Pertunjukan berjalan dengan baik. Norkiah menerima banyak pujian kerana kelancaran perjalanan pertunjukan malam ini. Dia mula mendapat tempat di dalam dunia perniagaan yang pesat membangun. Inilah yang di harapkannya.
Agensi permodelan yang baru berusia tujuh bulan itu kini semakin mengorak langkah menuju ke satu status baru. Norkiah sedar akan perubahan itu. Dia harus bekerja keras bagi meletakkan agensinya itu setaraf dengan agensi sedia ada.
‘Kasih. Tunggu.’ Taufik menyuruh aku menunggunya. Ada sesuatu yang mahu di bicarakan olehnya kepadaku. ‘Kenapa?’ Aku menyoalnya. ‘Biar Taufik hantar Kasih. Amacam?’ Taufik meminta persetujuanku. ‘Ada sesuatu yang Taufik ingin bicarakan. Ok?’ Taufik terus memujukku. ‘Baiklah.’ Aku bersetuju dengannya. Apa yang bermain di kepala Taufik. Dia merupakan gedung gosip yang tidak kunjung habis sumbernya.
‘Norkiah. Kasih pulang dengan Taufik.’ Aku menyatakan kepada majikanku yang sebenarnya mahu menghantar aku dan Najwa pulang. ‘Ok.’ Norkiah hanya memerhatiku. Najwa juga hairan dengan pendirian Taufik. Dia seorang yang agak lokek namun kerana Kasih semuanya berubah. ‘Apa yang dirancang oleh mereka berdua?’ Bisik hati kecilnya.
Aku masuk ke dalam kereta Satria Taufik. ‘Erm selesa juga.’ Kataku dengan selamba. ‘Selesa juga?’ Taufik mahukan penjelasanku tentang perkara itu. ‘Kasih pernah naik Evo tau..’ Kataku membuatkan Taufik tercengang.
‘Evo milik siapa? Warna apa?’ Taufik mengajukan persoalan kepadaku. ‘Buah hati Kasihlah. Evo warna kuning.’ Kataku menjawab persoalannya. Dengan Taufik, aku tidak perlu berahsia. Ya. Walaupun mulutnya murai, tapi dia tidak pernah membuatkan aku kurang percaya kepadanya. Kepercayaan aku tetap ada kepadanya.
‘Evo kuning? Tak banyak Evo kuning di sini. Model apa? Taufik menyoalku bagaikan aku seorang pesalah jalanraya. ‘Taufik. Apa yang hendak Taufik bincangkan?’ Aku segera mematikan persoalannya.
‘Taufik baru dapat tahu tentang tawaran yang di kemukakan oleh Norkiah, Richard dan Aldo. Ianya tentang penolakan Kasih untuk menjadi seorang model. Hairan. Tak pernah Taufik dengar perkara sebegini berlaku. Tambahan pula Kasih tolak ia kerana mahu bekerja di belakang tabir.’ Taufik mula bercerita. ‘Erm? Kerana perkara itu?’ Aku mengalihkan pandanganku ke luar.
‘Taufik. Kasih percayakan Taufik. Taufik kena rahsiakan tentang perkara ini. Janji?’ Aku tahu amat berat untukku menyatakan siapa aku dan kenapa aku menolaknya. Aku harus berfikiran waras. Perlukah aku menceritakan kepada Taufik akan identitiku? ‘Ok, Taufik janji.’ Taufik kini sudah menyatakan janjinya.
‘Sebenarnya Kasih takut. Kasih sebenarnya di buru oleh seorang lelaki yang mahu membunuh Kasih. Kasih tak kenal siapa gerangannya lelaki itu? Entah apa motifnya?’ Aku terpaksa meluahkan perkara yang sebenarnya. Taufik ternganga. Dia tidak menyangka akan perkara itu. ‘Habis? Kasih tak melaporkan kepada pihak berkuasa? Taufik meminta penjelasanku. ‘Tak. Kasih takut untuk keluar. Kasih tak ada ibu bapa. Kasih tak ada adik beradik. Pada siapa harus Kasih mengadu semua ini?’ Airmata mula berkaca di kelopak mataku.
‘Baru Taufik faham kenapa Kasih menolak tawaran menjadi model. Kasih takut pembunuh itu akan dapat menjejaki Kasih bukan?’ Taufik akhirnya memahami keadaanku. ‘Taufik agak hairan, macam mana Kasih boleh tinggal bersama dengan Tasnim?’ Taufik meneruskan pertanyaannya. ‘Ini semua kerana ehsan Farish yang membenarkan Kasih menetap di situ. Kasih terpaksa menyatakan kepada semua bahawa Farish itu sepupu Kasih.’ Aku menyeka airmataku. ‘Oh begitu rupanya.’ Taufik akhirnya memahami semuanya tentang aku.
‘Nampaknya Kasih rapat dengan Najwa?’ Persoalan itu agak mengejutkanku. ‘Apa salahnya berkawan dengan Najwa. Kasih perlukan teman berbual. Taufik pun agak rapat dengannya kan?’ Aku mahukan penjelasan darinya. ‘Ya. Rakan sekerja sahaja. Taufik terpaksa berlagak professional.’ Taufik menyatakannya. ‘Apa yang tidak baiknya tentang Najwa?’ Aku mula mengambil tempat Taufik yang sedia ingin mengetahui. ‘Najwa itu amat rapat dengan Tasnim.’ Balasnya. ‘Kasih pun rapat dengan Tasnim.’ Balasku.
Kereta Satria itu berhenti di hadapan pintu pagar apartment. ‘Ok. Terima Kasih.’ Kataku kepada Taufik. Aku membuka langkah meninggalkannya. Kereta itu memecut laju. ‘Kasih.’ Panggilan itu membuatkan aku terkejut. ‘Farish? Apa yang Farish buat di dalam gelap?’ Tanyaku kepada lelaki yang kini menjadi sepupu olok-olokku.
0 Komentar:
Post a Comment