Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..
Sharing is CARING..
Caring is LOVING..
Ya ka?
Oleh kerana tak ada IDEA..
Dan ter flash back perbualan semalam..
Berkenaan kawan makan kawan..
Ni bukan kes Cannibal Holocaust..
Leh di ibaratkan 'Harap pagar.. Pagar makan padi..'
Zaman STUDY sememangnya indah..
Tak payah nak fikir sal kerja..
Itu bagi yang FULL time lah.. kan!
Tapi keindahan hanyalah sementara..
Bak kata Erra Fazira..
'Yang INDAH cuma SEMENTARA'
Mungkin paling lama pun SATU semester..
Ye la.. Semester pertama itulah SESI ice breaking..
Masa tu lah nak kenal hati budi..
Masa tu lah cari siapa kawan atau lawan..
Masa tu lah bersaing untuk jadi yang terbaik..
BUT..
Ada yang tidak dapat bersaing secara sihat..
Bukan kerana mereka selalu jatuh sakit..
Tapi kerana persaingan sebegitu memberi tekanan kepada mereka..
Especially kepada mereka yang merasakan diri mereka LEMAH..
Especially kepada mereka yang merasakan diri mereka LEMAH..
Dan tidak dapat catch UP dengan yang paling terkehadapan..
Persoalannya:
Perlukah kita menjatuhkan orang lain semata-mata tidak mahu kita berada pialng terkebelakang..?
Saya akui..
Saya pernah berhadapan dengan saat genting..
Semasa bergelar pelajar..
Time tu nak amik DIPLOMA..
Semester PERTAMA sememangnya indah..
Siap boleh SCORE dan mengalahkan pelajar bukan melayu..
Yang selalu meMONOPOLI tempat pertama..
(Bangganya bila Dekan memanggil kita ke pentas dan beliau PROUD dengan pencapaian kita.. kan!)
Bila bermulanya semester KEDUA..
Kemanisan tersebut hilang..
Bukan kerana kita mendabik dada..
Sombong dan bongkak dengan kejayaan semester pertama..
Sebaliknya kita lebih HUMBLE dan berpegang teguh kepada NAWAITU..
Belajar kerana ALLAH..
Rakan-rakan yang seagama dan sebangsa..
Tak kira lelaki ataupun perempuan MULA tunjuk belang..
Mereka mula mengganggu proses pembelajaran..
Ganggu secara fizikal dan psikologikal..
Masing-masing dengan agendanya yang tersendiri..
TAPI matlamatnya SATU..
Iaitu melihat kita tewas..
Melihat kita jatuh..
Melihat kita terkebelakang..
Melihat kita dimarah, dicemuh, dikutuk oleh pensyarah-pensyarah..
Yang dahulunya menyayangi kita..
Kerana pensyarah-pensyarah berkenaan bertanggapan bahawa kita tidak mahu berkongsi ILMU..
YA..
Matlamat rakan-rakan tersayang itu tercapai..
Mereka telah berjaya memperlakukan semua itu dengan MUDAH..
Mereka gembira melihat kita melutut menyembah..
Semata-mata mahu mendapatkan semula nota-nota dan buku rujukan..
Yang sememangnya milik kita..
Sedih BUT tak dapat nak mengalirkan airmata..
Sedih dengan sikap mereka yang terlalu terbuka..
Mendera kita secara nyata tanpa berselindung..
Sedangkan mangsa inilah yang sentiasa membantu mereka dalam segala bidang..
Kuiz, Assignment, Presentation, MidTerm Exam..
Tanpa mengira masa dan tenaga..
Syaratnya ialah perkongsian ILMU itu sebagai satu saluran..
'ILMU yang dikongsi itu akan terus kekal bersama KITA.. Jika tak dikongsikan maka ILMU itu akan hilang..'
Sentiasa bepegang dengan ayat tersebut.
Paling menyedihkan..
Muncul seorang lelaki berbangsa CINA..
Menghulurkan tangan saat saya goyah..
Saat saya sudah tidak ada apa-apa utnuk dijadikan rujukan..
Menghadapi Final Exam..
Beberapa hari sebelum EXAM tersebut..
Dia tampil dan mahu berkongsi ILMUnya..
Saat itu..
Airmata yang tak dapat saya titiskan..
Itu mengalir pantas..
Panas membasahi kedua-dua pipi..
Hiba dengan pertolongan saat genting itu..
Bersyukur kerana Allah membuka jalan..
Untuk hambaNya kembali catch UP..
Setelah berbulan lamanya tidak belajar dalam erti belajar yang sebenar..
Amin.. HambaMu amat bersyukur Ya Allah..
Tenkiu.. TENKIU.. Tenkiu..
p/s: Kisah saya ni mungkin sama dengan anda diluar sana..
Persoalan perlu dijawab..
Apakah sememangnya bangsa kita seperti itu..?
'Melayu mudah LUPA'
'Melayu gemar menarik anak bangsanya supaya jatuh dan kekal SAMA bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..?'
'Melayu sebeginikah yang KITA bangga-banggakan..?'
Mari KITA mengubah pandangan tersebut..
Ingatlah..
Jika kita menyakiti orang lain.. Orang lain akan menyakiti kita..
wink!
Sowie sebab terpanjang lak luahan hati ni..
Sila berkomentar ya..?
Sowie sebab terpanjang lak luahan hati ni..
Sila berkomentar ya..?
6 Komentar:
tak lalui lagi zaman universiti tapi bakal laluinya insya-Allah..;)
penah jugak dengar cerita macam ni daripada kawan2..agak menakutkan..tapi ss pegang quote ni => biarlah orang buat jahat kat kita asalkan kita tak buat jahat kat orang. kan?
psstt : Sanggup ke kita tengok jek Nabi Muhammad s.a.w dihina???
Sitisafiyyah: bagus.. jgn kita sakiti org lain.. gud.. gud!!
Assalamualaikum..bg pendpt sy..apa org buat kat kita..bykkan bersabar dan berdoa..insha Allah, ALLAH akan tunjukkan kebenaran..setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah..wallahuallam...
Anonymos: Yupp That right.. Itu langkah paling bijak.. wink!
orang Melayu ramai sangat yg ada PhD neh...sabo yer...
Nufaha: PHD ek? hehehe.. betoi3!
Post a Comment