‘Kasih.’ Farish membuka pintu bilik. Ini kali kedua dia berbuat sebegitu. Dia melihat akan seluar dan baju Rizmi. Dia menutup kembali pintu itu. Aku keluar mengikutnya. Mungkin ada sesuatu yang menimpa Tasnim.
‘Kenapa? Dah jumpa Tasnim?’ Aku mengajukan persoalan itu. Farish menggelengkan kepalanya. ‘Rizmi ada?’ Soalan itu keluar dari mulutnya. Aku hanya mengangguk. ‘Tasnim masih belum di temui. Kasih dah tanya semua kenalannya?’ Farish bertanyakan aku tentang rakan-rakan Tasnim. ‘Ya. Hampir semuanya. Cuma seorang sahaja lagi yang tidak Kasih temui. Amani. Amani bukan sahabat Tasnim. Dia mungkin tak tahu di mana Tasnim berada?’ Aku menyatakan apa yang aku tahu kepadanya.
Farish masuk ke dalam biliknya. Aku segera masuk ke bilikku. Aku mendapati bunyi deruman air sudah terhenti. Aku duduk di tepi katil, berpura-pura membaca majalah hiburan itu.
Rizmi keluar. Dia merenung ke arahku. Dia menyarung kain pelekat yang di ambilnya dari almari. Dia segera melemparkan tuala basah itu kepadaku. Aku merenungnya. Kami melemparkan senyuman yang mulai meranum.
‘Rizmi nak tidur sini malam ni.’ Rizmi menyatakan niatnya kepadaku. Apa salahnya. Aku rindukan pelukan Rizmi. Aku mahu berada dekat dengannya. Aku melihat Rizmi mengenakan kain pelekat itu.
Aku masuk ke kamar mandi. Aku melihat sesuatu. Ianya seluar kecil Rizmi. Aku menggantungkan seluar kecil itu di belakang pintu kamar mandi.
Aku membiarkan air sejuk itu membasahi tubuh badanku. Selesa. Benar selesa. Aku keluar dan mendapati Rizmi tiada di dalam bilik. Entah di mana dia berada. Aku mengenakan pakaianku.
Rizmi berbual dengan Farish. Entah apa yang mereka bualkan. Mungkin mengenai Tasnim yang menghilangkan dirinya.
Aku memanaskan lauk. Aku memasak nasi kerana Farish akan menjamu selera bersama kami.
Kami menjamu selera. Kali ini aku terpaksa formal kerana Farish berada bersama kami. Jika tidak. Suasana petang tadi terbayang di fikiranku. Aku hanya merenung Rizmi dengan ekor mataku.
Rizmi dan Farish meneruskan perbualan mereka. Mereka menonton rancangan bola sepak liga inggeris. Aku masuk ke dalam bilik setelah mengemas semuanya di ruang makan mahupun di dapur.
Aku membaringkan diri. Entah bila masanya aku telah di buai mimpi. Aku mimpikan Rizmi memelukku. Dia meminta aku menjadi isterinya. Dia mahu mempunyai anak bersama denganku. Anak. Aku mengusap perutku yang mulai menampakkan pembawaan budak itu.
Aku di kejutkan apabila Rizmi menghembuskan nafasnya ke telingaku. Dia mencium leherku. Dia memelukku dengan erat. Dia terus mencium aku. Aku rimas namun kerana nafsuku, aku membiarkan sahaja Rizmi meneruskan agendanya.
Rizmi memberhentikan langkahnya. Dia takut akan menyentuhku. Dia berpaling ke kiri. Aku merapatkan diriku dengannya. Panas badannya itu membuatkan aku selesa. Aku merangkulnya. Jari tanganku di belai manja Rizmi. Sesekali aku dapat merasakan ciuman Rizmi. Aku bahagia. Itu yang aku rasakan bila berada di sampingnya.
Aku berpaling kerana aku tidak mahu memaksa Rizmi meniduriku. Aku juga takut mimpiku itu menjadi kenyataan. Aku mengandungkan anak Rizmi sedangkan aku tidak mengahwininya.
Awal pagi. Rizmi bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Dia mendekatiku dan mencium dahiku. Dia seorang suami yang baik. Fikirku setelah membayangkan lelaki itu menjadi suamiku kelak.
0 Komentar:
Post a Comment