Enam
‘Maafkan saya.. Saya terpaksa memanggil kalian ke mesyuarat tergempar ini kerana inginkan sokongan anda dalam memberikan buah fikiran terhadap masalah yang berkaitan dengan Redfly..’Tuan Redwill memulakan bicaranya. Dia ingin memaklumkan tentang masalah yang di alami oleh salah sebuah syarikat miliknya.
‘Tuan Pengerusi.. Saya bersedia untuk emmbantu namun.. Tuan pengerusi seharusnya membuka sebahagian saham sebagai gantinya..’Salah seorang dari pemegang saham membutirkan pendapatnya.
‘Pertukaran dana dengan saham?’ Tuan Pengerusi tergamam. Dia memang sudah memikirkan akan butiran tersebut. Apakah dia harus menjual sebahagian saham Redfly kepada pemegang saham sedia ada. Dia teragak-agak dalam memberikan kata putus. Matanya terarah kepada Red, anak tunggalnya.
Red bingkas bangun. Dia mempunyai akal namun sebelum dia membutirkan pandangannya, pintu bilik mesyuarat itu terkuak. Seorang gadis jelita berjalan mendekati meja mesyuarat. Dia kelihatan anggun. Semua mata memandang ke arahnya.
‘Selamat pagi. Saya Soraya.’Dia terus memperkenalkan diri. Di belakangnya terdapat seorang lelaki yang mengekorinya. Lelaki yang dikenali sebagai Sayuthi, salah seorang pemegang saham.
‘Maafkan saya Tuan pengerusi. Sememangnya Cik Soraya ini datang bersama dengan saya.. Saya ingin mengesyorkan Cik Soraya sebagai pemegang saham yang baru andai mendapat persetujuan dari Tuan Pengerusi..’Tuan Redwill terus menumpukan perhatiannya kepada gadis itu. Apakah dia memenuhi kriteria yang dikehendaki olehnya?
Soraya. Siapakah dia? Anak siapa? Bagaimana dia dapat membantu? Semua persoalan itu berlegar di minda Tuan Pengerusi. ‘Bagaimana kamu ingin membantu saya?’Soalan itu sememangnya telah di duga oleh Sayuthi.
‘Tuan Pengerusi.. Saya datang dengan niat yang ikhlas malah ingin berganding bahu dengan semua yang ada di sini.. Demi Redfly.. Saya hanya inginkan pengalaman dan peluang untuk membuktikan kemampuan saya..’Soraya mengucapkan hujahnya dengan lantang. Keyakinannya yang tinggi itu berjaya membuatkan Tuan pengerusi terpegun.
‘Tuan Pengerusi.. Cik Soraya ini ialah rakan saya. Kebetulan dia mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh syarikat dalam perhubungan awam.’Sayuthi memberikan serba sedikit maklumat berkenaan sahabtnya itu.
‘Tuan pengerusi.. Daripada kita menerbitkan saham kepada orang luar.. Apa kata saham itu dijual kepada saya?’Dato Sahak nyata mahu mendapatkan saham itu.
‘Well.. This sound interesting.. Sayuthi.. You disappointed me.. Kamu telah emmbawa orang asing ke dalam mesyuarat ini.. Saya tidak mahu perkara sebegini terjadi lagi di masa akan datang..’Teguran Tuan pengerusi itu membuatkan Dato Sahak kelihatan melemparkan senyuman sinis.
‘Soraya.. Saya kagum dengan niat kamu yang tulus.. Kamu berjaya membuatkan saya terfikir untuk bekerjasama dengan kamu di masa akan datang.. Welcome to our family..’Tuan Pengerusi telah mengejutkan semua pemegang saham. Dia telah menerima Soraya sebagai sebahagian dari pemegang saham.
Mesyuarat tergempar itu akhirnya telah menemui penyelesaiannya. Soraya memberikan keyakinan dengan sumbangannya dari segi kepakaran dan dana itu akan memberikan nafas baru dalam Redwill Corporation khususnya Redfly.
0 Komentar:
Post a Comment