Tuesday, 15 March 2011

Memorabilia Kasih Safiyya ~ Bab Enam ~ Plot Enam


                   ‘Ok. Ni Amirzan. Pekerja baru di sini.’ Norkiah memperkenalkan lelaki itu kepada kami. Pak Sani bersalaman dengan pemuda yang bernama Amirzan itu. Aku hanya mengangguk kepalaku kepadanya.

                   Aku mengangkat kotak berisi barang milikku. Aku berlalu meninggalkan mereka berdua setelah Norkiah beredar mencari Aldo. Nampaknya bermulalah satu episod baru dalam hidupku. Bekerja dengan Richard Yen.

                   Aku bertemu dengan Richard. Dia mengarahkan aku untuk mengemas pejabatnya. Aku memulakan tugasanku yang pertama di studio grafik itu. Richard seorang yang tegas. Ini satu cabaran buatku untuk menimba ilmu di dalam dunia pekerjaan.

                   Rehat. Aku terlihat kelibat Tasnim dari jauh. Apa yang dilakukannya di sini? Dia tidak mementingkan kesihatannya. Aku tidak dapat mendekatinya kerana dia sudah pun berangkat pulang dengan teksi. Apakah perancangan Tasnim? Adakah dia mahu menyertai pertunjukan terdekat?

                   Kerja. Richard mengemukakan apa yang perlu aku lakukan setiap hari. Dia akan menilai prestasi kerjaku. Dia mahu aku menumpukan perhatianku seratus peratus. Dia seorang yang penuh dengan ketelitian.

                   Hari ini merupakan satu hari yang begitu sukar untukku. Aku lelah dengan semua tugasanku. Richard benar-benar sukar di fahami. Dia terlalu tegas.

                   ‘Hai Kasih. Boleh Aldo hantar pulang?’ Aldo mendekatiku dengan motor besarnya. Aku menggelengkan kepalaku. ‘Tak apalah Aldo. Kasih naik bas jer lah.’ Jawapku untuk menolak ajakannya. Aku terkejut melihat akan Farish. Apa yang di buatnya di situ?

                   Aldo juga sedar akan kewujudan Farish. Dia tahu akan jawapanku. Dia memecut laju meninggalkanku. ‘Farish. Tadi Kasih nampak Tasnim di agensi. Kenapa dia keluar?’ Aku perlukan jawapan dari Farish. ‘Tasnim? Apa yang di lakukannya di sini?’ Farish juga tidak tahu akan kedatangan Tasnim ke sini. ‘Apa Farish buat di sini?’ Aku mahukan penjelasannya. ‘Tunggu Kasih. Jom.’ Farish memberikan helmet kepadaku. Aku mencapainya.

                   Farish melepasi Najwa. Gadis itu memerhati kami berdua. Aku melemparkan senyuman kepadanya. Jelingan matanya itu membuatkan aku resah.

                   Aku meninggalkan Farish. Aku masuk ke dalam bilik. Aku perlu berehat. Ya. Hari ini merupakan hari yang terlalu sukar untukku. Bekerja di bawah Richard bukan satu kerja mudah. Aku merebahkan tubuhku di dalam tab mandi. Air yang panas itu menyegarkan tubuh badanku. Aku kini kembali seperti dahulu. Tiada cinta kerana Rizmi benar begitu obses untuk mengambil alih syarikat ayahnya.

                   Dia seorang yang sempurna. Dia memiliki keluarga yang begitu akrab dan mesra. Ayahnya menyayanginya. Dia punya ayah dan ibu malah adik-adik yang dapat mengubat keletihannya.

                   Aku? Aku tidak lagi mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Ibu sudah tiada lagi. Ayah pula memutuskan perhubungannya denganku. Aku tiada adik beradik. Sendirian. Itulah kehidupanku.

                   Cinta ini tidak akan berbalas. Ya. Cinta yang hanya penuh dengan rahsia ini hanya memenatkan. Berdalih. Itulah yang perlu aku lakonkan. Berlakon? Aku tidak mampu mengawal perasaanku kepada Rizmi. Aku benar mencintainya.

                   Mata ini sudah hampir terlelap. Aku menulis diari hatiku.

                   Aku keluar untuk menghilangkan dahaga dengan air sejuk. Aku mengetuk bilik Tasnim. Aku membukanya. ‘Tasnim tiada?’ Bisikku. Tasnim benar tidak tahu menjaga kesihatannya. Aku kecewa kerana hanya aku yang mengambil berat tentangnya. Dia pula tidak mengendahkannya.

                   Aku masuk ke dalam bilikku. Aku menghempaskan tubuh badanku ke atas tilam yang empuk. Sunyi. Dimensi ini nyata kosong. Aku melelapkan mataku.

                   Hari bergerak pantas. Norkiah mahu aku mengajar Amirzan tentang tugasan yang di perlukan untuk perjalanan pertunjukan. Amirzan seorang yang tenang. Dia cepat belajar. Tidak sukar untukku mengajarnya.

                   Sepanjang minggu ini, aku begitu sibuk. Mana taknya, aku terpaksa menyelia kerja Amirzan dan juga mengikut arahan Richard. Kadang kala aku mahu sahaja mengalah namun apa gunanya. Aku harus memegang pepatah: alah bisa tegal biasa.

                   Letih. Aku lelah dengan kerja yang begitu berat. Tubuh badanku bagaikan lemah tidak bermaya. Aku mula berselera besar. Aku perlukan tenaga untuk bekerja kuat.

1 Komentar:

apezs shah said...

Salam

Long apezs dtg nak kasi tau yg apezs
ada tag Long.. Sila jengah nanti yea. :)

Link: http://sayaphalusinasi.blogspot.com/2011/03/blog-assignment-jejaka-terhangat-cerita.html

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!