Kisah KLASIK untuk masa hadapan..
Ini bukan dongengan..
Ini bukan lagenda..
Inilah kasih sayang sebenarnya..
Jika anda yakin..
Pasti anda menemuinya..
Ade berani untuk menatap ini..?
Cari apa yang tersirat bukan sekadar tersirat.. ya?
'Tidur sayang' Ujar JT, duda anak satu itu sambil menyelimutkan anaknya.
'Papa.. Betul ke Mama dah jadi Pari-pari?' Soal Farhan dengan penuh minat.
'Mama An kan pari-pari paling jelita..' JT menahan sebak.
Dia terpaksa menipu anak tunggalnya itu.
Dia tidak mahu Farhan berada kekurangan.
Kini JT ialah IBU dan BAPA kepada Farhan.
'An ade baca kisah sinderella.. Mama ke pari-pari itu?' Soal Farhan sambil terbayangkan buku cerita yang dibacanya.
'Mama ada dalam semua cerita.. Bukan sahaja Sinderella.. Sleeping Beauty.. Pinochio..' JT mengukir senyuman tawar. Dia juga seperti Farhan, merindui arwah isterinya.
"Sayang.. Maaf abang terpaksa menipu.. Abang tak mahu anak kita bersedih.. Suatu masa dan ketika.. Akan abang jelaskan hal yang sebenarnya kepada An.. Ini janji abang.." Bisik hatinya.
'Kalau Mama itu pari-pari.. Kenapa Mama tak datang melawat An?' Akhirnya soalan sebegitu muncul dari mulut Farhan.
'Mama terpaksa menolong orang yang susah.. An kan dah ada segalanya.. An kan ada Papa..' JT mengusap rambut anaknya itu.
JT menyeka airmatanya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan anaknya itu.
'Begitukah Papa.. An berharap Mama ada masa untuk datang melawat An.. Seminit pun jadilah..' Farhan benar-benar ingin kehadiran ibunya.
'Mari kita berdoa.. Minta Mama datang sekejap' JT menahan sebaknya.
'Ya Allah.. Kau ketemukanlah An dengan Mama.. An benar-benar rindukan Mama..' Farhan memberhentikan bicaranya. Dia menekup telapak tangan ke mukanya.
'Amin!' JT mengukir senyuman.
"Semoga An termimpikan arwah ibunya.." Bisik hatinya. Hiba.
'Selamat malam Papa..' Farhan mengucup tangan kanan ayahnya.
'Selamat malam sayang..' JT beredar dari sisi katil dan menuju ke arah pintu. Matanya kembali terarah ke arah Farhan.
Dia mematikan suis dan segera menutup pintu.
~@~
'Mama?' Farhan tersedar dari tidurnya.
'Mama ke tu?' Soalnya lagi.
Farhan memandang ke arah almari kayu di hadapannya.
'Nenek tahu An tengok nenek..' Suara yang sedikit kepit itu membuatkan An resah.
'Nenek? Sapa tu?' Farhan memberanikan dirinya.
'Ini Nenek.. Nenek datang nak bawa An ke satu tempat..' Ujar perempuan yang sedikit bongkok itu kepada Farhan.
'Nak bawa An jumpa Mama?' Soal Farhan.
'Mama? Mungkin..' Nenek itu terus membuka daun pintu almari tersebut.
Cahaya kekuningan terpancar menyuluh kelamnya suasana bilik tersebut.
'Kita nak kemana.. Boleh An minta izin Papa dulu?' Soal Farhan.
'Mari ke sini..!' Nenek tersebut menunggu di hadapan almari tersebut.
'Baiklah..' Farhan tekad untuk mengikut Nenek berkenaan.
~@~
'Dimana kita nek?' Soal Farhan.
'Kita di dalam perut ikan paus..' Ujar Nenek itu.
Riak wajah Nenek tersebut tenang.
'Dalam perut ikan paus?' Farhan semakin resah.
'Jangan khuatir.. Kita sudah dekat..' Nenek itu berjalan ke arah kegelapan.
'Nenek.. Jangan tinggal An..' Farhan pantas mengikut dari belakang.
Keadaan di dalam perut ikan paus itu bukanlah sesuatu yang menarik.
Ianya berlendir dan melekit.
Suhunya sejuk dan gelap.
Farhan hanya terus melangkah ke hadapan.
Membontoti wanita yang dipanggilnya Nenek.
Suasana menjadi sedikit getir.
Ianya seakan gempa bumi.
Farhan terpaksa bersandar ke dinding perut ikan paus tersebut.
'Inilah masanya.. tengok sana!' Nenek menuding tongkatnya ke hadapan.
Farhan memakukan matanya.
Silau cahaya yang terang lantas menghujani mereka berdua.
Kabur pandangannya untuk seketika waktu.
'Cantiknya!' Itu yang terbutir dari mulut Farhan.
'Kita sudah sampai ke Tanah Syurgaloka..' Ujar Nenek berkenaan.
'Syurgaloka..?' Farhan membayangkan dirinya berada di syurga.
"Adakah ini syurga? Jika ya.. Mama tentu berada di sini.." Bisik hatinya.
'Mari kemari..' Nenek menarik tangan Farhan.
'An.. lihat sana!' Nenek menuding tongkatnya ke arah kanan.
Di sana terdapat puluhan malah ratusan kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Mereka berpakaian putih bersih.
Wajah mereka pula indah bak rembulan.
'Siapakah mereka?' Soal Farhan.
Rasa ingin tahunya membuak.
'Mereka ialah saudara An.. Kita semua disini bersaudara..' Nenek itu menjelaskan segalanya.
'Siapa pula mereka disebelah kiri An ni?' Soal Farhan.
Mereka di kiri berpakaian compang camping.
Susuk badan mereka amat kurus dan ada kesan-kesan luka sini sana.
'Mereka juga saudara An namun mereka telah berbuat salah.. Jadi mereka dihukum..' Nenek memberikan penjelasan.
'Mari kesini..!' Nenek mengajak Farhan untuk mengikutinya.
'Lari.. Ini bukan apa yang sebenarnya.. Kau tak patut berada di sini..' Ada suara yang seakan membisikkan sesuatu ke telinga Farhan.
'Siapa?' Farhan mengalihkan perhatiannya kepada kanak-kanak yang berada di sebelahn kirinya.
'Lari sebelum kau jadi seperti kami..' Suara itu terus meminta agar Fahan melarikan diri.
'Kenapa?' Soal Farhan lagi.
'Cuba kau buka matamu besar-besar.. Ini bukan seperti apa yang kau lihat.. Cuba tunduk dan pandang melalui celah kangkang..' Suara itu seakan meminta Farhan melihat kebenaran.
Kebenaran apakah itu.. ya?
Farhan membongkok dan melihat melalui celah kangkangnya.
'MasyaAllah..!'
Tanah Syurgaloka itu bukanlah indah seperti yang tergambar pada mulanya.
Tanah Syurgaloka itu merupakan daratan yang dipenuhi tulang temulang putih berserakan.
Kanak-kanak yang berpakaian putih itu pula merupakan bayang-bayang hitam yang menakutkan.
Yang menggelarkan dirinya Nenek itu pula merupakan seorang wanita yang amat kurus dan berpakaian hitam. Rambutnya mengerbang dan matanya merah menyala.
Manakala kanak-kanak yang berpakaian compang camping itu pula merupakan kanak-kanak yang menjadi mangsa kejahatan Nenek berkenaan. Isi-isi daging mereka ada yang diratah, ada yang dibaham..
Darah mereka dijadikan minuman..
Farhan tergamam seketika.
Dia memejamkan matanya.
Dia yakin semua yang dilihatnya itu ialah mimpi semata-mata.
Dia yakin apabila dia membukakan matanya, semua itu akan berlalu.
Malangnya, ini bukannya mimpi..
Farhan lantas membuka langkahnya untuk melarikan diri.
'An.. Nenek akan cari An sampai dapat!' Jerit perempuan jahat tersebut.
'An.. Nenek tahu An bersembunyi.. Nenek akan cari An..' Sambungnya lagi.
Farhan menekup mulutnya. Ketakutan jelas terbayang di raut wajahnya.
"Papa.. Tolong An..!" Rintih hati kecilnya.
"Mama.. An takut!" Farhan terus berharap akan ada yang menolongnya.
'Aucak!!! Nenek nampak kamu!' Perempuan jahat itu lantas mendekati Farhan.
Farhan terkulai lemah dek rasa takut yang amat sangat.
'Mari ke sini sayang!' Nenek itu segera menangkap tangan kiri Farhan.
Dia menarik Farhan untuk disantap.
'Bau badan kamu amat menyelerakan..' Nenek itu berasa nikmat berbuat sebegitu.
'Lepaskan dia!' Satu cahaya kebiruan datang secara tiba-tiba.
Cahaya yang amat terang dan menyilaukan mata itu menyambar Farhan dan membawanya jauh dari tempat itu.
'Jangan bimbang.. An terselamat!' Suara tersebut sedikit menenangkan Farhan yang masih lagi berada di dalam ketakutan yang amat sangat.
Sesekali hati Farhan yakin suara itu suara Mamanya.
'Mama..? Itu Mama ke?' Soalnya.
'An.. Jadilah anak yang baik.. Jadikan kisah ini sebagai kisah KLASIK untuk masa hadapan..' Bisik suara tersebut.
~@~
Farhan membuka matanya.
Cahaya kebiruan itu sudah tiada.
'Apakah itu Mama?' Ucap bibirnya.
Hatinya mengiyakannya.
'Mama.. An janji akan menjadi anak yang baik..!' Farhan mengukir senyum.
'An kat mana ni?' Farhan tersentak.
Dia berada disebuah rumah usang lagi terbiar.
Di ruangan |Ceiling| terdapat satu lembaga..
'Nenek tahu An nampak Nenek.. kan!' Suaranya tersekat-sekat.
The END
p/s: Kasih sayang ialah talinya..
Ingatan adalah gudangnya..
Ingat ini : Takutlah kamu kepada Maha Pencipta.. Bukan takut kepada makhlukNya..
wink!
(Cerita ini adalah REKAAN semata-mata.. Ya?)
2 Komentar:
yanna xbrapa phm la zico.. em.... tapi cerita zico mcm menarik jee... best baca... =)
Yanna a.k.a witLURVE: erm bak kata opening.. segalanya berkisar kasih sayang dan keyakinan.. Walau apapun terjadi kasih sayang itulah kuncinya.. banyak lagi yg tersirat menanti untuk difahami.. wink!
Post a Comment