Sunday 24 April 2011

Hikayat Belang dan Bintang (Part 1)

Alkisah..

Dalam sebuah padang rumput..
Terdapat tiga sahabat yang ditugaskan oleh Raja Rimba (Singa) untuk menjaga keselamatan padang ragut yang lebih dikenali sebagai Lembah Ragut. Tiga sahabat itu dikenali sebagai Perikatan Belang dan Bintang. Ini adalah kerana tanda lahir yang terdapat pada tubuh badan mereka. Meskipun lain spesis, mereka bertiga dapat bersama-sama berganding bahu menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama. Pada dunia manusia, mereka dikenali sebagai Kuda Belang, Harimau Belang dan Harimau Bintang. Oleh kerana mereka sekampung, maka rantaian makanan yang selalunya kuda menjadi mangsa kepada harimau tidak diamalkan dikampung ini. Keselamatan adalah tanggungjawab mereka bertiga. Malah mereka telah menandatangani ikrar di permukaan dinding istana Raja Rimba yang menyatakan jika mereka engkar, mereka akan dikenakan hukuman.

Oleh kerana Kuda dan Harimau itu mempunyai tanda belang yang hampir sama, mereka sering mengenepikan Harimau Bintang. Pokok kata, belang sama belang, bintang taruh tepi. Sedih hati Harimau Bintang dengan segala yang berlaku. Mahu tak mahu, telan tak telan, luah tak luah, dia terpaksa akur dengan hakikat tersebut. Dia tak punya belang yang sama malah bintik-bintik yang dikenali sebagai bintang sahaja yang dipunyainya sejak lahir.

Kuda Belang dan Harimau Belang tidak dapat dipisahkan. Mereka menjalankan aktivit menjaga keselamatan kampung berkenaan berdua sahaja. bagi mereka, mudah untuk mereka berbual dan bercerita bersama-sama. Memandang akan hal itu, Harimau Bintang selalu berkawal seorang diri. Jika melihat akan Harimau Bintang, Kuda Belang dan Harimau Belang lantas mengubah laluan mereka. Jika Harimau Bintang di Utara, mereka akan ke Selatan. Jika bertembung, mereka akan mendiamkan diri. Harimau Bintang rasa tersinggung namun dia diamkan sahaja. Jika keadaan berterusan sebegitu, dia terpaksa menerima. Dalam kampung ini tak ada yang mempunyai bintik-bintik sama dengannya. Dia sedar akan hakikat itu.

Hal sedemikian dipendamkannya. Biarpun resah, dia akur. Itulah suratannya. Dia tidak boleh ke saloon untuk membelangkan dirinya. Dia tidak boleh ke istana Raja Rimba untuk melepaskan ketidakpuasan hatinya. Siapalah dia untuk didengari oleh Raja Rimba, Sepengetahuannya, Raja Rimba sebenarnya menyukai sikap Kuda Belang dan Harimau Belang yang dikatakannya rajin. Harimau Bintang pun meneruskan hari-harinya dengan harapan keadaan akan berubah.

Suatu hari, ketika harimau Bintang melepasi sempadan kampung, dia terlihat akan sekumpulan pemburu yang merupakan penduduk kampung sebelah. Mata Harimau Bintang terarah kepada seorang pemburu. Dia mempunyai bintik yang hampir sama dengannya. Adakah dia harus berkawan dengan pemburu itu yang dikenali sebagai Dalmation. Perlukah Harimau Bintang pindah ke kampung sebelah kerana besar kemungkinannya dia akan mempunyai kawan yang sama bintik dengannya? Wajarkah begitu? Atau dia harus terus berada di situ dan berharap ada keajaiban yang bakal berlaku?

p/s: Dalam hidup ini ada timbal balasnya.. Tiap-tiap satu ada imbangannya. Jika kita bersabar.. Akan ada jalan keluarnya.. Jika kita yakin bahawa jalannya hanya dengan melintas ke seberang.. Teruskanlah.. Mungkin itulah rentetan ketentuan yang tidak kita ketahui dan tersirat.. Hidup hanya sementara.. Jangan biar diri terbeban dengan masalah.. jangan terus memerah otak memikirkan masalah yang ada.. sebaliknya biarkanlah apa yang nak berlaku itu berlaku.. layan salah.. tak layan pun salah.. tapi jangan mengampu.. atau membiarkan diri di jijak.. wink!

4 Komentar:

nuralynZAKREE said...

lepas citer hikayat ape pulak cik abgg adam ehh ? hahaha . suka gak nohh mitos2 nih . btw , enjoy holiday okayy . ceh nek belon tuhh . ngorat tk pramugari tuhh ? huhuk

Taman Sambas said...

Pesan dari Cerita ini adalah untuk Mengharagai Orang lain dengan Konsekuensi apa ada nya..Menerima orang lain dengan kekurangan dan kelebihan nya, tidak Memandang remeh orang lain..Sikap saling menghargai itu perlu di tekan kan.

Ingin tau Kisah Riwayar Raja Raja Sambas, yang mempunyai saudara dengan Dengan Raja di Sarawak dan Brunei Darusalam Cek Di Sini

Dan Juga Di Sini

adamzico said...

nuralyn zakree: naek belon.. hehe.. xngorat pramugari.. siyes takut.. flight ilang kawalan utk beberapa saat.. huhu..

adamzico said...

Taman Sambas: Good.. Jenguk ke sana..!

Dah baca ENTRY ni..?

Satu BAHASA Satu LOGHAT

PEKIN

PEKIN adalah satu keadaan dimana seseorang itu belajar untuk berjimat.. Berdikit-dikit dalam berbelanja..

Ayat:
Masa untuk PEKIN.. Menabung time..!

p/s: PEKIN pekin jugak.. Jangan kena cop bakhil sudah.. Anyway PEKIN yang saya maksudkan ini tak ada kaitan dengan PEKIN si pelakon tu.. Kebetulan semata-mata.. wink!