Sunday 20 February 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Lima ~ Plot Sembilan


                   Dia bangun dan menarik tubuhku yang mula membelakanginya. Dia memelukku. Rangkulannya itu membuatkan aku lemah. Aku berpaling dan memeluknya. Aku berharap masa itu akan bergerak perlahan. Aku mahu berada di dalam pelukannya. Aku mahu di belai manja. Aku rindukan panas tubuh badannya.

                   Rizmi mendukungku ke ruang makan. Aku bahagia berada di sisinya. Adakah bahagia itu kini telah berarak mendekatiku? Aku dapat melihat perubahan Rizmi. Ya. Dia kini semakin selesa berada di sisiku. Adakah ini cinta? Jika ya, aku mahu ianya berkekalan untuk selamanya.

                   Rizmi terkejut dengan apa yang aku sajikan. Dia tidak menyangka aku dapat menyediakan masakan sebegitu. Aku menuangkan air sirap limau itu ke dalam gelas di hadapannya. Aku menyedokkan nasi ke dalam pinggannya.

                   Aku menyediakan sudu dan garfu kerana takut luka di tangannya itu merimaskannya. Aku hanya melihat Rizmi mengambil bau  masakanku.

                   ‘Kasih tak makan sekali.’ Rizmi meminta aku makan bersamanya. ‘Tak. Kasih nak makan sepinggan dengan Rizmi. Boleh?’ Pintaku sekadar mahu melihat reaksinya.

                   Rizmi bangun dan menarikku. Aku duduk di atas pahanya. Kami menjamu selera bersama. Kemesraan yang terjalin itu membuatkan kami semakin mengenali diri masing-masing.

                   Aku menyuapkan nasi kepada Rizmi. Dia bagaikan seorang kanak-kanak kecil yang begitu manja. Aku senang berada di sisinya. Tangannya itu merangkul aku kemas. Aku makan bersama dengannya.

                   Kekok. Tiada lagi perasaan sebegitu. Aku mencuci pinggan mangkuk di dapur. Rizmi datang dan memelukku. Kami mencuci pinggan bersama.

                   Aku menyapu buih sabun ke hidung Rizmi. Aku berlari ke arah ruang tamu. Rizmi mengekoriku. Dia memelukku dan kami berpusing-pusing di tengah ruang tamu itu.

                   Rizmi meletakkan aku ke bawah. Aku merenungnya dan mencium pipi kanannya. Dia memelukku. Usapan tangannya di belakangku itu membuatkan aku lemas. Lemas dalam perasaan rindu berbaur cinta kepadanya. Alangkah indahnya hidupku jika Rizmi itu suamiku.

                   Kami berpandangan. Dia merapatkan bibirnya ke bibirku. Kami berciuman. Ini kali kedua kami berciuman. Kali ini ciuman Rizmi lebih memberansangkan aku. Aku membiarkan sahaja dia menguasai diriku.

                   Mukaku menjadi merah padam. Aku tahu jika aku mengadap redup matanya itu, aku akan jatuh ke dalam jurang nafsu yang berakar ini. Aku segera bergerak ke balkoni. Pemandangan di waktu siang itu begitu mendamaikan. Matahari yang sedang bergerak ke arah barat itu memberikan isyarat kepada seisi penghuni bumi tentang malam yang semakin menghampiri.

                    Berduaan di balkoni. Rizmi menggenggam tanganku. Dia membelai rambutku yang di tiup angin petang itu. Aku cuba membayangkan saat sebegini akan berlaku dalam hidup kami di masa akan datang. Aku dan Rizmi duduk berduaan jauh dari anak dan keluarga. Kami meniti usia tua bersama. Tentu indah berada di saat itu.

Rizmi meninggalkan aku ketika telefon bimbitnya berdering. Dia menjawab panggilan itu. Serius. Raut wajahnya itu membuatkan aku cemas. Apakah yang telah berlaku? Adakah dia perlu pulang ke rumah orang tuanya? Aku hanya perlu menunggu jawapan darinya.

                   ‘Siapa?’ Aku mahu Rizmi menjawab pertanyaanku. ‘Kawan sepejabat. Dia ajak keluar malam ini. Rizmi seganlah. Rizmi nak bersama dengan Kasih.’ Aku terkejut mendengarnya. Adakah dia bermaksudkan kami berhubungan sebegitu? Aku mendiamkan diriku. Rasa-rasanya bibit cinta antara kami berdua semakin kuat. Adakah aku perlu menyerahkan tubuh badanku kepadanya? Adakah dengan berbuat sedemikian, aku akan berjaya memiliknya sepenuhnya? Semua ini bermain di pemikiranku.

                   Aku berjalan ke bilik. Aku mahu merehatkan diriku di atas katil. Rasanya Rizmi akan mengikut ke mana aku berada. Aku duduk membelek majalah hiburan yang ada di atas katil.

                   Rizmi masuk ke dalam bilik. Dia segera mencapai tuala dan mengalihkan perhatiannya kepadaku. ‘Kasih. Jom kita mandi bersama?’ Rizmi menyuarakan niatnya. ‘Erm.’ Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku menggelengkan kepalaku. Rizmi ketawa. Dia sebenarnya cuba bergurau denganku. Dia membuka bajunya. Tubuh badannya itu aku tatap. Dia membuka seluarnya setelah membaluti tubuhnya dengan tuala. Seluarnya itu di biarkan di atas lantai. Dia berjalan ke arah bilik air.

                   Bunyi deruman air memecah kesunyian. Aku membayangkan susuk tubuh itu di basahi siraman air sejuk itu. Aku bingkas bangun dan mendapatkan diariku. Aku perlu mencatatkan bibit bahagia dalam hidupku ini.

p/s: Bahagia.. Tiada siapa tahu datangnya mungkin dengan amaran.. Akrab dan mesra dua keadaan yang berbeda.. Apakah keadaan Kasih dengan Rizmi itu akrab atau mesra?

2 Komentar:

maIra said...

adamzico,thumb up...pndai berkarya..;)

adamzico said...

maIra: tenkiu.. stick la kat memorabilia kasih safiyya ni ya.. wink!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!