‘Farish nak tahu pasal Tasnim. Ada sebarang berita?’ Ternyata bila tiada di sisi barulah kita tersedar akan kehilangan tersebut. ‘Tak ada berita. Semuanya tidak tahu di mana Tasnim berada. Dia mengambil cuti beberapa hari. Apa yang terjadi sehingga Tasnim merajuk sebegitu?’ Aku meluahkan apa yang bermain di mindaku. ‘Entahlah. Betul kata Kasih dahulu. Farish buntu.’ Farish mengeluh panjang.
‘Baiklah Farish. Kasih penat. Kasih nak masuk dulu. Jom.’ Aku menyatakan akan keletihanku. Aku membuka langkah meninggalkan Farish. Pelbagai persoalan bermain di kepalaku. Di manakah Tasnim? Aku tidak rapat dengan kenalannya yang lain. Apa yang boleh aku lakukan?
Air sejuk membasahi tubuhku. Aku teringat akan Rizmi. Susuk tubuh badannya. Belaian manjanya. Ciumannya itu membuatkan aku teransang. Aku mahu berada di dalam hidupnya. Fikiran ini membayangkan semula ciuman yang pertama kali menyentuh hati kami berdua. Rizmi. Aku rindukan lelaki itu.
Aku merebahkan diriku di atas katil. Aku mengadap diariku. Aku membelek semula apa yang telah aku coret di masa lalu. Pena ini aku tarikan semula. (Rujuk Diari Hati mukasurat 9)
Aku menjadi resah. Tidurku tidak lelap. Aku dambakan Rizmi. Panas. Aku dambakan Rizmi. Lelah aku melawan nafsuku yang membakar ini. Peluh dingin mengalir keluar. Aku membuka mataku. Gelap dan sunyi.
Aku bangun dan keluar dari bilik. Aku meneguk air sejuk untuk menghilangkan kehausanku. Dahaga ini akan terhapus bila Rizmi berada di sisiku. Ya. Aku melangkah ke balkoni. Udara malam itu tidak juga bisa menurunkan suhu badanku yang panas membara. Aku menjadi serba salah. Fikiranku ini tetap membayangkan Rizmi. Tubuh badanku ini begitu kepingin untuk di belai oleh tangan kasar itu.
‘Kasih.’ Panggilan itu mengejutkan aku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah pemanggil itu. ‘Farish?’ Aku segera memalingkan mukaku. Farish yang hanya berseluar pendek itu menghampiriku. ‘Tak boleh tidur?’ Dia menyalakan rokok yang di pegangnya. Asap rokok itu di hembuskan olehnya.
‘Tak. Farish tak tidur lagi?’ Aku sebenarnya tidak mahu berada berdekatan dengan Farish tambahan lagi dia hanya berseluar pendek. Ianya tidak manis untukku. Aku juga tidak senang dengan asap rokok yang di hembuskannya.
‘Kasih. Marilah temankan Farish. Banyak yang Farish ingin tanya.’ Kata-kata Farish itu membuatkan langkah kakiku terhenti. Apa lagi yang boleh kami bualkan? Tasnim?
‘Kasih nak tidur. Ok?’ Aku takut untuk berada di sisinya. Aku begitu dahagakan belaian seorang lelaki, mudah untukku jatuh kepada Farish jika aku membiarkannya.
Susuk tubuh badan Farish hampir sama dengan Rizmi namun warna kulitnya itu sedikit gelap. Aku takut dalam kedahagaan ini. Aku tidak boleh menambahkan beban Farish. Aku juga tidak boleh menjatuhkan maruahku tambahan lagi kini Rizmi benar mencintaiku. Ya. Aku perlu mempertahankan maruahku demi Rizmi.
Hari ahad. Hari baru untukku. Aku mendapati Rizmi tiada di sisiku. Aku keluar untuk duduk di ruang tamu. Aku terkejut melihat Farish masih terlelap di atas sofa panjang itu. Aku segera melangkah ke dapur.
Aku menyediakan air kopi. Aku meletakkan air itu ke atas meja makan. Aku bergerak ke arah kamar mandi. Air yang sejuk itu menyegarkan tubuh badanku.
Aku keluar hanya bertuala ketika Farish mengejutkan aku. ‘Maafkan Farish. Farish nak keluar mencari Tasnim. Kalau ada panggilan telefon dari Tasnim, minta alamatnya k?’ Aku menyelimutkan tubuhku dengan selimut. Farish berpaling dan meninggalkan aku.
Apakah semuanya ini? Aku semakin gusar dengan keakraban Farish. Aku tiada punya pilihan. Benar dia semakin tertekan dengan apa yang terjadi. Di manakah Tasnim berada?
Aku keluar ke kedai berdekatan untuk membeli barangan dapur. Hari ini aku akan menjamu selera Rizmi dengan air tanganku.
Aku pulang dan di kejutkan dengan kehadiran seorang yang aku kenali. Rizmi. Aku berlari mendekatinya dan memeluknya. Aku mengucup lehernya. Dia membalasnya dengan ciumannya di dahiku.
Aku tersedar dari lamunan. Apa yang terjadi adalah sebaliknya. Aku hanya memerhatinya. Kami saling berpandangan. Aku bergerak ke dapur untuk meletakkan barangan yang aku beli itu.
‘Kasih nak masak ke?’ Tanya Rizmi mengejutkan aku. ‘Ya. Rizmi nak tolong?’ Aku meminta Rizmi membantuku di dapur. ‘Erm, Rizmi tak pandai.’ Rizmi mendekatiku. Dia memelukku dari belakang. Aku membiarkan sahaja dia berbuat sebegitu. ‘Rizmi nak potong cili merah dan bawang?’ Tanyaku untuk memulakan bicara. ‘Oklah.’ Balasnya.
Aku menumpukan perhatianku kepada barangan untuk tomyam. Aku akan mengejutkan Rizmi dengan apa yang aku pelajari. ‘Aduh.’ Jeritan Rizmi mengejutkan aku yang sedang memotong lobak merah. ‘Kenapa?’ Aku berlari ke arahnya. ‘Jari Rizmi berdarah.’ Katanya sambil menunjukkan jarinya itu kepadaku.
Dalam keadaan yang cemas itu, aku menarik tangannya dan menghisap jari yang berdarah itu. Aku segera mengoyakkan kain buruk yang ada berdekatan. Darah merah mengalir keluar dari luka hirisan tersebut. Agak dalam luka itu. Aku segera membalutnya.
Aku menyuruh Rizmi berehat di ruang tamu. Aku kembali ke kedai runcit yang sama untuk membelikan sesuatu untuk merawat luka Rizmi..
Dalam nafas yang tercungap-cungap, aku mendapatkan Rizmi. Aku membawa semangkuk air bersih dan meminta Rizmi merendam jarinya yang terluka itu. Dia hanya menurut kataku.
Aku membaluti luka Rizmi dengan cara yang betul. Semua itu aku pelajari sewaktu sekolah dahulu. Kelas ekonomi rumah tangga itu telah membantuku kini.
Rizmi hanya memerhatiku. Dia tidak sangka aku sebegitu cemas. Aku menyuruhnya berehat. Aku beredar ke dapur. Aku perlu menumpukan perhatian kepada masakanku. Berulang kali aku menjenguknya yang terbaring di atas sofa. ‘Maafkan Kasih.’ Itulah yang mampu aku ucapkan kepadanya kerana memaksanya membantuku di dapur.
Aku telah menyiapkan hidangan yang akan meningkatkan selera makannya. Tomyam campur dan ikan kukus masam manis. Aku menyediakan air sirap limau. Aku berharap Rizmi menyukai masakanku ini.
Aku mendekatinya. Dia tertidur di atas sofa panjang. Aku mengusap rambutnya. Rizmi tersedar. Dia melihat aku dengan pandangan yang aneh. Aku bangun dan mengajaknya untuk menjamu selera denganku.
p/s: bibit-bibit kemesraan terputik.. Apakah ia selamanya atau sebentar cuma?
0 Komentar:
Post a Comment