Aku masuk ke bilikku. Aku tidak mengendahkan Rizmi. Aku membaringkan diriku di atas katil. Aku mahu melupakan semua yang berlaku. Rizmi membaringkan tubuhnya di sebelahku. Dia membelai rambutku.
Aku berpaling ke arahnya. Tangannya itu membaluti tubuhku. Aku selesa dengan pelukan eratnya itu. Entah bila masanya aku terlelap di dalam rangkulannya itu.
Aku tersedar dari tidurku. Aku melihat Rizmi sedang asyik melakarkan sesuatu di atas kertas putih. Aku mendekatinya. Dia melukis sesuatu. Dia menyembunyikan lukisannya itu.
Rizmi bangun dan berdiri di hadapanku. Aku merenung ke dalam anak matanya. Perasaan yang berlainan mulai terasa. Kami berpandangan. Rizmi mencium dahiku. Aku memejamkan mataku. Kami mula berciuman. Tangan Rizmi memegang mukaku kemas.
Kami tersedar. Aku segera berlalu kerana amukan perasaanku ini akan membuatkan aku akan menyerahkan diriku kepada desakan nafsu. Rizmi jua sebegitu.
Aku menguncikan diriku di dalam kamar mandi. Aku bersandar pada pintu itu. Ketukan Rizmi tidak aku pedulikan. Perlahan suara Rizmi itu menambahkan getaran di dadaku.
‘Kasih. Maafkan Rizmi. Rizmi hanyut dalam ciuman tadi. Kasih.’ Rizmi terus memujukku. Aku hanya mendiamkan diriku. Aku bersandar pada pintu yang menjadi pemisah kami berdua. Mahu sahaja aku keluar dan memeluknya namun itu hanya akan membuatkan kami sesat dalam amukan nafsu yang meninggi ini.
Aku terduduk di dalam kamar mandi. Aku tidak sangka begitu hebat amukan yang melanda ini. Sesak nafasku mengatur pernafasan. Inikah cinta sejati?
Aku keluar setelah hilang ribut di dadaku. Rizmi tiada di dalam bilik. Adakah di telah berlalu? Aku membuka langkah mencarinya.
‘Tasnim. Rizmi mana?’ Tanyaku sejurus melihat Tasnim berada di ruang tamu. ‘Rizmi? Dia keluar. Kenapa?’ Tasnim mengajukan persoalannya kepadaku.
‘Tak ada apa-apa cuma tiba-tiba dia keluar. Entah apa yang bermain di pemikirannya.’ Kataku untuk menyembunyikan perkara yang sebenar. Aku keluar untuk menjejakinya. Aku berharap dia berada di tempat letak kereta.
Ya. Keretanya masih berada di sini. Aku mendekati kereta itu. Rizmi berada di dalamnya. Aku membuka pintu keretanya lalu duduk di sebelahnya. ‘Maafkan Kasih. Kasih tak nak kita tersesat jauh.’ Aku meluahkan madah itu kepadanya. Dia hanya memerhatiku. ‘Jika Rizmi mahukannya.. Kasih..’ Aku mematikan kata-kataku. ‘Rizmi tak marahkan Kasih. Rizmi terfikirkan keadaan kita. Rizmi sudah terlalu menyayangi Kasih. Entah apakah perasaan yang Rizmi rasakan kini.’ Rizmi menyatakan pendapatnya.
Kami berdua duduk di dalam kereta sehingga senja melabuhkan tirainya. Kami hanya berpandangan. Rizmi menggenggam tanganku. ‘Rizmi nak berangkat pulang. Kasih, jangan nakal tau.’ Rizmi mencium kedua tanganku. ‘Rizmi. Bila kita boleh bertemu sebegini lagi?’ Tanyaku kepada lelaki yang mula mendapat tempat di hatiku itu. ‘Rizmi akan mencari jalan nanti.’ Aku mengangguk lemah. Aku keluar dari kereta kuning itu.
Rizmi membunyikan honnya. Aku melambaikan tangan kepadanya. Kereta Evo VII itu bergerak pantas meninggalkan kawasan itu. Hati ini melonjak keriangan. Ada suka duka mengiringi perjalanan hari ini. Aku mencatatkan semua itu ke dalam diariku. (Rujuk Diari Hati mukasurat 8)
Aku mengurungkan diriku di dalam bilik. Aku mengimbas kembali semua yang berlaku. Ya. Dari saat bertemu dengan Rizmi. Pertengkaran Rizmi dengan Tasnim. Gurau senda Rizmi tentang mekapku. Gurauan serius Rizmi tentang gambar anak-anaknya. Hadiah yang di berikannya sehinggalah kami berciuman hari ini. Semua ini membuatkan aku tersedar bahawa cinta itu satu kelengkapan yang menyelesakan diri. Ianya adalah normal.
Malam telah lama berlalu bersama dengan seribu mimpi. Baik indah mahupun ngeri, mimpi itu telah di bawa pergi bersama gelap malam yang menjauh.
Seperti biasa. Awal pagi aku berada di perhentian bas. Bas telah berhenti di depanku. Aku tidak tergerak untuk menaikinya kerana sesusuk tubuh yang aku kenali itu berada di situ. Amin. Aku tidak mahu menaiki bas itu.
‘Fiya. Mari naik.’ Panggil Amin sambil di perhatikan oleh pemandu bas itu. Aku tidak mempedulikan panggilannya itu.
Bunyi derum motorsikal berkuasa tinggi kedengaran. ‘Farish?’ Bisik hatiku melihat lelaki itu mendekatiku. ‘Mari naik.’ Farish mempelawaku. Dia menyerahkan helmet kepadaku.
‘Awal Farish hari ni? Pergi kerja?’ Tanyaku. Bas mulai bergerak. Amin hanya memakukan pandangannya ke arahku. Hatinya sayu. ‘Maafkan Fiya.’ Hanya itu bermain di kepalaku di saat itu.
Farish menghantar aku ke tempat kerja. ‘Terima kasih. Kerja elok-elok k?’ Kataku kepadanya. Farish hanya tersenyum memandangku. Aku berlalu meninggalkannya. Aku bertemu dengan gadis yang bernama Najwa. Aku telah menggantikan tempatnya pada malam khamis yang lalu.
‘Hai. Orang baru ke?’ Najwa menyapaku. ‘Ya. Ni Najwa kan? Saya Kasih. Saya ganti tempat Najwa malam Jumaat lepas.’ Aku memulakan bicara kerana aku memerlukan seorang sahabat untuk di bawa berbual. Tambahan di tempat kerja, Tasnim tidak menghiraukan aku. Moga Najwa akan menjadi sahabat baikku.
‘Oh, jadi inilah Kasih. Terima kasih kerana menggantikan saya.’ Najwa amat manis orangnya. Kami berbual tentang diri masing-masing. Dia bekerja di bahagian rekaan fesyen. ‘Erm, tadi tu pakwe Kasih ke?’ Tanyanya seakan bingung. ‘Taklah. Itu Farish. Sepupu Kasih.’ Aku tahu hanya itu jalan keluar untuk menyelamatkan aku dari bahaya yang akan di bawa oleh Tasnim jika mengetahui aku menumpang Farish ke tempat kerja.
‘Farish. Ya itukan teman lelaki Tasnim?’ Balasnya. Nampaknya dia mengenali Farish. ‘Erm.’ Balasku. ‘Tak sangka pula Farish mempunyai sepupu. Sebelah emak ke ayah?’ Persoalan Najwa itu hanya aku balas dengan senyuman. Aku berharap perkara ini hanya setakat ni sahaja.
Kami membawa haluan masing-masing. Aku segera ke studio. Aku perlu menyiapkan pentas untuk pertunjukan akan datang. Nampaknya Pak Sani datang awal hari ini. Kami berdua membuat lakaran pentas yang akan memaparkan alam semulajadi.
‘Hi. Kasih. Erm, early today?’ Aldo menyapaku. ‘Ya. Have some work to be done here.’ Balasku kepadanya sambil melakar mengikut imaginasiku.
‘Can I look that?’ Aldo menyatakan niatnya untuk melihat lakaranku. ‘Erm. Great.’ Balasnya. Dia berlalu meninggalkan kami berdua. Pak Sani menyatakan kepadaku tentang apa yang di amatinya.
Pak Sani bercakap melalui pengalamannya. Dia tahu Aldo tertarik kepadaku. Aku mahu Pak Sani tidak mengaitkan aku dengannya. ‘Pak Sani, Kasih sudah ada buah hati.’ Aku mahu Pak Sani menghentikan andaiannya itu. Ketara benar pandangan semua orang terhadap perhubungan aku dengan Aldo. Dia ialah ketuaku. Aku tidak akan jatuh cinta kepadanya. Hanya Rizmi yang aku dambakan. Kini dan selamanya.
Nota Kaki: Aldo tertarik kepada Kasih? Benarkah begitu? Apakah pengalaman dan kata-kata dari Pak Sani selaku orang yang terlebih dahulu makan garam itu sesuatu yang benar..?
2 Komentar:
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
afzainizam: semoga dilindungi hendaknya.. Amin!
Post a Comment