percuma. Ada ke? Kalau ada, bak sini Tiket Konsert. Setakat Genting Highland, mencanak naik pun aku tak kesah. Apa? Kpop? Layaan lah kalau dapat ‘Free’. Boleh bawak ‘girlfriend’ atau mana-mana ‘sparepart’. Nikmat woah!
‘Sebelum aku merempit balik ke rumah bujang aku.. Kalian nak tanya apa lagi?’ Sambil main ‘signal’ kanan dan kiri. Apa? Kahwin? Dah lama dah. Cuma nikah je belum. Mungkin jodoh belum mari lagi. Kalau ada seorang perempuan yang dapat bersabar dengan perangai aku nie, maka akan aku peristerikan dia. Perempuan sempurna tu hanya ada dalam telenovela ja. ‘Apa? Kalian nak rekemen aku pada seseorang? Biar betoi!’Stok geli-geli ke? Layaan!
p/s: Ini hanya imbasan awal kisah |Akulah Syamzis|
Sila beri komentar anda dari segi penulisan, ayat2 power & jalan cerita.. ya?
7 Komentar:
Komentar yg jujur dan tulus...
ermm sebuah ceritera hidup seseorg yg bernama SyamZis vs Adamzico vs CK...ermm yg mana satu yg real name ehheh...
(Kalau ada seorang perempuan yang dapat bersabar dengan perangai aku nie, maka akan aku peristerikan dia.) Wah kenyataan berani ni adam...eheh siapalah wanita yg bertuah tuh...tunggu kad wangi dari adamzico..layanzzzzz :P
With Julia: Akulah Syamzis ialah garapan terbaru eden.. Meskipun baru peringkat penyediaan karektor, eden cuba nak melihat apakah penerimaan pembaca..
Walau siapapun eden, adamzico, izad azli zico ataupun CK sekalipun.. Yang terzahir daripada perasaan ini adalah insan yang sama.. Yang sama sujud dan menatap kasihNya..
Yang sama sujud dan menatap kasihNya jua! Yup ur rite adam...be ur self...count the day to face Makkah @ Baitullah! SubhanaAllah.
Alangkah baiknya jika eden punya kelapangan dan diberikan peluang untuk menunaikan Umrah & Haji.. Eden akan hargai kesempatan tersebut.. Ya Allah.. Engkau maha berkehendak.. Inilah pintaku.. Inilah doaku.. Kau temukan aku dengan jalanMu.. Jalan Akhirat yang aku cari.. Ada pada ketentuanMu.. Amin..
Selamat menunaikan Umrah ya.. Mulakan dengan Bismillah.. wink!
lllllaaaaaayyyyyaaaaaannnnnnn
dunia hanyalah sementara....mmg smua boleh d buat bila tika hidup...tapi ingt...bila pembalasanye d sane nanti....apa2 pon...blog abg mmg gempak...hehheehhhehehehehehehe
not now: yupp.. dunia hanyalah sementara.. manusia hanyut dalam perhiasan dunia semata-mata.. bekalan utk akhirat??? tepok dada tanya selera.. teruskan menatap ya? wink!
Post a Comment